12744480_1125898027421456_8575601148844861354_n

Lubuk Simpon Taman Negara Pahang. 

Korang pernah menjejakkan kaki ke sini ? Bagaimana tempatnya menarik ? Bagi yg belum pernah ke sini jom baca info serta details yg admin kongsikan.

Pemandangan hijau di sini yg memukau dapat menenangkan  jiwa sesiapa saja yg tengah stress ! Tertekan dengan beban keje atau sebagainya. Lubuk Simpon ni tempat kedua untuk manda-mandi selain Lata Berkoh. Keunikkan dan kecantikkan Lata Berkoh boleh lihat di http://www.tamannegara4u.com/blog/aktiviti/bermandi-mandian-di-lata-berkoh/

 

13102868_1174474872563771_4150682271626692900_n

Perjalanan nya hanya memakan masa selama 15 minit dari Park Centre dan korg perlu berjalan kaki. Jika cuaca hujan, diingatkan banyak pacat di sepanjang laluan ke sini !

12733989_1125898690754723_3400463414216509301_n

 

12734082_1125898804088045_2024012943172723480_n

Sebelum ke sini dapatkan maklumat secukupnya dan pastikan paras air tidak berbahaya sebelum mandi ! Digalakkan pergi bersama tour guide utk keselamatan jika berlaku ape2. Haa, Jangan lupa sediakan pakaian untuk mandi siap-siap yea. Belek foto dibawah..

 

12742098_1125897954088130_2943361352897139082_n

12729176_1125898090754783_3344833312037727396_n

Sebelum ke Lubuk Simpon, ape kater jom aktiviti santai kami.. Serious, Best !

Lihat di http://www.tamannegara4u.com

Tips PERCUMA ?? SINI----> http://www.tamannegara4u.com/tipspercuma

 

Berapa ramai follower Taman Negara Pahang Malaysia yg suka explore gua ? Meh nak citer satu Gua di Taman Negara Pahang ni! Memang Femes n Mat salih pun memang suka giler gi sini.. Saper yg suka trekking , masuk hutan seme tu memang DIGALAKKAN join TRIP INNER JUNGLE ni..

Okay, proceed pd tajuk kite.. YEA ! korg akan dibawa dengan lebih dekat lagi dengan nature kat sini.. Lagi jauh n dalam kite explore lg banyak benda baru yg bakal kite lihat ! Meh nak citer tentatif program & nature dalam hutan yg berusia jutaan tahun tu..

real inner jungle

1. First selepas short briefing dri guide. N kite perlu packing barang2 yg diprovide spt makanan, sleeping bag,carry mat, mineral water etc. Mase ni anda akan berkenal-kenalan dgn rakan2 yg join trip ni ! Biasanya ade la 2 atau 3 mat salih yg join.

12246816_10204047959878250_5728433457925679280_n

2. Ni HQ Perhilitan ! disini korg kena cek barang yg di bawa ! jangan bawak barang terlarang yea.. Pegawai perhilitan akn cek bpe bil setiap plastik, botol, pakaian dll yg dibwa. Tak de la smpai korg kene kluakan brg2 tu dri bag pun. Berapa bilangan yg dibawa msti same dgn bilangan yg di bawa balik tau ! Igt prinsip " LEAVE NO TRACE" ! Tak tau ? Mohon dapatkan khidmat Mr.Google yea..hihi sebab prinsip tu panjang nak kupas.

10659233_847601801917748_6237170714287478498_n

3. Sebelum memulakan trekking, kita lihat peta rentis dan tempat-tempat disekitar kawasan gua yg bakal dibawa. Setiap tempat yg kita akn singgah dan sbgainya akn di terangkan oleh guide.

