HILAI TAWA ANAK RIMBA MEMECAH KEHENINGAN….

“.....Hilai tawa anak-anak kecil tadi cukup mencuit hati. Mereka cuba mengejar anak ikan di Sg. Tembeling dengan menggunakan tangan cukup membuatkan hati si ayah terhibur. Senyum tak penah lekang di bibir anak kecil tu bila dapat berendam dalam sungai tadi maklumlaa hidup di bandar..Faham-fahamlaa ! ”

10432133_1090436477634278_6932059275847228768_n

 

Ayah dan ibu mana yang tak gembira bila dapat lihat keletah anak-anak yang semakin membesar dan sukakan penggembaraan. Memang tepat keputusan si ayah membawa anak-anak santai di kawasan alam semula jadi ni. Anak- anak mesti gembira bila diberitahu di Taman Negara ade sungai dan kawasan berkelah !

Riadah di kawasan alam semula jadi memang mendamaikan. Sesekali lari daripada kesibukan hutan konkrit di kota, sambil mendengar kicauan burung, menikmati panorama hijau di sepanjang aktiviti jungle trekking dan naik titian gantung memang menarik dan cukup berbaloi. Penat pun boleh hilang !

11224472_856721051065167_5521240738922051113_n

 

Sambil merehatkan minda dari beban kerja, si kecil juga boleh meneroka banyak benda, serta dapat pupuk rasa cintakan alam semula jadi di dalam diri mereka. Dengan aktiviti night walk mereka boleh lihat pelbagai haiwan yang aktif waktu malam. Jangan terkejut jika terlihat tapir, rusa atau landak di sekitar Taman Negara. Mereka sangat jinak.

 

Jangan ketinggalan untuk cuba meredah jeram melalui bot kayu yang sangat tradisional ni ! Rapid shooting aktiviti soft extreme sesuai dengan si cilik. Rasai pengalaman baru dengan aktiviti ni dan diselitkan aktiviti kemasyarakatan iaitu melawat perkampungan orang asli. Anak-anak didedahkan dengan teknik dan ilmu baru

Pengembaraan Anak Rimba !

Cuti sekolah terlalu singkat? Nak ke luar negara tapi mikir status Ringgit seolah-olah tengah terjum bangunan ! hihihi.... Tak yah fikir jejauh sangat dalam Malaysia pun banyak tempat menarik  dan best !

10422585_10152556610393428_787394217631360216_n

 

Bawak anak-anak ke tempat alam semulajadi. Sambil tu boleh terapkan hobi cintakan alam sekitar dalam diri anak-anak ! Takkan nak bawak ke shoping mall, taman permainan lagi? Kali ni jom tukar selera korang tu.

Nahhh ! Cheklist aktiviti yang kami jalankan di Taman Negara yang super extreme sesuai dengan si cilik korang ! Tak rugi beb bawak anak gi sini.

Rapid shooting & Visit orang asli

Aktiviti soft extreme ni pasti mengujakan bila kita perlu redah jeram dengan menggunakan bot kayu tradisional ! Pasti basah kuyup dikerjakan oleh jeram ! Hihihi..Sambil tu dapat belajar teknik dan budaya masyarakat asli di Taman Negara ! Yang menarik dorang masih Kekalkan adat dan budaya nya tau ! ade mandi-manda di sungai tau.

NASH1340

Jungle trekking dan Canopy walkway

Tolong jangan terlepas untuk cuba aktiviti canopy Walkway ni ! Si cilik pasti teruja berada di ketinggian 40 meter dri atas tanah dan dapat lihat panorama hijau di sekeliling mereka ! Kenali pokok serta herba yang berguna.

Night Walk

Wow ! Berjalan waktu malam ditemani unggas dan bunyi alam. Lihat haiwan dengan lebih dekat di sini seperti Rusa, landak tapir dan lain-lain.
Kembara selama 45 minit ni dapat mngajar anak pengalaman baru sesuai dengan usia mereka yg sukakn pengembaraan.

 

Berminat nak tau lebih lanjut trip seumpama ini? KLIK SINI

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *