1

Kunjungan anda ke Taman negara Pahang dianggap tak lengkap tanpa anda cuba aktiviti ni. Apa yang menariknya di sini? Jommmm..Kita sama-sama Redah...

  1. JUNGLE TREKKING + HIKKING TERESIK HILL

Perjalanan yang memakan masa 3-4 jam ini merupakan saat yang paling indah ketika anda berada disini. Explorasi hutan dengan rimbunan hijau sejuk mata memandang sambil ditemani kicau unggas dan rimba yang sangat mengasyikkan... Jangan lupa, bawa bekalan air secukupnya!

 

 

12004919_1716273015259157_1845627418405534322_nNaik Jambatan Gantung! Jambatan Gantung Terpanjang Didunia? Mak aiii... Gayat beb! Lebih dikenali sebagai Titian Silara. Khabarnya, ianya direkodkan di antara salah satu jambatan gantung Terpanjang Didunia..

Berada di puncak pokok Tualang, pastinya sayup mata memandang!

 

 

10703585_866105503400711_4664261656767092432_n14013_874528809225047_7018793523407526465_n

2. RAPIDS SHOOTING

Rapids Shooting atau 'Water war'. Memang seronok!

Anda dibawa menaiki bot kayu tradisional menyelusuri sungai Tembeling! Fun! Boleh Hilang Stress dan Relax.... Bot melalui celah-celah batu dengan air sungai berarus deras. Jangan lupa kenakan 'LIFE JACKET' yang kami sediakan..

 

 

16188_941958802482047_1731158260415211880_n995077_1506571129590506_6308600628236954960_n

3. VISIT ORANG ASLI

Berkunjung ke perkampungan Orang Asli? Tanggapan anda "alaa... Orang Asli kat memana pun ada! pasti akan meleset sama sekali! Serius! Apa lebihnya di sini? Tungguuuu....

 

 

12219606_10207922591763247_4416116486339947759_n

4. NIGHT JUNGLE WALK

Night walk atau berjalan malam! Hayati suasana Flora dan fauna di malam hari. Suasana yang cukup berbeza dari sebelah siangnya! Oh Indahnya cipta Yang Maha Esa...

Pahang, Mutiara Taman Negara, Night Jungle Walk, Night Life

 

5. LATA BERKOH & SINTUARI KELAH

Lata Berkoh. Keindahan yang cukup mempersonakan! Anda pasti teruja dengan pemandangan dan suasana 'terowong hijau' dikelilingi pepohon menghijau, anak-anak ikan bermain berkeliaran, flora dan fauna yang menyejukkan mata memandang...

JERANTUT, 5 Sept -- JINAK ... Tiga kakitangan Santuari Kelah Lubuk Tenor di Taman Negara di sini, menunjukkan demonstrasi bermain dengan ikan-ikan kelah baru-baru ini. Santuari berkenaan merupakan satu lagi produk baru menanti pengunjung Taman Negara kerana ia bukan sekadar pusat kajian dan pemuliharaan ikan kelah malah turut menyediakan pelbagai aktiviti menarik kepada pengunjung. Antara aktiviti yang boleh dilakukan ialah memberi makan ikan kelah malah boleh berenag dan bermain dengan ikan tersebut. Bagaimanapun, pengunjung dilarang menangkap atau memancing ikan itu kerana tujuan utama penubuhan santuari itu lebih kepada usaha memulihara ikan kelah daripada pupus. --fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA

Antara aktiviti yang boleh dilakukan ialah memberi makan ikan kelah malah boleh berenag dan bermain dengan ikan tersebut.
Bagaimanapun, pengunjung dilarang menangkap atau memancing ikan itu kerana tujuan utama penubuhan santuari itu lebih kepada usaha memulihara ikan kelah daripada pupus.

18

 

Persoalan yang sering diajukan kepada kami dari penggemar aktiviti Rekreasi dan agak lasak ini ialah :

"..... Apakah trip yang paling sesuai untuk kami yang baru 'First Time' ingin berkunjung ke sini....?"

Bagi menjawab persoalan tersebut, kami sangat syorkan  supaya anda join aktiviti santai terlebih dahulu dan tidak terlalu lasak! Tentatif program yang penuh bermakna ini dan pastinya dijamin TIDAK MENGHAMPAKAN anda! Klik Link Ni untuk buat survey dan Tempahan : www.tamannegara4u.com/santaitamannegara 

 

 

 

2

SEKARANG!
Adalah masa dan waktu yang terbaik untuk ke Taman Negara Pahang terutamanya ke Lata Berkoh dan sintuari ikan kelah.

Bagi pencinta alam, saat manis dan suasana seumpama ini sememangnya sangat ditunggu tunggu.. Dikala musim kering ini, ternyata anda bakal disajikan dengan pemandangan dan keindahan yang sangat mengasyikan.

Deruan air sungai yang tak putus putus mengalir dengan kelibat ikan ikan berkejaran bermain dikejernihan airnya dengan dikeliling pepohon menghijau. Sesekali kedengaran sahutan haiwan penghuni rimba turut menghiasi landskap hutan tertua didunia ini.

 

Ramai yang tak tau yang Lata berkoh ni tempat boleh picnic dan madi manda...

Ni sebahagian dapi pemandangan dan pengalaman yang korang akan lalui...

 

 

Untuk sampai kesini, anda perlu menaiki bot  lebih kurang 45 minit dari jeti Taman Negara. Anda pasti kagum dengan kepakaran pemandu bot dan pengemudinya. Meredah celahan batuan dengan deruan enjin berkuasa kudanya, cetek dan dalam arus sungainya membuat denyut nadi penumpangnya bagai terhenti seketika!

 

Anda dibawa menyelusuri sungai tahan yang menjanjikan keindahan cukup menarik dan sejuk mata memandang. Tapi harus diingat, anda pasti teruja dengan keindahannya dua kali ganda di kala musim kering ini!

Satu kerugian besar jika anda tidak bersedia dengan lensa kamera anda! Anda mungkin terlepas saat saat manis ini.

Antara lain, anda akan singgah di sintuari ikan kelah. Mandi manda sambil berenang berkejaran bersama antara spesis termahal ini. Satu pengalaman baru yang pastinya takkan anda lupakan sepanjang hayat.

Waktu pagi hari dan  disebelah petangnya menjadikan masa terbaik untuk melakukan aktiviti ini.

 

Time balik... standby kamera... minta boatman kayuh bot perlahan-lahan... Ambillaaa sebanyak mana foto keindahan alam...

 

Ayuh! Santai Taman Negara hari ini juga!
Jangan persiakan musim kering ini!
Request untuk ke Lata Berkoh Nanti..

Sebagai anak jati tempatan dan pengendali pelancongan disini, banyak lagi tempat dan aktiviti yang menarik disini untuk kami kongsikan dengan anda semua..

Jemput singgah di :
www.tamannegara4u.com/santaitamannegara

 

bomoh

SAKA TRAVEL ? Yea, memang ramai dah yg terkena SAKA TRAVEL ni.. Antara sedar dan tak sedar je ! Parah tau..kejap2 kena berubat ! Ubatnya bergantung pada tempat travel tu.. hehhee.. Senang citer kalau tak gi Travel memang boleh menggigil- gigil satu badan.

14264124_1266704363340821_5141787142323267241_n

Jadi admin sarankan korang chek tanda-tanda kat bawah ni related dengan korang tak !

  1. Korang lebih eksaited bila bercakap pasal travel/ tempat2 menarik, perjalanan ke sane dll tak kire dalam atau luar negara.
  2. Mempunyai hobi baru iaitu kumpul duit2 dari luar negara ! Sebut jer negara mane, korang pasti ade simpan salah satu duit negara tu biarpun seposen/seringgit ..hihi.
  3. Ketagih dgn search "Everywhere" di Skyscanner & dah berniat untuk Travel tempat baru. Padahal baru je 2-3 minggu balik dari travel.
  4. Alah dengan satu tempat sepanjang hidup.13935008_1246790348665556_6223275148065798940_n
  5. Tak kisah kalau Travel sorang2 sebab dah jadi kebiasaan korang pun asalkan hajat korang nak "Tawan " tempat travel tercapai.14247926_1165919833481281_1766149553_o (1)
  6. Memang ramai kawan dari luar negara ! Kawan2 ni pun jumpa semasa korang travel jugak.
  7. Menghabiskan berjam-jam untuk baca blog2 travel yg dapat memberikan anda inspirasi & info untuk Travel.
  8. Menganggap "sesat" tu sesuatu yg bagus & dapat memulakan pengembaraan baru.images (1)
  9. Kerja hanya untuk dapatkan duit untuk travel ! Bila tabung travel khas dah penuh ape lagi.. apply cuti & Travelll !12674122_1025437544196178_1742952096_n
  10. Sentiasa post gambar travel kt media sosial sebab korang rindukan tempat travel tu.. Siap dengan hashtag #throwback lagi tuu..hehe

Ada tak yg perangai macam kat atas ? Kalau ade & korang makesure masukkan Taman Negara Pahang Malaysia  dalam list tau !

Rancang percutian korang di sini : Taman Negara Pahang Malaysia