12244603_10204047990719021_9032740795227007853_o

4. Part paling best ! Naik bot tradisional ni atau bot panjang ni menongkah arus! meredah badai untuk ke Kuala Trenggan. Jika berkesempatan, cuaca baik dan mengizinkan anda akan dapat SPESEL AKTIVITI iaitu ke Canopy Walkway. Wah untungla kan sambil menyelam minum air. hehhe, Spare duit RM 5/seorg yea utk Tiket Canopy ni. Titian ini antara terpanjang di dunia. Boleh baca info di dalam blog kmi berkenaan dengan Canopy Walkway. Jika peak season memang ramai n perlu tgu lamer gile utk naik Canopy ni.

12247672_10204047963918351_3286524371249257526_o

5. Ni laa Canopy walkway ! Dibina tanpa paku ...Bukan sengaja tapi untuk elakkan kecederaan pd pokok.. Kite kene la jage utk wariskan pada cucu cicit kite jugak pd masa akn datang. Dapatla mereka trut merasa. Nak detail pasal Canopy Walkway ni sila baca di blog.. Selepas itu, boleh smbung perjalanan ke Kuala Keniam ! Jauh beb, cramp kaki duk dlm bot. Perjalanan yg ckup memukau dan mmbuatkan anda berasa mengantuk. Syok sangat naik bot kayu la katekan.
.
.

Haa,ini baru pengenalan kepada SECRET NATURE OF TAMAN NEGARA tau ! belum masuk dlm hutan lagi.. insha Allah, akan disambungkan dlm masa terdekat ! Tapi yg nak jenguk pakej ni boleh jerk gi sini http://www.tamannegara4u.com/realinnerjungle/

.
.
.

Atau korg nak lihat perjalanan program dulu? Boleh ikuti siri ni.
.
.
Tak sabar nk baca next siri ? Okay, kasi hint la skit untuk next siri citer pasal ape..
Ni antara citer n topik dlm next siri
.
.

NEXT SIRI---->

REAL INNER JUNGLE PART 2 :
--> FEDUP MAT SALIH NI KENA MAKAN PACK LUNCH GUNA TANGAN ! DORANG.......
--> PERTEMPURAN ANTARA PACAT & MANUSIA ! WIN WIN SITUATION
--> JAKUZI PALING INDAH DI HUTAN ! HMMM, MITOS KE APE NI...
--> CANDLE LIGHT DINNER ALA-ALA ZAMAN BATU !
--> KALUT BILA TERDENGAR BUNYI PINGGAN JATUH SEMASA TIDO !
--> ADE YG XTIDO GARA2 MMBER SEBELAH KUAT SNGAT DENGKUR

REAL INNER JUNGLE PART 3 :
--> BREAKFAST ALA JUNGLE
--> TRY KAJI KEUNIKKAN GUA KEPAYANG KECIL
--> PANIK NAMPAK JEJAK TAPAK KAKI GAJAH DAN BERUANG MADU YG MASIH BARU
--> LUNCH DALAM SUNGAI ! GARA-GARA MAGI TERLAMPAU SEDAP SMPAIKAN PINGGAN MMBER DIBAWA ARUS SUNGAI
--> PERKENALAN SINGKAT DENGAN ORG ASLI BATEK CUKUP MENGUJAKAN

DAN ! KAMI BAWAKAN SPESEL PART UTK ANDA. KAMI SELITKAN SIKIT CAMPING DI TEPI SUNGAI. SAMBUNG BACA NNTI YEA.

REAL INNER JUNGLE SPESEL PART : CAMPING TEPI SUNGAI ! NYARIS-NYARIS.......

 

Sebelum tu, donlot TIPS PERCUMA kat sini --->  http://www.tamannegara4u.com/tipspercuma/

Tips ni bagus utk korg yg First Time, Second Time malahan beratus2 Time pun boleh guna utk join aktiviti kami. =)

Dah bersedia nak bercamping ? Tapi sebelum tu jom BACA chek list ni ade ke tak dalam bag korg atau ahli korg yg bawak ! Kalau tertinggal boleh haru laa trip korg nanti.

PERALATAN ASAS & PENTING KETIKA BERCAMPING.

1. Khemah
khemah

Rata-rata camping pun memang orang guna khemah ni. Khemah Dome ni ada yang jenis 2 lapis dan ada yang selapis je. Untuk lebih perlindungan cari lah yang dua lapis sebab ia lebih tahan panas dan lebih selamat ketika hujan.

2. Sleeping Bag
sleeping_bags

Untuk elakkan kesejukkan waktu malam. yg penting dapat elak kaki cramp !

3. Torchlight / Headlamp
images (1)

Sangat diperlukan tak kira siang atau malam. Jenis yang biasa digunakan adalah jenis head lamp kerana tangan anda bebas untuk bergerak. Pencahayaan terbaik adalah dari mentol jenis LED, selain dari cahaya putih yang terang ia juga menjimatkan bateri, tempoh ketahanannya antara 50 - 100 ribu jam.

4. Backpack
85L-travel-bags-outdoor-sport-bag-military-waterproof-Climbing-mountaineering-backpack-hiking-camping-backpacks-tactical-bags

Ini utk isi barang keperluan. Belilah ikut kadar Litre yang tertera di bag tersebut.Yg standard biasa untuk 1-2 malam camping ialah 50litre ke atas.

5. Pisau serbaguna
5691928_cd1d5a23-c5e0-4bbd-ba19-221381a9fce2

Tapi kena pilih betul-betul kualiti dan fungsinya. Pastikan setiap bahagian pisau ini boleh digunakan dengan baik.

6. Ubat / First aid kit
Water-Proof-Box-for-First-Aid-Kit-01

Asas yang perlu ada untuk setiap individu pula adalah panadol, pain killer/ ponstant, minyak gamat, balm, ORS ( Oral Rehydration Salt ), pelali air dan ubat anti malaria. Dapatkan nasihat Doktor sebelum pengambilan ubat - ubatan.

7. Tali
100_1850

Tali ni serba guna. Boleh buat pengikat kanvas dll.

8. Alatan memasak
4961028292_d344959fed_b

Bahan Masak seperti Mess tin wajib dibawa, sebaik – baiknya ada barang teknikal yang lain seperti Lantern ( Lampu ), dan stove ( Dapur masak mini ).

Dan barang-barang lain yg perlu spt baju,stokin,mandian dll. Igt bukan nk dduk hotel ni tau,bawa yg bersesuai. Ini contoh cara kemas barang dalam bagpack dan senarai lain yg boleh jd rujukan.

1-2

Okay,next kami share Tips yg lain pula yea.
Nanti jemput belek di www.tamannegara4u.com/realinnerjungle

Sekiranya ke Taman Negara Pahang Malaysia pastikan korg tidak ketinggalan untuk menjejakkan kaki ke Bukit Teresek ! Dengan ketinggian 334 Meter pasti tak jadi masalah untuk anda tawan bukit ni. Sesuai laa utk newbie yg baru berjinak-jinak nk hiking tu ! hihi

teresek hill

Perjalanan ke Bukit Teresek mengambil masa lebih kurang 2 jam dan jarak ke sini 1.7 km. Jangan risau pasal track kerana jalannya berplatform dan tanah rata. Cuma perlu berhati-hati kalau musim hujan jalan agak licin sikit dan platform yg rosak. Ade 1 2 tempat yg rosak maklumlah ramai pengguna platform ni. Jangan lupa bawak air mineral dan snack boleh la toup tenaga serta alas perut semase bertrekking tu !
12336232_898585700217298_1424163014_n

 

Selain tu, kita akan disajikan dengan Pemandangan Sungai Tahan di first view Bukit Teresek ni. Di sini la penamat laluan platform dan kita perlu melalui jalan rata dan berjalan lebih kurang 20 minit untuk sampai ke PUNCAK BUKIT TERESEK !

12498670_914236681985533_1995207869_n

12498774_914237245318810_1792787812_n

Yg bestnyer dari Puncak Bukit Teresek ni kita boleh lihat Puncak Gunung Tahan ! Wow ! tu kalau cuaca baik dan tak berkabus la mane tau rezeki kita. Nampak puncak pun jadi la kan. Sebelum tu jom belek foto-foto pengunjung yg dah berjaya naik ke puncak Bukit Teresek ni. Haa..walaupun ade yg pancit tp berjaya jugak !

