DIARI SANTAI TAMAN NEGARA : SIRI I

 Kiriman : Ain Najihah, Kuala Lumpur
------------------------------------------------------
Pagi itu aku dan hubby bersiap-siap untuk memulakan perjalanan yang memakan masa hampir 3 jam setengah dari Kuala Lumpur menuju destinasi seterusnya dalam hidup aku.. maklumlaa bebaru kawin n blom ada anak.. memang jenjalan laaa hobi kitaorg!..
Kali ni aku travel bersama group kami yang agak besar. Jangkaan awal kami cuma nak datang 5-6 orang jek. Tapi, bila dah mula bersembang di wall rangkaian sosialku dan hubby,ramai pula yang nak join.Dalam perhitunganku, adalaa dalam 18 orang semuannya.
Mak ai.. mcm jadi 'tour leader laa plak'. Terus terang aku katakan, sebenarnya tak brape suka nak buat keje mcm ni, maklumlaa.. kita kata nak tenangkan fikiran..kang 'terserabut' plak ngan kerenah korang. Bila daa ramai kepala ni maklumlaa.. macam-macam kerenah weiii.. Kena banyak bersabor..
Tapi takpe! Korang nyer pasai.. aku sahut cabaran ni! Alaa.. lgpun bkn 'first time' aku buat mende alah ni.. asal nak travel jek, mmg muka aku ni laa pun yang korg jeling...'Insyaallah! Najihah settle! Itu janjiku.. Padahal dalam hati, Tuhan jerr tau.. "Kije kena ikhlas...", pujuk hati kecilku menyejukkan keaadaan...

 

 

Aku genggam telefon bimbitku, menghubungi cik Huda #liagroup #tlaketravel organizer kami di Taman Negara Pahang Malaysia utk reconfirm balik trip pagi ni.. "Maaf cik Huda, ganggu u pepagi.. kami nak report terkini, team kami dah jadi 18 orang skg semuannya..

Booking tu hari cuma 13 org semuannya. Tak sangka laa plak.. tambah lima orang! tapi cik jangan risau pasai penginapan, kami tau mmg korg tak standby, tapi kami daa bawak kemah sesiap! nasiblaaa klu xde tmp tido.. lepak dalam kemah lerrr jawabnya diorg ni. semua jenis tak kisah ni.." Cik huda cakap, bereh jerrr klu gtu.. mmg x prepare utk 18 org pun! kmi plak dtg peak season, mana nak ngejust tempat katanya.. hahahha... nasiblaa.. #bukansekadarperjalanan

 

Sempat belek jam. Makkk aiii.. baru pkol 5.30pagi. patutlaa mcm blom bangun lagi suara si minah tu.. Tersenyum sendirian aku... Tak baik weii.. kacau orang tido...

Kerja mengemas barang di sambung semula. Trip ni kami amik trip #santaitamannegara .. so.. kami dah maklum yang keta kami bole park dkt penginapan. Jadi takyahlaa nak pack brg-brg beria sangat.. campak n susun ala kadar jek brg-brg dalam keta. Biasa klu travel jejauh, kena susun elok elok.. maklumlaa nak jimat ruang beg!

lr
.
.
Hari Pertama
Jam dah tunjukkan 7.15 pagi. Aku ngan hubby kena bergegas keluar skg. maklumlaa da janji ngan geng-geng kat RnR Genting Sempah pkl 8.00 pagi sebab ada rakan yang keje di genting dan area sekitar lembah klang. so, bncg punya bincang destinasi pertemuan di situlah.
Tempat parking pun luas, snng nak dapat makan dan sangat selesa. keperluan dan fasiliti mencukupi.Alhamdulillah..
Semuanya dapat berkumpul seperti dijanjikan. Setelah mengalas perut dengan secawan tea tarik dan nasik lemak di situ, kami mulakan perjalanan konvoi dengan 5 biji kereta semuanya.
Lagi skali, mmg keta aku n hubby aku laa jadi kepala.Kami memasuki Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dan exit Temerloh. Ingat nak pekena patin di Temerloh, tapi belek jam rasa mcm dah tak sempat. maklumlaa kami kena ada kat sana jam 2.30 petang utk first xtvt kami. "Takpee... patin balik nanti..tak kemana patin tu..bisik hubby ku.. " Tak pepasal jemariku singgah dibahunya! Rasakan cubitan semut merahku! Hahhaa.. ketawa besar laa jugak kami berdua!

 

 

Sampai di bandar Jerantut lebih kurang pukul 12 tengahari. Memang time lunch. Teringat, Huda ada bgtau yang bila lalu bandar Jerantut, jangan lupa pekena Gulai Ikan Sungai Ikan Kenerak masak Asam Rom dan sambal hitam serta ikan sungai goreng rapuh!

 

Dia siap rekemen lagi suruh singgah kat gerai #asamrommakanjang atau #asamromkaknor di gerai Majlis Dareah Jerantut. Tempat tu sangat popular katanya! Tak nak fikir panjang... kami percaya ajelah cakap dia.. tempat dia.. mungkin di lebih arif!

gulai asam rom 3

Benar sekali! Gerai ni memang popular!
Bukan setakat makanan tu yg dihidangkan disini, macam-macam ada.. Nanti korg rasalah sendiri. Taknak provok lelebih.. tapi mmg berbaloi-baloi. maklumlaa.. sesekali skala dapat rasa masakan org tempatan! superb gilerr!!!

 

Daa puas jamu selera, kami sambung balik perjalanan ke kuala tahan dan dari bandar Jerantut lebih kurang satu jam lagi.. Jalan raya cantik. mmg mula kami igt jln berbatu atau tanah merah. meleset skali jangkaan kami... sini dah maju laa juga..

 

Sampai di Taman Negara, guide kami Abg Din (Lebih dikenali sebagai #dinaloi) dah tunggu kehadiran kami kat penginapan Belebar - taman negara . Penginapan ni mmg sempoi.

 

Sesuailaa dengan bajet kami! Alaa.. bukan nak tido lama pun. cukuplaa sekadar ada tempat mandi, salin baju, solat dan lelapkan mata. Jarak dari hostel ni ke jeti lebih kurang 800 meter jerr..

995602_10202921301456537_895292905_n

Setelah sesi berkenalan dan sikit briefing dari Abg Din, kami rehat jap, solat dan bersembang melepaskan penat memandu sementara menantikan jam 2.30 petang.

 

Tepat jam 2.30 petang, xtvt pertama bermula. Kami menaiki bot kayu meredah sungai tembeling dan singgah berenti di perkampungan orang asli (#visitorangasli) jeram dedari. Naik bot kayu ni mmg best! mana nak dapat tempat lain! kalau korg tak gi skg, mgkin klu lmbt, next time bot kayu ni pun daa semakin kurang penggunaannya.

kebanyakan sudah diganti dengan bot fiber sesuai dengan perkembangan semasa. Ikut citer Abg Din kebanyakkan tukang bot sudah tiada dan hanya tinggal berapa kerat saje yang sanggup mewarisi ketukangan orang tua mereka.

 

Pengalaman di perkampungan Orang Asli cukup mengujakan! selama ni saya anggap mereka biasa biasa saje.. tapi banyak ilmu survival yg kitaorg dapat. kita didedahkan ngan ilmu alam dan survival serta culture diorg. menyumpit, hidup api tanpa mancis atau lighter serta teknik2 berburu dihutan, dan beramah mesra ngan suku kaum bateq. Serius! Terbaikkk..

10421582_668099903309744_4190101495172364048_n

Sebelum pulang, sempat kami hadiahkan sedkit keperluan utk diorg dan bergambar serta membeli sedikit 'homemade' diorg. sangat teliti dan halus buatannya..

 

Kami menaiki semula bot utk pulang dan lambaian mesra diorg membuatkan hati kami tersentuh! sayu bercampur baur... mungkin itulahlah Rahmat Tuhan walau seketika kami berada disana, kemesraan jelas terjalin antara kami sesama makhluk Tuhan.. Subhanallah...

 

Mandi sungai! Perang air..
Itulah #rapidsshooting sebenarnya. Habis basah kuyup sewaktu meredah jeram. Ada dua tiga nama jeram yg saya ingat.. jeram nusa, jeram dedari, jeram teras, jeram dua, jeram panjang dan tah per lagi.. maklumlaa takde buku nota nak tulis! Ishhh.. melawak pun tak bole? Hmmm...

10277231_706457879415354_5221033456616099746_n

Sampai di jeti lebih kurang pkl 5.30 petang. Dan terus balik ke penginapan utk rehat dan makan malam. Malam tu kami menjamu selera dengan menu 'Kelah Merah' Masak stim yang telah ditempah khas, patin tempoyak dan sedikit menu kampung. Nak menu kg, mmg kena special request! Diorg akan prepare sesiap.. tunggu makan jerrr... Sangat menyelerakan! makan plak kat floating restaurant...perghhh... superbbb!!

 

Tak yah takut pasal rege, sbb rege bole bincang ngan diorg ni.. maklumlaa #liagroup ni 100% local operator yang jalankan perniagaan mereka disini.

logo baru lia

Lepas dinner, rehat jap sambil pekena kopi dan xtvt seterusnya sambung #nightwalk. redah hutan waktu mlm n tgk binatang. ni kena cross sg mlm hari n dgn berbekalkan torch light, lalu laa kwsn hutan.

 

 

seram sejuk gak dibuatnya. tapi bila daa ramai, mcm mcm hal laa.. naik bumbun (hide) n mlm tu nasib kami kira bertuah dapat jumpa rusa, kijang, landak, tapir n dapat kenal juga spesis haiwan aktif waktu malam dan tumbuhan pelik2 yg kami tak kisah dan tak penah amik tau pun sebelum ni.. Best!

12219606_10207922591763247_4416116486339947759_n

Lebih kurang jam 11 mlm, kami balik ke penginapan utk tido. Ingatkan nak tdo, tapi sembang nyer sembang sampai dkt pkl 12.30pm laa jugak memasing syiokkk dok bercerita..

**************
Hari Kedua
**************
.
.

Nak tahu kisah selanjutnya?

--> Kisah mendebarkan Najihah dan rakan-rakan naik jambatan gantung! Terasa nafas nak putus di tengah jalan! Degup jantung bagai terhenti di puncak Tualang... Ciannnn diaa...

--> Kisah lucu dan tragis Najihah tercekik tulang ikan sungai yang membuatkan rakan-rakannya tak kering gusi berbaur cemas!..

---> Kisah Najihah kena paksa ngan botman tarik bot terlekat di celah batu akibat mulut cabul!..

--> Kisah Najihah kena sengat ngan Ikan Buntal ketika mandi di Lubuk Simpon..

--> Kisah 'Seram' Najihah kena tegur dengan pakcik 'penebar jala' sewaktu balik night walk!
.
.
Ikuti sambungannya di blog kami nanti...
Stay tune : www.tamannegara4u.com/blog
.
.

Mengakhiri coretannya, Najihah sempat berpesan pada semua..."Siapa yang nak timba pengalaman macam Najihah ni, terus ke link : www.tamannegara4u.com/santaitamannegara

 

sangat Najihah rekemenkan! Travel ngan orang tempatan ni bnyk kelebihan.. best.. dan mcm-mcm cerita yang korang akan dapat nnti..

 

... Memang Berbaloi-baloi dan superb Habih!!!...."

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *