Makanan Tradisional WAJIB Cuba Ketika Berkunjung di Taman Negara Pahang

Setiap negeri pasti ada Makanan yg anda "Hunting" kan. Di Pahang apa yg anda "hunting" ? Biasanya pengunjung yg berkunjung ke Taman Negara Pahang Malaysia mesti akan request untuk makan makanan sungai yg fresh2 antaranya ikan patin masak tempoyak, sambal belimbing hitam, Ikan kelah dan ikan sungai yg lain.

Anda yg berhajat untuk ke Taman Negara Pahang Malaysia patut cuba beberapa makanan ini:

  1. Ikan Patin Masak Tempoyak

12064053_1026389664100966_467273081_n

Ikan Patin pun banyak jenis. Ada yg jenis Ikan Patin Kolam, Ikan Patin Sangkar dan Paling mahal ikan patin sungai. Jika anda penggemar tegar ikan patin, anda patut cuba masakan ini di Taman Negara Pahang Malaysia.

2. Ikan Kenerak Masak Asam Rong

gulai asam rom 3

Gulai ni sememangnya sangat unik kerana asam rong tersebut berasal daripada biji getah yg telah di keringkan serta ditumbuk. Nak tau rasa nya mcm mana, anda patut cuba dulu !

3. Sambal Belimbing Hitam

1012484_693258460685417_1691846463_n

images (6)

Sambal belimbing ni merupakan gabungan daripada belimbing buluh yang direbus sehingga berwarna hitam. Sambal belimbing ni tahan lama dan sesuai untuk bawa travel.

4. Ikan kelah fresh / Ikan sungai fresh

16215677_1346152328791363_1973589220_n

Ikan Kelah memang sukar untuk di dapatkan. Tak hairan lah jika harga 1kg mencecah ratusan ringgit. Isi nya sememangnya manis dan sedap.

Ikan sungai memang sedap digoreng dan rasa lebih ranggup !

5. Pais Ikan Patin

Pepes-Ikan-Patin-Banjarmasin

Ini pula ikan patin yg dibakar bersama tempoyak !

 

Jangan pelik kerana di Pahang memang terkenal dengan ikan patin dan tempoyak. Jadi pelbagai jenis masakan berasaskan tempoyak yg akan anda jumpa seperti sambal tempoyak petai, gulai tempoyak masak bersama keladi dll.

Dapatkan Info Percuma kami di ---> SINI

Aktiviti & Promosi Terkini ---> SINI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *