Skip to content

1505011_708095069201756_369103528_n

Love and enjoy to watch wildlife ? In Taman Negara Pahang Malaysia, you will see wildlife in front of your eyes !

13-04-06-Malaysia 748

Observation hides where you can spend the night are aplenty. From the hides, you could watch wildlife or other nocturnal animals at the salt licks. The most popular hide is Tahan Hide, just a stone's throw from the Park Headquarters.

16808529_1377266292346633_330186890_n

But Tahan is not the only hide available. There are Tabing, Cegar, Anjing, Blau, Yong and Kumbang Hides as well for you to zoom into a multitude of fauna within the perimeter of the park.

All the hides are strategically located overlooking salt licks and grassy clearings for clearer view. Listen also to the most prominent spund that comes from the hornbills.

You can also find fireback pheasents as well as fish eagles and kingfishers close to the rivers areas. Another river i.e. Sungai Tahan is popular for Masked Finfoot. There are just some of the 250 species of wild birds that have been identified in Taman Negara so far.

12003169_1040552552622671_1336983286408915168_n

If you're lucky, you can chance upon wild and shy animals like Seladang ( Wild ox ), Sambar or barking dear, wild boar and Tapir. There are also other animals that inhabit the park such as elephants, tigers, leopards, sun bears and the endangered Sumatran rhinos.

Not to be missed also are long-tailed Macaques often seen by the river, the screeching sound of the Leaf Monkeys, the white-Handed Gibbons and the Siamang that roam in groups known for its noisy sound early in the morning.

1517516_744251695586093_1121865739_n

You have an opportunity to experience the animal observation from this hide if you are participating in the night walk activity. You are not allowed to stay for overnight in this hide.

 

13322010_1193473743997217_9103085278302080045_n

Sebelum memulakan percutian rancang perjalanan dan dapatkan maklumat semaksimum yang boleh tentang tempat percutian anda. Dapatkan Tips, peta, kemudahan dll sebelum menjejakkan kaki ke destinasi yang ingin ditujui supaya perjalanan lancar dan selamat.

download (4)

Disini kami ingin kongsikan sedikit info Tentang Taman Negara Pahang Malaysia.

Seperti yang anda tahu, Taman Negara Pahang Malaysia terletak di Pekan Kecil yang jauh dari permodenan dan kemajuan bandar. Sekiranya anda ke Taman Negara Pahang, kami sarankan supaya anda mengisi Penuh minyak anda kerana di sini tiada Petrol Station.

p17hvd4f807m41il41l0qvcq19v27

Sebelum masuk ke Taman Negara, terdapat Petrol Station di sekitar Jerantut dan Petrol Station yang terdekat terletak di Felda Padang Piol. Anda perlu memasuki kawasan perumahan Felda tersebut untuk ke Petrol station berpandukan penanda arah di sekitarnya.

20160501_101000

Di Taman Negara Pahang Malaysia tiada Petrol Station tetapi hanya gerai yang menjual petrol dalam skala liter yang kecil sahaja. Ini hanya cukup sebagai 'back-up' petrol sebelum anda ke Petrol Station yang terdekat !

Lain-lain Tips & Info lihat di blog kami.

Untuk Tips Percuma lihat di SINI.

 

 

Setiap negeri pasti ada Makanan yg anda "Hunting" kan. Di Pahang apa yg anda "hunting" ? Biasanya pengunjung yg berkunjung ke Taman Negara Pahang Malaysia mesti akan request untuk makan makanan sungai yg fresh2 antaranya ikan patin masak tempoyak, sambal belimbing hitam, Ikan kelah dan ikan sungai yg lain.

Anda yg berhajat untuk ke Taman Negara Pahang Malaysia patut cuba beberapa makanan ini:

  1. Ikan Patin Masak Tempoyak

12064053_1026389664100966_467273081_n

Ikan Patin pun banyak jenis. Ada yg jenis Ikan Patin Kolam, Ikan Patin Sangkar dan Paling mahal ikan patin sungai. Jika anda penggemar tegar ikan patin, anda patut cuba masakan ini di Taman Negara Pahang Malaysia.

2. Ikan Kenerak Masak Asam Rong

gulai asam rom 3

Gulai ni sememangnya sangat unik kerana asam rong tersebut berasal daripada biji getah yg telah di keringkan serta ditumbuk. Nak tau rasa nya mcm mana, anda patut cuba dulu !

3. Sambal Belimbing Hitam

1012484_693258460685417_1691846463_n

images (6)

Sambal belimbing ni merupakan gabungan daripada belimbing buluh yang direbus sehingga berwarna hitam. Sambal belimbing ni tahan lama dan sesuai untuk bawa travel.

4. Ikan kelah fresh / Ikan sungai fresh

16215677_1346152328791363_1973589220_n

Ikan Kelah memang sukar untuk di dapatkan. Tak hairan lah jika harga 1kg mencecah ratusan ringgit. Isi nya sememangnya manis dan sedap.

Ikan sungai memang sedap digoreng dan rasa lebih ranggup !

5. Pais Ikan Patin

Pepes-Ikan-Patin-Banjarmasin

Ini pula ikan patin yg dibakar bersama tempoyak !

 

Jangan pelik kerana di Pahang memang terkenal dengan ikan patin dan tempoyak. Jadi pelbagai jenis masakan berasaskan tempoyak yg akan anda jumpa seperti sambal tempoyak petai, gulai tempoyak masak bersama keladi dll.

Dapatkan Info Percuma kami di ---> SINI

Aktiviti & Promosi Terkini ---> SINI

JERANTUT, 5 Sept -- JINAK ... Tiga kakitangan Santuari Kelah Lubuk Tenor di Taman Negara di sini, menunjukkan demonstrasi bermain dengan ikan-ikan kelah baru-baru ini. Santuari berkenaan merupakan satu lagi produk baru menanti pengunjung Taman Negara kerana ia bukan sekadar pusat kajian dan pemuliharaan ikan kelah malah turut menyediakan pelbagai aktiviti menarik kepada pengunjung. Antara aktiviti yang boleh dilakukan ialah memberi makan ikan kelah malah boleh berenag dan bermain dengan ikan tersebut. Bagaimanapun, pengunjung dilarang menangkap atau memancing ikan itu kerana tujuan utama penubuhan santuari itu lebih kepada usaha memulihara ikan kelah daripada pupus. --fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA

Bagi kaki Pancing, korang pasti selalu mendengar tentang Lubuk Kelah di Taman Negara Pahang Malaysia kan ? Lubuk Kelah yg di maksudkan adalah Sungai Keniam. Salah satu tempat tersohor untuk memancing ikan Kelah atau "Mahseer" ni..

Beberapa info tentang Sungai Keniam yg HARUS korang amik tau !

1. Sungai Keniam terletak di dalam kawasan Taman Negara Pahang dan tertakluk pada akta larangan seperti larangan menebang pokok, membuang sampah, berburu secara haram dll.

 

13315680_1193473823997209_1523370347838761869_n

 

2. Korang perlu membuat pendaftaran dan mengambil permit masuk ke Taman Negara, lesen Memancing dan Lesen Camera. Segala peralatan dan kelengkapan perlu di periksa oleh Renjer Jabatan Perhilitan sebelum masuk ke Taman Negara.

DSC00068

3. Perjalanan ke Sungai Keniam mengambil masa lebih kurang 3- 4 jam menaiki bot.

4. Bulan memancing terbaik adalah semasa musim kering pada bulan Februari hingga September.

13335801_1193474513997140_7786510048516202885_n

5. Antara hasil tangkapan yang popular di Taman Negara ialah Kelah, Patin, Baung, Gohok, Tenggalan, Lampam, Krai dan Tapah.

IMG_61269439480258

6. Umpan terbaik untuk memancing kelah ialah sawit peram.
Cara nak buat ? Baca sini DIY UMPAN KELAH.

7. Antara lubuk popular ialah Lata Said, Perkai, Rincing, Cangkung, Petai, Rawa, Panjang, Batu Terubung dan lubuk-lubuk kecik lain.

22320_968543389823588_1656921838975186810_n

8. Spesis Raja Sungai ni berat bawah 2kg Harga dlm lingkungan Rm180 sekilo! Berat atas pada 2kg Harga mencecah RM220 sekilo !

9. Sebagai Omnivor, makanan utama ikan itu adalah rumpai air, alga, serangga, katak, ikan kecil dan buah-buahan yang terjatuh ke dalam sungai.

10. 'Ikan raja' atau 'raja sungai' itu boleh membesar sehingga 30 sentimeter panjang dengan beratnya antara dua kilogram (kg) hingga tujuh kilogram.
KHAS UNTUK ANDA ! TRIP MEMANCING KELAH..
Lihat Info di JEJAK KELAH TAMAN NEGARA

Cendawan atau kulat mudah dijumpai di dalam hutan atau kebun yg disebabkan iklim panas dan lembap. Tapi apa yg kita perlu tahu, tak semua cendawan yg tumbuh liar beracun ! Sesetengah nya boleh dimakan dengan goreng atau rebus.

Berdasarkan kajian, banyak pihak termasuk Institut Sains Biologi, Fakulti Sains, Universiti Malaya, cendawan sememangnya mempunyai banyak khasiat dan nilai perubatan, contohnya cendawan kukur atau nama saintifiknya Schizophyllun commune.

Sebelum petik cendawan, sebaiknya ketahui ciri-ciri cendawan yang boleh dimakan dan tidak beracun.

P1030012

CENDAWAN KUKUR / KULAT SISIR ( Schizhophyllum Commune )

Bentuk seakan kipas kecik saiz 5-10mm. Struktur kenyal dan tak rapuh. Bahagian atas warna putih keperangan dan berbulu halus. Bawahnya seperti insang berwarna coklat.

Habitat : Tumbuh meliar di atas kayu mati, senang dijumpa di pokok kayu getah mati.

Kegunaan : Digoreng atau masak lemak. Tahan lama jika dijemur terlebih dahulu.


download (1)
KULAT LIDAH KATAK / KULAT JELI ( Tramella Fuciformis )

Bentuk nya macam agar-agar lutsinar bercabang-cabang seperti tanduk rusa.

Permukaan kulat sntiasa lembap dan berlendir. Tekstur lembut dan elastic.

Habitat : tumbuh atas ranting kayu mati di hutan Malaysia

Kegunaan : boleh di makan serta dibuat sup.

10734280_866112946733300_3691692282545076220_nCENDAWAN TALI / CENDAWAN TAUGEH (Termitomycetes Microcarpus )

Saiz kecik, 20-30 mm. berbentuk payungwarna putih keperangan. Bahagian atas tengah payung ada benjolan warna perang. Bahagian bawah ada insang warna putih.

Tangkai payung putih dan panjang,60-70mm.

Habitat : tumbuh di permukaan tanah yg terdapat anai-anai di bawahnya.

Kegunaan : boleh direbus dan digoreng


download (2)

KULAT TEPUS / KULAT TROMPET ( Cantharellus Sp )

Bentuk macam trompet warna kuning. Bahagian atas payung berwarna kuning dan tengahnya warna ungu. Bahagian bawah ada insang dan tangkai warna kuning.

Habitat : Sejenis kulat mikoriza tumbuh di permukaan tanah

Kegunaan : Dimakan dengan menggoreng

images (5)

KULAT KAKI TIUNG/ KULAT BULUH/ KULAT KUNYIT ( Hygrocybe Conica )

Saiz kecik antara 20-40mm. Buah berbentuk payung warna jingga kekuningan. Permukaan atas payung licin dan melekit. Bahagian bawah bentuk insang berwarna kuning putih. Tangkai warna jingga kekuningan dan berongga di tengahnya. Tekstur lembut dan tidak kenyal.

Habitat : tumbuh di atas tanah, berdekatan pokok buluh dan tanah lapang.

Kegunaan : dimasak lemak atau goreng. Masakan akan bertukar menjadi warna kuning sperti warna kunyit.

Jika jumpa selain dari cendawan atau kulat di atas, sebaiknya elakkan makan. Nanti terkena racun.

Dapatkan TIPS &INFO menarik Taman Negara Pahang Malaysia di SINI.

12939338_1045200188886580_919845429

Kami ingin kongsi kan pada anda amalan 3K iaitu, keselamatan, kemalangan dan kecederaan semasa melancong.

Kemalangan dan kecederaan bila-bila sahaja boleh berlaku tanpa kita rancang. Sebaiknya kita haruslah pandai menjadi diri dan keselamatan serta melakukan persediaan awal sebelum pergi melancong terutama ke luar negara.

Selain melakukan persediaan awal, anda juga boleh menyemak Tips yang dikongsikan di bawah.

 

injection2

1. Cucuk vaksin - Pergilah ke klinik kerajaan atau hospital swasta bagi mendapatkan khidmat ini. Periksa terlebih dahulu vaksin apa yang perlu mengikut negara yang anda mahu pergi tersebut.

 

2. Jauhi makanan separa masak atau mentah di hotel.

 

air-mineral

3. Pastikan anda minum air mineral dari botol sahaja. Jangan jerang air paip atau water filter untuk minum.

 

2313266-AR-12591780x390

4. Jangan mandi manda dalam kolam air yang berkeladak atau nampak kotor. Kita tidak tahu bakteria dan kuman apa yang ada dalam air tersebut.

 

5. Pastikan anda kekal hidrat dan banyakkan pergerakan sepanjang dalam penerbangan yang lama dan panjang.

 

tempat-letak-kereta

6. Letak kenderaan di kawasan yang terang dan jangan tumpangkan orang yang tidak dikenali.

 

14925626_1316459625031961_2869245904772839274_n

7. Gunakan khidmat pemandu pelancong tempatan atau jurubahasa apabila melancong ke kawasan pedalaman.

 

images (4)

8. Berjaga-jaga dengan peragut samada di waktu siang atau malam.

 

14017599_1139724839434114_1891243805_n

9. Utamakan keselamatan semasa melakukan rekreasi air – Gunakan jaket keselamatan, ketahui keadaaan pasang surut air dan arus.

 

10. Elakkan meminum alkohol sebelum melakukan sebarang aktiviti dalam atau berhampiran air. JANGAN MINUM ALKOHOL dan berenang.

 

11. Sebelum menyewa kereta periksa tayar, tali pinggang keselamatan, tayar ganti, lampu, brek dan lain-lain.

 

12. Jangan Terlalu Menonjol, Elakkan terlalu menonjol iaitu menunjuk barang barang di khalayak ramai seperti barang kemas, duit, barangan mewah dan sebagainya. Simpan kamera di dalam beg jika tidak menggunakannya.

 

Free-Shipping-Travel-Gear-Hidden-Pocket-Money-Bag-Money-Belt-Travel-Pouch-font-b-Passport-b

13. Asingkan duit wang tunai dan kredit kad serta simpan di tempat tempat yang berbeza.

 

Travel-For-More-Brochure-P11

14. Dapatkan Insuran Perjalanan seperti HSBC Travel Safe, etc. kerana kos perubatan di luar negara sangat mahal.

 

facebookmonitor

15. Kaji indeks jenayah di tempat yang anda ingin lawati. Baca tripadvisor serta lain- lain yang boleh di jadikan rujukan.

Anda juga boleh dapatkan Tip Percuma Kami di ---> SINI

Lihat Promosi Terkini & Aktiviti kami di ---> SINI

jejak kelah

Anda dah bersedia untuk bertarung dengan Raja Sungai ? Ilmu dan peralatan korang dah cukup untuk pertarungan sengit ni ? Bukan calang-calang ikan ni, silap-silap kita yg berputih mata dulu. Ikan kelah memang suka dengan sawit peram ! Memang iman die akan kalah bila korang lempar umpan ni kat die.

Sebelum tu, korang kena la buat umpan sawit ni dulu. Kata dah sedia ? Ni step-step untuk DIY sawit peram. Senang je tak sampai seminggu pun.

281343_1993932331514_2993864_n

  1. Pilih buah sawit yang matang/ tua.

IMG_61269439480258

2. Simpan di dalam guni.

Cacing4_

3. Rendam guni tadi dalam sungai selama 2 hari untuk bagi biji sawit tu lembut.

TPH lama14. Kemudian, boleh jemur sawit tu supaya air kering selama 1 hari.

Dah kering tu boleh la guna umpan tu untuk buru ikan kelah !

Selain tu, korang boleh tengok info kelah di website kami KLIK SINI..

Perlukan TIPS & INFO PERCUMA ? lihat di SINI..

 

Bagasi kabin

Setiap tetamu dibenarkan membawa sebuah bagasi kabin DAN 1 beg komputer riba ATAU 1 beg tangan ke dalam kabin pesawat. Bagasi kabin utama tidak boleh melebihi 56cm X 36cm X 23cm dan beratnya tidak melebihi 7kg. Bagasi ini juga hendaklah muat diletakkan di bawah tempat duduk hadapan anda atau dalam ruang simpanan bagasi di sebelah atas

1 cabin baggage
1 x bagasi kabin
DAN
1 laptop bag
1 x komputer riba dalam begnya bersama aksesorinya
ATAU
1 hand bag
1 x beg tangan (lelaki/perempuan)

 

Pengangkutan cecair, aerosol dan gel dalam penerbangan Antarabangsa

Atas sebab-sebab keselamatan, sekatan tertentu telah diperkenalkan untuk mengehadkan kuantiti cecair, aerosol dan gel (LAG) yang boleh dimasukkan dalam bagasi kabin tetamu dalam penerbangan antarabangsa.

  • Barangan LAG seperti minuman, krim, minyak wangi, semburan, gel dan ubat gigi hendaklah berada dalam bekas dengan muatan maksimum 100 ml.
  • Semua bekas LAG hendaklah muat diletakkan dalam beg plastik lutsinar yang boleh ditutup semula.
  • Setiap penumpang dihadkan untuk membawa hanya sebuah beg plastik lutsinar boleh tutup semula, dengan isipadu maksimum satu liter dan ukuran tidak melebihi 20 cm x 20 cm.

 

Barangan berikut dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam bagasi kabin

  • Ubat-ubatan – Kuantiti yang perlu untuk perjalanan anda. Cth. Kit diabetes.
  • Makanan bayi – Pes dan cecair yang diperlukan untuk perjalanan anda
  • Barang kosmetik bukan cecair – Deodoran pepejal, gincu, bedak asas.
  • Makanan laut atau daging segar/beku – Hendaklah dibungkus dengan elok.

Sumber credit to : Air Asia..
Untuk tempahan tiket boleh ke SINI

Lain-lain info berkenaan aktiviti boleh klik SINI

 10622050_1026389517434314_36083669_n

Alang-alang berada di TAMAN NEGARA PAHANG MALAYSIA atau berdekatan Pahang ni, apa kata singgah dulu di Tempat Menarik sekitar JERANTUT yg tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas ni. Kami share Tempat Bersejarah, tempat makan dan juga mandi manda.

Rugi kalau korang tak Singgah, Lagipun ramai follower Taman Negara Pahang yg PM supaya kami sugestkan tempat menarik di sekitar Jerantut. Jadi kami share di sini.

Galeri mat kilau

image (1)

image (2)

Galeri Mat Kilau baru saja dibuka di Pulau Tawar, Jerantut. Mudah di akses kerana lokasi terletak di jalan utama.

Dibuka setiap hari bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang dan pada
hari cuti umum bermula 10.00 pagi hingga 6.00 petang. Bayaran masuk RM2.

Taman Warisan Gua Kota Gelanggi

Gua Gelanggi Jerantut

Berhampiran dengan Galeri Mat Kilau lebih kurang 20 Minit. Dibuka setiap hari bermula jam 9.30 pagi hingga 5.30 petang. Untuk
bayaran pula dikenakan sebanyak RM 5.00 bagi dewasa dan RM3.00 bagi
kanak-kanak.

Di Taman Warisan ini Gua Kota Gelanggi ini terdapat banyak gua, antaranya ialah Gua Tongkat, Gua Angin, Gua Batu Sanding, Gua Kota Balai, Gua Penyu dan Gua Kelawar. Apabila sampai di sini, anda akan bertemu dengan gua yang berbentuk pintu gerbang yang di dalamnya terdapat alur air yang mengalir jernih dan sejuk.

Air Terjun Lata Meraung, Jerantut

ho_04.2

Terletak di Hutan Simpan Lembah Kiol. Hanya 15 Km dari bandar Jerantut. Bayaran yg dikenakan ialah RM2 seorang. Sebelum sampai ke sini, terdapat banyak perkampungan cina dan Orang Asli sepanjang laluan.

Gunung Senyum

01

Gunung Senyum yang terletak di FeldaJengka 25, Jengka, Pahang mempunyai ketinggian setinggi 486 meter (1,594 kaki).

Antara gua yang popular Gua Terang Bulan Gua Kelam dan Gua Jebak Puyuh. Dan menjadi tarikan pelancong Gua Tapa, Gua Gudang Kelawar, Gua Kolam Tujuh, Gua Batu Merlap, Gua Kambing, Gua Gajah, Gua Silat, Gua Gong dan Gua Danau Impian.Selain itu terdapat juga Gua Mayat, Gua Rangkak, Gua Sisik dan Gua Ular.

Gua Kolam dipercayai menjadi tempat bersiram seorang puteri bunian suatu ketika dulu. Gua Nesan menyimpan 19 pasang batu nesan di dalamnya. Gua Merlap dikatakan pernah menjadi tempat tinggal Orang Bunian malah penduduk turut mendakwa mengenai kehadiran batu bersinar yang tergantung di dalam gua itu.

Tekam Plantation Resort

felda-residence-tekamFelda Residence Tekam terletak strategik di kawasan perhutanan kecil di Jerantut, yang menjalankan agro- pelancongan.

Antara aktiviti : meredah hutan, caving,flying fox, jeram, rafting, berkanu, abseiling dan banyak lagi.

Taman Rimba Kenong 

58a00fb1296c92e3ecc28041279eecf7

Boat cruise in the cave in Kenong Rimba Park .

Taman Rimba Kenong, terletak di daerah Kuala Lipis, Pahang. Terdapat puluhan gua batu kapur yang berusia melebihi 200juta tahun. Best season April-June untuk Bird- watching & Ogos musim bunga dan buah.

Antara : Gua Kesong, Gua Buta, Gua Batu Tinggi, Gua Harimau, Gua Hijau, Gua Purba dll.

Gerai Kak Noor

20140426_120709Gobang Maju Patin Tempoyak

20150627_184822

Ni sebahagian yg dapat admin kongsikan. Harap dapat beri manfaat dan rujukan.

Jika ada yang mencari link TIP PERCUMA KAMI tekan SINI.

 image

Alatan elektronik / Gajet la senang faham, memang BARANG PENTING yg harus WAJIB kita bawa semasa travel. Kalau tertinggal mesti akan rasa frust & susah nak travel ! Banyak fungsi gajet ni dan bergantung pada masa travel kita serta kesesuaian kita.

Sesetengah orang mungkin rasa tak perlu bawa gajet yg dirasakan tak penting seperti laptop dll kerana boleh beratkan beg. Penggunaan dan kesesuaian bergantung pada individu tu sendiri.

201508081739174138

1. Powerbank

Sangat Penting terutama untuk cas bateri telefon. Lebih besar kapasiti lagi bagus. Zaman sekarang, nak keluar rumah pun kita bawak powerbank jugak kan ? Ini kan pulak nak pegi travel. Yg bagusnya powerbank ni kerana saiznya yg kecil & tak berat. Tak ada lah makan banyak space dalam bag kita. Rate harganya tidak mahal dan sangat mudah di dapati.

16188_941958802482047_1731158260415211880_n

2. Kamera digital / DSLR

Elok bawa kamera kalau mahukan gambar yang lebih berkualiti. Zaman sekarang banyak pilihan camera untuk travel seperti GoPro, Action Camera dll. Kalau camera telefon cantik tak salah kalau guna telefon saja.

Travel-Universal-Adapter-TA-004-

3. Travel Adapter / Plug

Tak semua palam sama seperti di Malaysia. Kalau melancong ke luar negara alat ni sangat diperlukan. Bagi yg suka Travel mesti ada kan ?

images (2)

4. Headphones

Kita sendiri pun tahu kan apa fungsi 'headphones' ? bagus ketika di dalam kapal terbang. Apabila dalam penerbangan, bunyi bising bukan saja datang dari bunyi enjin tapi bunyi bising dari penumpang lain. Memang 'headphone' tidak dapat hindari bunyi bising sepenuhnya tetapi atleast kita tidak merasa terganggu dengan bunyi persekitaran. Sekarang kan trend, pakai headphone jadi tak payah malu sangat la nak pakai !

gps-304842_640

5. GPS

Bukan GPS / Waze pada telefon tau ! Ni Alat GPS untuk elak bateri habis cepat. kadang- kadang telefon kita berada servis di luar kawasan. Jika menggunakan alat GPS, kita boleh mengesan lokasi tanpa bimbang dikenakan caj tambahan. Malah, alat GPS tidaklah seberat mana pun !

in_03

Lain lain gajet yang boleh di bawa seperti hard disk, laptop dll. Terpulang pada korang yg membawanya bukan admin. hehe.

Kalau setakat Taman Negara Pahang Malaysia  bawa gajet no 1,2 dan 4 dah cukup.
Dapatkan lebih INFO PERCUMA DISINI..