10968335_931625076848753_7805341861702599817_n

10339620_979069165437677_6632937461293381467_n12767318_1015360121870587_1772743378_n

12767659_1015360011870598_1942209432_n

13090440_1064868556919743_236363652_n

 

Cas hp atau camera penuh-penuh yea ! Nanti xdapat pulak amik gambar mase di puncak tu. Kalau waktu pagi lagi cantik. Berkabus dan nyamann je udara kat sini ! Tambah-tambah dikelilingi pokok memang sejukkk mata memandang.

Nak tengok detail mengenai pakej aktiviti kami boleh ke http://www.tamannegara4u.com/santaitamannegara/

 

Coretan dari blog Si Cantik Manis Cik Gee..

---------------------------------------------------------------------------------------

TRIP LONE RANGER TO TAMAN NEGARA

Alhamdulillah pada 28 dan 29 May yang lalu gee telah ke TAMAN NEGARA. Tercapai lagi satu wish list tahun ni...hehe. Trip ni dinamakan trip LONE RANGER 2.0

Haha pelik kan kenapa LONE RANGER….nampak macam org y kesunyian je! Takde laaa sampai macam tu..  #liagroup  ni buat open trip ni khusus untuk sape2 yang xde geng.

Gee ternampak iklan ni kat FB TAMAN NEGARA PAHANG MALAYSIA .. Ape lg terus register la sbb dah lama nk p tp xde geng. Masa tu tengah ada promotion! 2 Hari satu mlm jerr.. cari gak 3 hari 2 mlm.. tapi blom ada masa tu..

Trip tak termasuk transport dan makan. Sempat jgak gee ajak adik sekali join sape lg kalu bukan ummi.

13082016_1064333546973244_1219052954_n

Sebab gee memang tengah berjinak jinak nk jd backpacker so memang dah plan awal2 nak naik bas ke TAMAN NEGARA. Mudah je caranya.

 

Tiket boleh beli di Stesen Pekeliling dekat ngn Titiwangsa tu. Harga tiket tu RM 18.40 sehala.  Kami naik bas pukul 8 am dan sampai ke Jerantut lebih kurang pukul 11 am. Dah sampai kat Jerantut tu kena transit naik bas yang ke Taman Negara. Harga tiket rm 7.00 sehala. Yang ni beli on the spot je pastu trip dia x banyak.

 

Cuma ad pukul 8 pagi dan 1 ptg setiap hari. Tapi kalau dari KL ke Jerantut hampir setiap jam ada bas. Kalau nak konfirm call je staff Lia group tuu, insha Allah dorang akan bantu n chek jadual perjalanan bas ngan dorg. Korang juga boleh Check Cara Nak ke Taman Negara Kat sini.. >> Oh ! yea, untuk makluman JERANTUT adalah titik tengah untuk ke Taman Negara. Samada nak pilih option naik bot dari Tembeling ke Taman Negara atau naik bas terus ke Taman Negara. Kalau naik bot perjalanan amik masa 3 jam dan harga tiket RM 35/ seorg sehala.

 

15933

IMG-20160529-WA0086

Perjalanan lebih kurang sejam lebih. Turun dari bas tu kami terus ke kaunter agensi kami. Kaunter agensi tu betul-betul terletak sebelah kedai makan. Senang je nak cari. hehe.. Kami paling lambat sebab naik bas kan...hehe. Masa ni la baru kenal dgn semua member.

 

Rupa rupanya gee dan ummi yang paling muda. Yang lain semua dah 3 siri…haha. Dah berkenalan semua kami check in kat bilik. Lupa nama tempat penginapan tu. Tp bg gee ok la. Gee kalau travel xkisah sngt bilik cmne. Janji boleh tidur ada bilik air yang selesa ok. Sbb masa bnyk abis kt luar kan. Kat sekitar sini lebih daripada 10 operator yg menyediakan penginapan dari tiada bintang hingga ke 4 bintang. . heheh tinggal pilih je.

15941

Lps letak barang beg semua dlm 3.30 kami terus ke first activity kami iaitu visit Aborigines Village. Btw agen ni memang dah assign siap2 tour guide kami iaitu ANGAH. Tour guide akan bawak kite sepanjang aktiviti dan akan uruskan semua berkaitan pakej. Nak ke kampong orang asli ni kena naik bot tapi dekat je dlm 10 minit dah sampai. Untuk pengetahuan uolss, ramai sgt org masa ni skli dgn rombongan sekolah la, mat salleh minah salleh la. Sebab time ni kan baru cuti sekolah pastu sebelum puasa. Kami di fahamkan start bulan 6 - 12 ni musim peak season !

IMG-20160529-WA007513650641_1125310114208920_1157007794_n

Kat sini Angah bagi penerangan tentang orang asli ni. Kat sini terdiri dr kaum bateq dan mereka ni selalu hidup pindah randah. Banyak lagi la y angah explain tp bab2 sejarah ni gee tak amik pusing sangat. Lps dah abih explain tu kami di beri penerangan tentang cara penggunaan sumpit yang digunakan orang asli untuk memburu. Dan cara mereka menghidupkan api. Sempat la ahli Lone Ranger mencuba menyumpit juga. Mereka juga ade menjual set menyumpit mini,sesape berminat nk praktis or buat hiasan rumah boleh beli. Memang halus seni ukiran pd sumpit dorg.

10517456_866080030069925_2529815228145858456_n

 

Next activity ialah rapid shooting. Rapid shooting ni lebih kepada boatman tu akan bawak bot laju2 pastu macam hampir terbalikkan bot tu. Pastu ada masa kita akan berselisih dngn bot lain. Masa ni la berlaku adegan simbah menyimbah air. Confirm korang akan basah punye. So standby beg waterproof ok. Memang best xtvt ni. Lepas aktiviti balik bilik standy untuk aktiviti mlm ni plak.

 

15833

13664375_1125310190875579_562742917_n

Kat sini banyak je kedai makan tak susah pun nak cari. Di sekitar jety dan pusat perniagaan kuala tahan ni memang banyak kedai. Antara sedap tak sedap n mahal murah je..heheh. Malam tu kami dinner di floating restaurant. Ikut kata angah kat restoren ni paling sedap. Bagi gee memang sedap dan berpatutan la harganya.

IMG-20160529-WA0101

P8013032

 

 

 

 

 

 

 

Mlm tu kami proceed ke activity night walk. Setiap orang kena bawak torchlight masing2. Xtvt ni lebih kepada kita akan tengok hidupan macam serangga waktu mlm. Korang mesti bayangkan mesti sunyi dan gelap je jln mlm2 kan? Memang tidak sama sekali. Sebab ramai sangat orang mcm gee ckp td. Kami ikut je laluan yang memang dah disediakan untuk night walk ni. Kami berhenti di Bumbun Tahan tempat memerhati binatang. Dan yg menariknya kat situ ade sumber garam mineral yg menjadi makanan haiwan-haiwan kat sini. Yang specialnya kami sempat melihat tapir atau tenuk yang hanya ada beberapa ekor je kat Malaysia ni.

 

IMG_20160529_082304_HDR

Keesokannya kami breakfast kat kedai makan y gee pun dah lupe namanya. Tapi kat sini memang banyak pilihan makanan. Ada pelbagai nasi berlauk yang dah siap dibungkus. Roti canai macam macam topping korang boleh letak. Pastu nasi lemak yang ahli lone ranger ckp sedap giler. Memang recommended makan kat sini.

 

Lepas breakfast kami terus proceed untuk xtvt jungle trekking. For this xtvt dinasihatkan kalau boleh sebelum datang korang prepare la cikit dari segi fizikal. Maksudnya biasakan buat light exercise macam jogging ke naik basikal ke sebab laluan trekking ni lebih 10 km dan perjalanan kami dari awal sampai tamat lebih kurang 4 jam(termasuk berhenti rehat).

 

Boleh tahan semput jugak la. Tapi laluan dia xde la mencabar macam kita hiking sebab nama pun jungle trekking. Tapi ada juga part yang mencanak naik macam kat bukit saga ampang. Jangan lupa bawak air mineral dan makanan macam snek untuk beri tenaga pd badan kite ! 

15849

12884365_1037535049653094_2080139362_n

 

 

Sepanjang trekking ni angah banyak explain pasal pokok pokok yang terdapat kat sini. Korang bole layan gambar je nak cite memang banyak..hehe. The best part ialah kanopi walk.

 

Mengikut angah sepatutnya ni laluan kanopi yang terpanjang di dunia tapi disebabkan ada masalah teknikal beberapa route dipotong so jadi x panjang sangat. Tapi memang tinggi. Sapa yang gayat tu be prepare ok? Tapi memang lagi best dari kanopi kat frim tu. Katanya kanopi ni dibina tanpa sebatang paku untuk elakkan pokok cedera.

IMG_20160529_110842_HDR

13649550_1125310207542244_900505391_n

Kami trekking sampai ke puncak bukit teresek. Kat puncak ni boleh nampak la sipi sipi gunung tahan.


15905 15940

 

 

 

13833260_1125310177542247_1541665801_o

For me I have almost no complaint about this trip except maybe next time boleh buat 3h2m kot becos there is so much thing to do and explore in taman Negara. Alang alang dah datang jauh2 baik buat semua aktiviti yang ada macam explore cave, feeding fish etc.

lagi yang menentukan tip ni best ke tak is you trip mate. Nasib baik semua trip mate sekepala boleh ngam, tu yg jadi best walaupun baru kenal. Lepas ni xde reason dah xley dtg ke taman negara.Masa nak turun ni laju je tapi shaking jugak la kepala lutut tu. Dengan berakhirnya jungle trekking ni tamatlah trip lone ranger ni. Kami makan tgahari kat floating restaurant jugak. Then check out dlm 3 ptg.

Till meet again guys!

.

. Rugi besar kalau tak join! Selepas beberapa mggu artikel ni di tulis, baru muncul Trip 3 hari 2 malam! Gee sangat rekemenkan pada semua...

. Untuk Join TRipLone ranger 3 Hari 2 Malam Lihat di

---> www.tamannegara4u.com/

---> www.tamannegara4u.com/

Naik Jambatan Gantung Jambatan Gantung Terpanjang Didunia ? Mak aiii... Gayat beb! atau lebih mesra dikenali sebagai Titian Silara. Khabarnya, ianya direkodkan di antara salah satu jambatan gantung Terpanjang Didunia..

Rugi beb kalau tak cuba jejakkan kaki kat titian Silara ataupun CANOPY WALKWAY ni koranggg ! Berada di awang-awangan pada ketinggian 40 Meter dari lantai hutan sepanjang 510 Meter.

10850443_787596774638268_1585353138_n

Nak ke kanopi ni xde laa jauh pun Cuma amik masa dalam 40 Minit je dari Park centre alaa 1.5 km laa senang cite. Okei, nampak tak tulisan kat signboard tu ? haa. .  Information klau hujan atau pun berangin Canopy akan ditutup atas sebab keselamatan..  So kena tengok cuaca jugak sebelum datang tu n dan lagi satu Canopy Walkway ni dibuka sehingga jam 2.30 Petang yea !

12922215_1045200952219837_1947572731_o12941066_1045200395553226_161676990_o

"Mak aihhh12248036_10204047984518866_9133464422245080754_o ! Sampai-sampai jem pulak dah..Siap kene beratur panjang lak ! "
biasalaa kalau datang peak season gini ler suasana die !! Yang bestnyer sesetengah pelancong luar ni dorg memang ramah giler .. seme nak disapa nya. Tapi just dorang say “Hello..hello ” jer lah ! hehe ! Cerita bab tiket pulak, Okay untuk tiket  Dewasa RM5 jerk kanak-kanak RM3 !

 

12498507_914234091985792_1910273412_n (1)

Untitled-1

 

 

 

 

 

 

 

Memang cantik pemandangan yang boleh dilihat dari atas titian ini..

Bila berada di atas ni kita boleh lihat keindahan alam dengan lebih dekat dan boleh lihat air Sungai Tembeling mengalir tanpa hentinya sejak berabad lamanya...

THE MOST IMPORTANT Canopy ni dibina 100% tanpa sebatang paku untuk elak pokok tercedera.. Mase di titian jaga jarak dan dibenarkan 4 org pd jarak 10 meter di satu titian..

12540373_914235338652334_703374480_n

 

 

12833452_1026389344100998_1226300738_n

 

 

 

 

10447636_866123166732278_1004455420859561677_n

Tengoklaa foto yang kami kongsikan, macam-macam ragam n gaya ade ! Untuk yang nak bawak family or anak kecik pun boleh.. Tak jadi masalah... Percaya tak, kekadang anak-anak kecil kita tu lagi berani pada kita?

Ada yang berminat nak naik Jambatan Gantung ni ? atau nak tengok info lain  boleh KLIK SINI ---> http://www.tamannegara4u.com/
Atau tak nak ketinggalan untuk setiap "OFFER", Pelbagi INFO Tentang Taman Negara dari kami
DOWNLOAD SINI ---> http://www.tamannegara4u.com/tipspercuma/

 

 

 

 

Eh ! Kenapa dengan Rapid Shooting ? Aktiviti bahaya ke ape ni ?

Haaa.. Ni mesti tak follow page kami ni kan ? Sebab tu tak tau KESERONOKKAN dan KEBEST- AN Rapid Shooting ! huhuhu.. Alaa gi jer kat Fbpage Taman Negara Pahang Malaysia https://www.facebook.com/tamannegara4u/ ..ade video rapid shooting ! Mohon tengok tau..

 

 

 

Untuk info Rapid shooting ni salah satu AKTIVITI WAJIB TRY kat sni.. Aktiviti meredah 7 lapisan jeram di sekitar sg Tembeling dengan menggunakan bot kayu tradisional tersangatlaaa mencabar tau tak ! Tapi xdek la extreme sangat xtvt ni kanak-kanak pun blh cuba lorhhh.. toksah takut laa ! Best ooo..

10620747_866081083403153_249092752107033361_n

Perjalanan atau aktiviti ni ambil masa dalam 45 minit – 1 jam tau sebab kan 7 jeram nak redah ! huhuhu.. sabar jelaa kan ! Macam-macam gaya ade tau masa naik bot ni.. Menjerit laa sebab takut la menjerit sebab suka sangat la.. hahaha ! But JANGAN LUPA LIFE JACKET tuuuu ! free je life jacket tu takkan korang tak sayang nyawa kan.. hihihi

10517456_866080030069925_2529815228145858456_n12036609_1060757103935549_8519928158485157255_n

At last nak bagitau korang paling best time lumba-lumba bot tu.. Lawan air konfem basah kuyup beb ! Lawan air gn bot sebelah fuhhh..memang syok habislaaa.. Huru hara bot disebabkan perang ni..hihi ! Eh Kejap kejap nak info korang jage-jage sikit hp tu kang basah kene air pulak.. Untuk aktiviti ni klau boleh pkai CASING HP KALIS AIR atau GoPRO nak selamat xyah bawak langsung.. hihihi

12274613_1075363392474920_4306108286239220426_n

Amacam ? Tak sabar nak join ?  Pe lagi ! Cepat contact sales team kami.. Nak Rapid shooting ? Meh belek sini http://www.tamannegara4u.com/bot/

Nak drive thru pun boleh laa.. Tapi lagi best amik pakej kan.. Dah alang-alang datang mesti nak rasa seme aktiviti ! Betul ke betul ?

Admin admin kami nak pakej laa trus.. Ade tak yang sesuai ngan kami ?
Haishhh lagi cantikk ! Detail korang tengok la kat sini :

santaitamannegara