10 KESILAPAN KETIKA MEMANCING YG PERLU DIELAKKAN !

Memilih-Joran-Pancing

Memancing boleh menjadi antara aktiviti Sukan yg paling mengujakan, namun boleh juga menjadi aktiviti yg paling mengecewakan kalau tak dapat walau seekor labi-labi ! Cuba elakkan dari melakukan kesilapan yg boleh dielak ketika menyertai trip pancing.

images

 

1. Menggunakan tali yg telah " Luka " atau lama

Ramai yg tidak mengambil serius keadaan tali utama. Tali yg telah lama kebanyakkan akan luka atau berbulu. Mungkin keadaan tali tidak mempengaruhi peratus strike.

 

Shanks

 

2. Menggunakan mata kail yg tidak sesuai

Mata kail tidak diciptakan untuk semua keadaan pancingan. Terdapat mata kail yg berbeza bentuk, mata tunggal atau mata tiga dan saiz. Pastikan anda tahu spesies target anda dan pilih mata kail yg bersesuaian.

 

3. Menggunakan padanan rod dan kekili yg salah

Seperti mata kail, penggunaan padanan rod dan kekili juga haruslah bersesuaian. Setiap spesies pasti mempunyai set yg sesuai untuk memancing.

 

4. Kuantiti tali utama yg tidak bersesuaian

Kuantiti tali utama perlu bersesuaian dengan keadaan pancing dan juga kekili. Setiap kekili biasanya mempunyai anggaran kiraan kuantiti tali yg sesuai untuk dimasukkan ke dalamnya. Selain itu, tali utama yang pendek atau tidak mencukupi boleh membuatkan ikan terlepas.

 

Fly-Fishing-720x340

 

5. Menggunakan teknik flyfishing tanpa mempelajari tentang flies

Salah satu kepuasan flyfishing ialah mempelajari pelbagai jenis flies untuk pelbagai jenis dam spesies.

 

tali-berpintal

 

6. Susunan tali utama dalam spool yg tidak betul

Pastikan susunan tali dalam spool tidak bersilang atau bertindah dalam aturan yang tidak betul. Jika rasa ada yg tak kena, periksa semula tali utama terutama bagi kaki casting.

 

7. Mengendalikan ikan tanpa sarung tangan

Ikan yg tewas selepas pertarungan mungkin kelihatan lemah, namun masih mempunyai tenaga akhir untuk membuat pecutan ketika anda mahu membuang mata kail. Pengendalian tanpa sarung tangan mampu membuat anda berputih mata dan meninggalkan kecederaan akibat sirip serta gigi yg tajam.

 

8. Tidak mengambil serius saranan guide dan tekong anda.

Ketika trip memancing amat penting untuk dengar saranan dan nasihat daripada tekong atau guide kerana mereka lebih tahu dan berpengalaman dengan spot yg dibawa. Jangan terlalu ego dan nak tunjuk terer.

 

9. Buang Masa

Memancing memang aktivit yg baik untuk mengisi masa lapang. Namun, jika anda pergi memancing sekadar untuk berborak, makan dan minum baik anda ke kedai mamak saja.

 

IMG-20150203-WA0017

 

10. Menukar gewang terlalu kerap

Sememangnya anda banyak koleksi gewang dalam kotak anda. Namun, jika terlalu kerap menukar gewang ketika memancing merupakan perkara yg sia-sia. Secara tak langsung, ia membuatkan gewang anda terlalu sekejap di dalam air dan mempunyai ikan anda hilang minat.

 

Sumber : Majalah Umpan.

Dapatkan TIPS PERCUMA kami di SINI.

Lihat Info Pakej Memancing Taman Negara Pahang Malaysia Di SINI.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *