SUNGAI KENIAM, LUBUK KELAH TERBAIK DI TAMAN NEGARA PAHANG MALAYSIA..

JERANTUT, 5 Sept -- JINAK ... Tiga kakitangan Santuari Kelah Lubuk Tenor di Taman Negara di sini, menunjukkan demonstrasi bermain dengan ikan-ikan kelah baru-baru ini. Santuari berkenaan merupakan satu lagi produk baru menanti pengunjung Taman Negara kerana ia bukan sekadar pusat kajian dan pemuliharaan ikan kelah malah turut menyediakan pelbagai aktiviti menarik kepada pengunjung. Antara aktiviti yang boleh dilakukan ialah memberi makan ikan kelah malah boleh berenag dan bermain dengan ikan tersebut. Bagaimanapun, pengunjung dilarang menangkap atau memancing ikan itu kerana tujuan utama penubuhan santuari itu lebih kepada usaha memulihara ikan kelah daripada pupus. --fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA

Bagi kaki Pancing, korang pasti selalu mendengar tentang Lubuk Kelah di Taman Negara Pahang Malaysia kan ? Lubuk Kelah yg di maksudkan adalah Sungai Keniam. Salah satu tempat tersohor untuk memancing ikan Kelah atau "Mahseer" ni..

Beberapa info tentang Sungai Keniam yg HARUS korang amik tau !

1. Sungai Keniam terletak di dalam kawasan Taman Negara Pahang dan tertakluk pada akta larangan seperti larangan menebang pokok, membuang sampah, berburu secara haram dll.

 

13315680_1193473823997209_1523370347838761869_n

 

2. Korang perlu membuat pendaftaran dan mengambil permit masuk ke Taman Negara, lesen Memancing dan Lesen Camera. Segala peralatan dan kelengkapan perlu di periksa oleh Renjer Jabatan Perhilitan sebelum masuk ke Taman Negara.

DSC00068

3. Perjalanan ke Sungai Keniam mengambil masa lebih kurang 3- 4 jam menaiki bot.

4. Bulan memancing terbaik adalah semasa musim kering pada bulan Februari hingga September.

13335801_1193474513997140_7786510048516202885_n

5. Antara hasil tangkapan yang popular di Taman Negara ialah Kelah, Patin, Baung, Gohok, Tenggalan, Lampam, Krai dan Tapah.

IMG_61269439480258

6. Umpan terbaik untuk memancing kelah ialah sawit peram.
Cara nak buat ? Baca sini DIY UMPAN KELAH.

7. Antara lubuk popular ialah Lata Said, Perkai, Rincing, Cangkung, Petai, Rawa, Panjang, Batu Terubung dan lubuk-lubuk kecik lain.

22320_968543389823588_1656921838975186810_n

8. Spesis Raja Sungai ni berat bawah 2kg Harga dlm lingkungan Rm180 sekilo! Berat atas pada 2kg Harga mencecah RM220 sekilo !

9. Sebagai Omnivor, makanan utama ikan itu adalah rumpai air, alga, serangga, katak, ikan kecil dan buah-buahan yang terjatuh ke dalam sungai.

10. 'Ikan raja' atau 'raja sungai' itu boleh membesar sehingga 30 sentimeter panjang dengan beratnya antara dua kilogram (kg) hingga tujuh kilogram.
KHAS UNTUK ANDA ! TRIP MEMANCING KELAH..
Lihat Info di JEJAK KELAH TAMAN NEGARA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *