APA ANDA PERLU TAHU SEBELUM MENJEJAK KAKI KE TAMAN NEGARA PAHANG ?

APA ANDA PERLU TAHU SEBELUM MENJEJAK KAKI KE TAMAN NEGARA PAHANG ?

13322010_1193473743997217_9103085278302080045_n
Sebaiknya, sebelum meneruskan perjalanan ke mana-mana destinasi, adalah lebih baik kita survey dulu tempat tu kan.

Secara tak langsung memudahkan kita mengapai matlamatnya. Mungkin boleh jimatkan kos, masa dan tenaga kita.

Sebagai Local Operator, Pasti ramai yang mahukan Tips dan Info sebelum menjejak kaki ke sini dari kami. Baca ni dan jadikan panduan perjalanan kalian....

-----------------------------
Lokasi & Perjalanan
-----------------------------
Terletak Di Daerah Jerantut, Negeri Pahang.
Antara Hutan Tertua Didunia dan Berusia Lebih 130 Juta Tahun!
Boleh dicapai melalui Dua Cara.

Cara 1
Jalan Darat (Drive terus sampai sini)
Ada rangkaian jalanraya bertar. Boleh drive kereta anda dan parking betul-betul area penginapan di Taman Negara Kuala Tahan. Google/waze Kg. Kuala Tahan dan itulah lokasi sebenar.
3 Jam drive Dari Kuala Lumpur! Melalui Lebuhraya Pantai Timur (LPT) - Exit Temerloh - Jerantut - Taman Negara

Cara 2
Melalui jalan air (Menaiki bot dari Kuala Tembeling - 3 Jam setengah naik bot). Parking kereta anda di Jeti Kuala Tembeling & ambil tiket pergi & balik. Lebih kurang RM40/hala. Masa bot bertolak 9.00 pagi & 1.30 petang.

Aktiviti di Taman Negara nanti (time Rapids shooting) pun dah ada naik bot, so.. pertimbangkan cara kedua ini utk PENJIMATAN anda... pergi balik pun dah spent RM80/org disini! Jangan lupa bayaran parking RM5/malam/kereta.

Fikir-fikirkanlahhh...

13312917_1193473917330533_2003876682777844705_n
13315643_1193474730663785_8702177537416976654_n13312865_1193473853997206_6478967756989287853_n

13310600_1193474110663847_1050634285073816953_n

 

--------------------------------
Aktiviti & Port Menarik
--------------------------------
Aktiviti Popular seperti Mendaki Gunung Tahan, Air Terjun 4 Tingkat, Jungle Trekking, Menaiki Jambatan Gantung, Hikking, Caving, Menaiki bot kayu (Rapids Shooting), Visit Orang Asli, Night Walk, Sintuari Ikan Kelah (Lata Berkoh), Caving, Team Building, Memancing Kelah dan banyak lagi....

13315680_1193473823997209_1523370347838761869_n

----------------------------------
Bayaran Masuk & Tiket
----------------------------------
Permit Masuk RM1/Org (Sah 1 Bulan)
Lesen Kamera RM5/Kamera (H/p berkamera juga dikenakan bayaran)
Tiket Canopy Walkway (Titian Gantung) RM5 (Dewasa) RM3 (Kanak-kanak)
River Crossing Boat RM1/Org/sehala
Orang Asli Donation RM5/Org
Rod Pancing RM5/Rod


13344662_1193474030663855_300338181961239016_n

-------------------------------------------
Penginapan & Tempat Makan
-------------------------------------------
Penginapan Bermula dari tapak perkemahan sehinggalah Resort Bertaraf 3 Bintang! Cuma perlu booking awal! Pastikan anda tidak kecewa terutama di cuti umum dan cuti weekend!

Tak perlu risau pasal tempat makan sebab banyak gerai makan diusahakan oleh penduduk tempatan dan Floating Restaurant pada harga biasa. Anggaran kasar sarapan pagi rm5, Lunch RM10 & Dinner Rm10-15 seorang!

13335801_1193474513997140_7786510048516202885_n

Pastikan menu Kelah & masakan kampung menjadi pilihan. Jangan Lupa Asam Rom Ikan Kenerak & Menu Patin sungai!

-----------------------
Tips Tambahan
----------------------

1. Tiada ATM dan bank-bank di Taman Negara (Kuala Tahan), tempat terakhir untuk mengguna ATM sebelum tiba di taman negara adalah di Jerantut. Tiada Petrol pump disini. Pastikan minyak sucukupnya dan isi 'full tank' dari Bandar Jerantut sebelum meneruskan perjalanan ke sini.

2. Sesetengah line telefon tidak dapat digunakan di Taman Negara. Beberapa resort menawarkan internet untuk kadar setiap jam. Tak silap admin ada gak yg bagi free!

3. Elak kesesakan diwaktu cuti umum dan cuti hujung minggu! Anda boleh dapatkan tawaran menarik pada hari biasa. Buat Tempahan Awal dan sebaiknya dapatkan harga OFFER contohnya dari kami atau agensi pelancongan lain 2-3 bulan sebelum perjalanan untuk memastikan kekosongan tempat!

Pastikan Tempahan melalui Agensi yang Sah dan Travel Agen Berdaftar dengan Kementerian Pelancongan! Elak Penipuan dari individu tidak Bertanggungjawab!
.
.
.

.
.Orang tua-tua kata... "Masa bercuti paling BEST adalah waktu weekday! Hari biasa.. time tu tentunya tak sesak dan semua urusan dipermudahkan.. Hargapun sangat special & tak perlu bayar lebih untuk dapatkan mende yang sama.. setuju?

. takdelaaa kelam kabut ngan orang ramai!... alaaa... daaa nama pun bercuti! so.. renung-renungkanlahhhh...."
.
.

13346832_1193474880663770_4319604918704791721_n

Bagi Memudahkan Perjalanan Anda...
Kami Dah Buatkan Satu Trip Yang Kami Namakan 'Trip Santai Taman Negara' Anda boleh Klik Link di bawah ni untuk lihat maklumat lanjutnya...

Klik :
www.tamannegara4u.com/santaitamannegara

Ingat!!! Booking Awal Untuk Elak Kesesakan!

13339527_1193474230663835_4950735153046185659_n

Klik LIKE dan SHARE untuk manfaat bersama.
Jangan lupa Tag kat kengkawan atau sedara mara atau sesape saje yang nak Jimattt....

Salam Mesra Dari :

Admin & Seluruh Crew & Warga Kerja
LIA GROUP (Taman Negara Pahang Malaysia)
Website : www.tamannegara4u.com
Facebook : www.facebook.com/tamannegara4u
Instagram : www.instagram.com/tamannegara4u

Admin (Call/sms/whatsapp) untuk bantuan...
Sales Office (Dakili Travel & Tours Sdn Bhd KPL/LN 8556)
Cik Qarbila 01136406813
En Sahidun 013 933 5227

Semoga Tuhan merahmati perjalanan kalian....

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *