Memilih-Joran-Pancing

Memancing boleh menjadi antara aktiviti Sukan yg paling mengujakan, namun boleh juga menjadi aktiviti yg paling mengecewakan kalau tak dapat walau seekor labi-labi ! Cuba elakkan dari melakukan kesilapan yg boleh dielak ketika menyertai trip pancing.

images

 

1. Menggunakan tali yg telah " Luka " atau lama

Ramai yg tidak mengambil serius keadaan tali utama. Tali yg telah lama kebanyakkan akan luka atau berbulu. Mungkin keadaan tali tidak mempengaruhi peratus strike.

 

Shanks

 

2. Menggunakan mata kail yg tidak sesuai

Mata kail tidak diciptakan untuk semua keadaan pancingan. Terdapat mata kail yg berbeza bentuk, mata tunggal atau mata tiga dan saiz. Pastikan anda tahu spesies target anda dan pilih mata kail yg bersesuaian.

 

3. Menggunakan padanan rod dan kekili yg salah

Seperti mata kail, penggunaan padanan rod dan kekili juga haruslah bersesuaian. Setiap spesies pasti mempunyai set yg sesuai untuk memancing.

 

4. Kuantiti tali utama yg tidak bersesuaian

Kuantiti tali utama perlu bersesuaian dengan keadaan pancing dan juga kekili. Setiap kekili biasanya mempunyai anggaran kiraan kuantiti tali yg sesuai untuk dimasukkan ke dalamnya. Selain itu, tali utama yang pendek atau tidak mencukupi boleh membuatkan ikan terlepas.

 

Fly-Fishing-720x340

 

5. Menggunakan teknik flyfishing tanpa mempelajari tentang flies

Salah satu kepuasan flyfishing ialah mempelajari pelbagai jenis flies untuk pelbagai jenis dam spesies.

 

tali-berpintal

 

6. Susunan tali utama dalam spool yg tidak betul

Pastikan susunan tali dalam spool tidak bersilang atau bertindah dalam aturan yang tidak betul. Jika rasa ada yg tak kena, periksa semula tali utama terutama bagi kaki casting.

 

7. Mengendalikan ikan tanpa sarung tangan

Ikan yg tewas selepas pertarungan mungkin kelihatan lemah, namun masih mempunyai tenaga akhir untuk membuat pecutan ketika anda mahu membuang mata kail. Pengendalian tanpa sarung tangan mampu membuat anda berputih mata dan meninggalkan kecederaan akibat sirip serta gigi yg tajam.

 

8. Tidak mengambil serius saranan guide dan tekong anda.

Ketika trip memancing amat penting untuk dengar saranan dan nasihat daripada tekong atau guide kerana mereka lebih tahu dan berpengalaman dengan spot yg dibawa. Jangan terlalu ego dan nak tunjuk terer.

 

9. Buang Masa

Memancing memang aktivit yg baik untuk mengisi masa lapang. Namun, jika anda pergi memancing sekadar untuk berborak, makan dan minum baik anda ke kedai mamak saja.

 

IMG-20150203-WA0017

 

10. Menukar gewang terlalu kerap

Sememangnya anda banyak koleksi gewang dalam kotak anda. Namun, jika terlalu kerap menukar gewang ketika memancing merupakan perkara yg sia-sia. Secara tak langsung, ia membuatkan gewang anda terlalu sekejap di dalam air dan mempunyai ikan anda hilang minat.

 

Sumber : Majalah Umpan.

Dapatkan TIPS PERCUMA kami di SINI.

Lihat Info Pakej Memancing Taman Negara Pahang Malaysia Di SINI.

 

JERANTUT, 5 Sept -- JINAK ... Tiga kakitangan Santuari Kelah Lubuk Tenor di Taman Negara di sini, menunjukkan demonstrasi bermain dengan ikan-ikan kelah baru-baru ini. Santuari berkenaan merupakan satu lagi produk baru menanti pengunjung Taman Negara kerana ia bukan sekadar pusat kajian dan pemuliharaan ikan kelah malah turut menyediakan pelbagai aktiviti menarik kepada pengunjung. Antara aktiviti yang boleh dilakukan ialah memberi makan ikan kelah malah boleh berenag dan bermain dengan ikan tersebut. Bagaimanapun, pengunjung dilarang menangkap atau memancing ikan itu kerana tujuan utama penubuhan santuari itu lebih kepada usaha memulihara ikan kelah daripada pupus. --fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA

Bagi kaki Pancing, korang pasti selalu mendengar tentang Lubuk Kelah di Taman Negara Pahang Malaysia kan ? Lubuk Kelah yg di maksudkan adalah Sungai Keniam. Salah satu tempat tersohor untuk memancing ikan Kelah atau "Mahseer" ni..

Beberapa info tentang Sungai Keniam yg HARUS korang amik tau !

1. Sungai Keniam terletak di dalam kawasan Taman Negara Pahang dan tertakluk pada akta larangan seperti larangan menebang pokok, membuang sampah, berburu secara haram dll.

 

13315680_1193473823997209_1523370347838761869_n

 

2. Korang perlu membuat pendaftaran dan mengambil permit masuk ke Taman Negara, lesen Memancing dan Lesen Camera. Segala peralatan dan kelengkapan perlu di periksa oleh Renjer Jabatan Perhilitan sebelum masuk ke Taman Negara.

DSC00068

3. Perjalanan ke Sungai Keniam mengambil masa lebih kurang 3- 4 jam menaiki bot.

4. Bulan memancing terbaik adalah semasa musim kering pada bulan Februari hingga September.

13335801_1193474513997140_7786510048516202885_n

5. Antara hasil tangkapan yang popular di Taman Negara ialah Kelah, Patin, Baung, Gohok, Tenggalan, Lampam, Krai dan Tapah.

IMG_61269439480258

6. Umpan terbaik untuk memancing kelah ialah sawit peram.
Cara nak buat ? Baca sini DIY UMPAN KELAH.

7. Antara lubuk popular ialah Lata Said, Perkai, Rincing, Cangkung, Petai, Rawa, Panjang, Batu Terubung dan lubuk-lubuk kecik lain.

22320_968543389823588_1656921838975186810_n

8. Spesis Raja Sungai ni berat bawah 2kg Harga dlm lingkungan Rm180 sekilo! Berat atas pada 2kg Harga mencecah RM220 sekilo !

9. Sebagai Omnivor, makanan utama ikan itu adalah rumpai air, alga, serangga, katak, ikan kecil dan buah-buahan yang terjatuh ke dalam sungai.

10. 'Ikan raja' atau 'raja sungai' itu boleh membesar sehingga 30 sentimeter panjang dengan beratnya antara dua kilogram (kg) hingga tujuh kilogram.
KHAS UNTUK ANDA ! TRIP MEMANCING KELAH..
Lihat Info di JEJAK KELAH TAMAN NEGARA

13346832_1193474880663770_4319604918704791721_n

Terdapat pelbagai jenis jaket keselamatan yang berada di pasaran dan jaket keselamatan ini terbahagi kepada 2 jenis iaitu dari material styrofoam yang dibalut dengan kain yang dibentukkan sebagai baju luaran. Satu lagi jenis adalah dari pelampung udara yang bertindak secara automatik apabila picu ditarik atau alat pengesan air berfungsi dan memberi impak gas CO2 kepada seluruh ruang pelampung.

gen blue univ_zpslcmyrjse

Ciri-ciri jaket keselamatan yang perlu kita ketahui adalah ia mestilah berwarna terang, mempunyai wisel, warna pantul cahaya dan tali kekunci yang baik untuk mengapungkan manusia.

 

Jaket keselamatan yang diperbuat daripada styrofoam mempunyai daya apungan yang minima mengikut kualiti. Bagi kualiti sederhana ia mampu mengapungkan manusia seberat 80 kilogram dalam masa 4jam. Dalam tempoh ini gunakan apa yang ada di sekeliling kita untuk menyelamat diri. Tarik perhatian dengan meniup wisel dan berada di kawasan terbuka lebih mudah untuk dilihat.

 

Malang tidak boleh diduga. Apabila kita menaiki pengangkutan air untuk melakukan aktiviti air seperti memancing, rapid shooting kita tetap akan terdedah kepada bahaya. Bagi bot-bot kecil berhati-hati ketika menurunkan sauh dan lihat di sekeliling anda jika memancing di laut dan kawasan muara. Jangan lepaskan sauh secara mengejut kerana dikhuatiri barang-barang pancing yang berdekatan tali sauh turut sama jatuh dan ini akan menimbulkan situasi panik kepada pemancing.

 

Sekiranya berlaku kemalangan semasa melakukan aktiviti keselamatan perlu diutamakan. Gunakan jaket keselamatan yang selesa dan mempunyai ciri-ciri keselamatan yang baik dan selenggara mengikut masa yang ditetapkan. Tukar jaket keselamatan yang telah lusuh atau gas CO2 yang telah tamat tempoh. Mungkin dengan sedikit perbelanjaan mampu menyelamatkan nyawa anda.

 

Jaket keselamatan bukan dipakai untuk fesyen tetapi bagi menjamin keselamatan semasa malapetaka terjadi. Selamat diri dahulu barulah fikirkan tentang peralatan lain anda.

USACEPoster18x24.eps

 

PERINGATAN:

 

Jaket keselamatan jenis gas harganya agak mahal, namun tempoh apungan jika berlaku kejadian bot karam, terbalik adalah lama berbanding jaket keselamatan jenis styrofoam.

 

Gas CO2 di dalamnya, walaupun tidak berlaku apungan, gas CO2 di dalamnya perlu ditukar sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh setahun. Jangan mengharapkan bot pancing menyediakan jaket keselamatan, kerana mungkin ia telah lusuh dan tidak dijaga dengan baik (busuk, basah, berkulat) yang menyebabkan anda tidak selamat dan tidak selesa memakainya. Jadi perkara terbaik adalah, beli dan bawa sendiri jaket keselamatan walaupun jenis styrofoam berwarna oren dan harganya juga tidak mahal. Ingat nyawa tidak boleh dibeli, jangan sudah terantuk baru nak tengadah!

Sumber : Majalah Umpan

Info & Aktiviti kami ? Lihat di http://www.tamannegara4u.com