Kunjungan anda ke Taman negara Pahang dianggap tak lengkap tanpa anda cuba aktiviti ni. Apa yang menariknya di sini? Jommmm..Kita sama-sama Redah...
- JUNGLE TREKKING + HIKKING TERESIK HILL
Perjalanan yang memakan masa 3-4 jam ini merupakan saat yang paling indah ketika anda berada disini. Explorasi hutan dengan rimbunan hijau sejuk mata memandang sambil ditemani kicau unggas dan rimba yang sangat mengasyikkan... Jangan lupa, bawa bekalan air secukupnya!
Naik Jambatan Gantung! Jambatan Gantung Terpanjang Didunia? Mak aiii... Gayat beb! Lebih dikenali sebagai Titian Silara. Khabarnya, ianya direkodkan di antara salah satu jambatan gantung Terpanjang Didunia..
Berada di puncak pokok Tualang, pastinya sayup mata memandang!
2. RAPIDS SHOOTING
Rapids Shooting atau 'Water war'. Memang seronok!
Anda dibawa menaiki bot kayu tradisional menyelusuri sungai Tembeling! Fun! Boleh Hilang Stress dan Relax.... Bot melalui celah-celah batu dengan air sungai berarus deras. Jangan lupa kenakan 'LIFE JACKET' yang kami sediakan..
3. VISIT ORANG ASLI
Berkunjung ke perkampungan Orang Asli? Tanggapan anda "alaa... Orang Asli kat memana pun ada! pasti akan meleset sama sekali! Serius! Apa lebihnya di sini? Tungguuuu....
4. NIGHT JUNGLE WALK
Night walk atau berjalan malam! Hayati suasana Flora dan fauna di malam hari. Suasana yang cukup berbeza dari sebelah siangnya! Oh Indahnya cipta Yang Maha Esa...
5. LATA BERKOH & SINTUARI KELAH
Lata Berkoh. Keindahan yang cukup mempersonakan! Anda pasti teruja dengan pemandangan dan suasana 'terowong hijau' dikelilingi pepohon menghijau, anak-anak ikan bermain berkeliaran, flora dan fauna yang menyejukkan mata memandang...

Antara aktiviti yang boleh dilakukan ialah memberi makan ikan kelah malah boleh berenag dan bermain dengan ikan tersebut.
Bagaimanapun, pengunjung dilarang menangkap atau memancing ikan itu kerana tujuan utama penubuhan santuari itu lebih kepada usaha memulihara ikan kelah daripada pupus.
Persoalan yang sering diajukan kepada kami dari penggemar aktiviti Rekreasi dan agak lasak ini ialah :
"..... Apakah trip yang paling sesuai untuk kami yang baru 'First Time' ingin berkunjung ke sini....?"
Bagi menjawab persoalan tersebut, kami sangat syorkan supaya anda join aktiviti santai terlebih dahulu dan tidak terlalu lasak! Tentatif program yang penuh bermakna ini dan pastinya dijamin TIDAK MENGHAMPAKAN anda! Klik Link Ni untuk buat survey dan Tempahan : www.tamannegara4u.com/santaitamannegara