Bermandi-mandian di Lata Berkoh…

SEKARANG!
Adalah masa dan waktu yang terbaik untuk ke Taman Negara Pahang terutamanya ke Lata Berkoh.

Bagi pencinta alam, saat manis dan suasana seumpama ini sememangnya sangat ditunggu tunggu.. Dikala musim kering ini, ternyata anda bakal disajikan dengan pemandangan dan keindahan yang sangat mengasyikan.

Deruan air sungai yang tak putus putus mengalir dengan kelibat ikan ikan berkejaran bermain dikejernihan airnya dengan dikeliling pepohon menghijau. Sesekali kedengaran sahutan haiwan penghuni rimba turut menghiasi landskap hutan tertua didunia ini.

 

Ramai yang tak tau yang Lata berkoh ni tempat boleh picnic dan madi manda...

Ni sebahagian dapi pemandangan dan pengalaman yang korang akan lalui...

 

 

Untuk sampai kesini, anda perlu menaiki bot sejauh lebih kurang 45 minit dari jeti Taman Negara. Anda pasti kagum dengan kepakaran pemandu bot dan pengemudinya. Meredah celahan batuan dengan deruan enjin berkuasa kudanya, cetek dan dalam arus sungainya membuat denyut nadi penumpangnya bagai terhenti seketika!

 

Anda dibawa menyelusuri sungai tahan yang menjanjikan keindahan cukup menarik dan sejuk mata memandang. Tapi harus diingat, anda pasti teruja dengan keindahannya dua kali ganda di kala musim kering ini!

Satu kerugian besar jika anda tidak bersedia dengan lensa kamera anda! Anda mungkin terlepas saat saat manis ini.

Antara lain, anda akan singgah di sintuari ikan kelah. Mandi manda sambil berenang berkejaran bersama antara spesis termahal ini. Satu pengalaman baru yang pastinya takkan anda lupakan sepanjang hayat.

Waktu pagi hari dan mungkin disebelah petangnya menjadikan masa terbaik untuk melakukan aktiviti ini.

 

Tima balik... standby kamera... minta boatman kayuh bot perlahan-lahan... Ambillaaa sebanyak mana foto keindahan alam...

 

Ayuh! Santai Taman Negara hari ini juga!
Jangan persiakan musim kering ini!
Request untuk ke Lata Berkoh Nanti..

Sebagai anak jati tempatan dan pengendali pelancongan disini, banyak lagi tempat dan aktiviti yang menarik disini untuk kami kongsikan dengan anda semua..

Jemput singgah di :
www.tamannegara4u.com/santaitamannegara

2 thoughts on “Bermandi-mandian di Lata Berkoh…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *