Jika anda berkunjung ke Taman Negara Pahang Malaysia, anda pasti akan dapat menyaksikan banyak Restoren Terapung di sepanjang sungai Tembeling.
Kebanyakkan Restoren menawarkan pelbagai jenis menu masakan serta western food juga boleh didapati di sini. Maklumlah pelancong dari luar juga tidak mahu melepaskan peluang untuk berkunjung di Restoren Terapung ni. Jadi makanan mestilah selaras dengan citarasa "Mat salih" ni juga.
Antara juadah Masakan Kampung yang patut anda cuba ialah Ikan Patin Masak Tempoyak, Asam Rong Ikan kenerak, Menu Kelah, Ikan sungai dll. Tapi ingat yea, kebanyakkan ikan patin dan ikan kelah, harga nya agak mahal. Jadi anda patut tanya dahulu kepada peniaga.
Untuk makanan lain,kadar harganya tidak begitu mahal.
Sambil menikmati hidangan anda juga boleh menyaksikan pemandangan dan melihat kesibukkan Jeti Taman Negara.
Keindahan Restoren Terapung pada waktu malam yang cukup menarik. Pastikan anda tidak melepaskan peluang untuk mengunjungi Restoren Terapung di sini.
Jangan lupa untuk singgah di Lia Restoren Terapung !
Untuk info anda boleh lihat di SINI !
Untuk TIPS PERCUMA boleh dapatkan di SINI !