Hatiku Terpaut Disini…

Sekali pandang, gadis manis ini macam sukar didekati. Dari raut wajahnya, siapa boleh menduga nampak sopan santun, lembut dan ceria orangnya.
“ Assalamualaikum... sapaku memulakan bicara. “ Waalaikum salam...”. Balasnya sambil mengukir senyuman. Memang senyuman tak pernah lekang di bibirnya dari sejak mula sampai kesini lagi. Itu yang saya perasan.

 

Foto di atas Puncak Bukit Teresik Berlatar belakang Gunung Tahan

 

Berkunjung ke perkampungan Orang Asli? Tanggapan anda "alaa... Orang Asli kat memana pun ada! pasti akan meleset sama sekali! Serius! Apa lebihnya di sini? Tungguuuu....

Setelah memperkenalkan diri dari Team LIA GROUP kami memulakan bicara. Jangkaan kami dari awal ternyata meleset sama sekali. Bila ditanya, ternyata gadis ini bukan calang-calang orang rupanya! Punyai jiwa kental, personaliti menarik dan gemarkan aktiviti lasak dan mencabar!
Paling seronok, trekking di hutan berjam-jam lamanya! Redah hutan! Panjat gunung! Berkayak! Dan pelbagai xtvt lasak menjadi darah daging dalam hidupnya.

Terbukti! Bila sampai disini, perkara pertama ditanya adakah trek sewaktu jungle trekking mencabar perjalanannya? Rapids shooting (naik bot) mencabar tak? Boleh tak kalau nak berakit disungai ni? Dan bermacam persoalan kami jawab satu persatu! Setelah dihitung, hampi sepuluh kali perkataan ‘mencabar’ disebutnya!

Wow! Hati kering Beb!

Pertemuan singkat kami berakhir apabila Ranger PERHILITAN memanggil gadis ini mengatakan ‘turn’ dia untuk menaiki jambatan gantung telah tiba! Sebelum beredar, kami pinta untuk berkongsi kisahnya di blog kami. Ternyata dia tidak menolak, malah sempat berbisik mesra...”Next time, jangan perkecilkan kebolehan gadis lembut macam kami tak boleh buat xtvt lasak dan mencabar tau....!”. Ianya disusuli hilai tawa keriangan..
.
.
Buat yang berminat nak join trip sebegini, Lawati web kami : www.tamannegara4u.com/santaitamannegara

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *