wpid-2015-05-25-14-46-48

Hah ! Korang ada tak yg konfius nak naik bas apa, nak tunggu bas kat mana ke Taman Negara Pahang Malaysia ni ? Maklumlah dah la first time ke Pahang + tak ada geng travel. Tak da pengalaman lagi.

Google punyer google tak dapat nak bayang lagi macam mana perjalanan nanti. Takpa admin share n bantu korg supaya dapat info yg secukupnya ! Ni khas untuk yg nak naik bas dari KL - TAMAN NEGARA tau !

Perjalanan akan ambil masa dalam 3 1/2 jam sehingga 4 1/2 jam. Bermula KL - JERANTUT dan JERANTUT- TAMAN NEGARA / KUALA TAHAN ! Bermakna kena naik dua bas berlainan.

 

12

Korg perlu menaiki bas di Stesen Bas Pekeliling kat Titiwangsa. Bukan kat TBS tu yer! Kat situ tak ada bas ke Jerantut.. Untuk ke sini naiklah rapidKL ke monorail ke. Kalau naik  monorail dri KL Sentral ke Titiwangsa RM 4.00 rasenya !

MetrobusExp-ScaniaK94IB310-BKH8833-02

Sebaiknya korg harus naik bas lewat dalam Pukul 9.00 pg. Naik & Beli Tiket METROBUS tau ! Harga Tiket RM 18.40/Dewasa. Perjalanan KL- JERANTUT akan makan masa 2 1/2 jam - 3 jam ikut keadaan dan kesesakkan masa tu. Perlu di INGATKAN bas ke Taman Negara mula beroperasi pada pukul 7.30 pg, 1 ptg & 5 ptg setiap hari.

 

14483614_1083550251720841_1058025289_n

Setelah sampai di Terminal Sentral Jerantut, korg tunggu bas JERANTUT - TAMAN NEGARA / KUALA TAHAN pula yer. Kat terminal ada banyak kemudahan seperti Kedai Makan, Kedai Runcit, Tandas Awam, Bilik solat dll. Kalau ada barang yg nak dibeli boleh beli disini.

13876133_1231649073513017_762811329734040329_n

Korg boleh naik bas Pahang Lin Siong ni atau bas berwarna merah untuk ke Taman Negara Pahang. Dan perjalanan memakan masa 1 jam 15 minit. Anggaran masa sampai di sini pukul 2.45 ptg. Boleh lah korg check in dan ke Ofis Travel Agensi yg korg da booking.

Download TIPS PERCUMA kami di SINI.

Info AKTIVITI & PROMOSI TERKINI klik SINI.