Memilih-Joran-Pancing

Memancing boleh menjadi antara aktiviti Sukan yg paling mengujakan, namun boleh juga menjadi aktiviti yg paling mengecewakan kalau tak dapat walau seekor labi-labi ! Cuba elakkan dari melakukan kesilapan yg boleh dielak ketika menyertai trip pancing.

images

 

1. Menggunakan tali yg telah " Luka " atau lama

Ramai yg tidak mengambil serius keadaan tali utama. Tali yg telah lama kebanyakkan akan luka atau berbulu. Mungkin keadaan tali tidak mempengaruhi peratus strike.

 

Shanks

 

2. Menggunakan mata kail yg tidak sesuai

Mata kail tidak diciptakan untuk semua keadaan pancingan. Terdapat mata kail yg berbeza bentuk, mata tunggal atau mata tiga dan saiz. Pastikan anda tahu spesies target anda dan pilih mata kail yg bersesuaian.

 

3. Menggunakan padanan rod dan kekili yg salah

Seperti mata kail, penggunaan padanan rod dan kekili juga haruslah bersesuaian. Setiap spesies pasti mempunyai set yg sesuai untuk memancing.

 

4. Kuantiti tali utama yg tidak bersesuaian

Kuantiti tali utama perlu bersesuaian dengan keadaan pancing dan juga kekili. Setiap kekili biasanya mempunyai anggaran kiraan kuantiti tali yg sesuai untuk dimasukkan ke dalamnya. Selain itu, tali utama yang pendek atau tidak mencukupi boleh membuatkan ikan terlepas.

 

Fly-Fishing-720x340

 

5. Menggunakan teknik flyfishing tanpa mempelajari tentang flies

Salah satu kepuasan flyfishing ialah mempelajari pelbagai jenis flies untuk pelbagai jenis dam spesies.

 

tali-berpintal

 

6. Susunan tali utama dalam spool yg tidak betul

Pastikan susunan tali dalam spool tidak bersilang atau bertindah dalam aturan yang tidak betul. Jika rasa ada yg tak kena, periksa semula tali utama terutama bagi kaki casting.

 

7. Mengendalikan ikan tanpa sarung tangan

Ikan yg tewas selepas pertarungan mungkin kelihatan lemah, namun masih mempunyai tenaga akhir untuk membuat pecutan ketika anda mahu membuang mata kail. Pengendalian tanpa sarung tangan mampu membuat anda berputih mata dan meninggalkan kecederaan akibat sirip serta gigi yg tajam.

 

8. Tidak mengambil serius saranan guide dan tekong anda.

Ketika trip memancing amat penting untuk dengar saranan dan nasihat daripada tekong atau guide kerana mereka lebih tahu dan berpengalaman dengan spot yg dibawa. Jangan terlalu ego dan nak tunjuk terer.

 

9. Buang Masa

Memancing memang aktivit yg baik untuk mengisi masa lapang. Namun, jika anda pergi memancing sekadar untuk berborak, makan dan minum baik anda ke kedai mamak saja.

 

IMG-20150203-WA0017

 

10. Menukar gewang terlalu kerap

Sememangnya anda banyak koleksi gewang dalam kotak anda. Namun, jika terlalu kerap menukar gewang ketika memancing merupakan perkara yg sia-sia. Secara tak langsung, ia membuatkan gewang anda terlalu sekejap di dalam air dan mempunyai ikan anda hilang minat.

 

Sumber : Majalah Umpan.

Dapatkan TIPS PERCUMA kami di SINI.

Lihat Info Pakej Memancing Taman Negara Pahang Malaysia Di SINI.

 

JERANTUT, 5 Sept -- JINAK ... Tiga kakitangan Santuari Kelah Lubuk Tenor di Taman Negara di sini, menunjukkan demonstrasi bermain dengan ikan-ikan kelah baru-baru ini. Santuari berkenaan merupakan satu lagi produk baru menanti pengunjung Taman Negara kerana ia bukan sekadar pusat kajian dan pemuliharaan ikan kelah malah turut menyediakan pelbagai aktiviti menarik kepada pengunjung. Antara aktiviti yang boleh dilakukan ialah memberi makan ikan kelah malah boleh berenag dan bermain dengan ikan tersebut. Bagaimanapun, pengunjung dilarang menangkap atau memancing ikan itu kerana tujuan utama penubuhan santuari itu lebih kepada usaha memulihara ikan kelah daripada pupus. --fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA

Bagi kaki Pancing, korang pasti selalu mendengar tentang Lubuk Kelah di Taman Negara Pahang Malaysia kan ? Lubuk Kelah yg di maksudkan adalah Sungai Keniam. Salah satu tempat tersohor untuk memancing ikan Kelah atau "Mahseer" ni..

Beberapa info tentang Sungai Keniam yg HARUS korang amik tau !

1. Sungai Keniam terletak di dalam kawasan Taman Negara Pahang dan tertakluk pada akta larangan seperti larangan menebang pokok, membuang sampah, berburu secara haram dll.

 

13315680_1193473823997209_1523370347838761869_n

 

2. Korang perlu membuat pendaftaran dan mengambil permit masuk ke Taman Negara, lesen Memancing dan Lesen Camera. Segala peralatan dan kelengkapan perlu di periksa oleh Renjer Jabatan Perhilitan sebelum masuk ke Taman Negara.

DSC00068

3. Perjalanan ke Sungai Keniam mengambil masa lebih kurang 3- 4 jam menaiki bot.

4. Bulan memancing terbaik adalah semasa musim kering pada bulan Februari hingga September.

13335801_1193474513997140_7786510048516202885_n

5. Antara hasil tangkapan yang popular di Taman Negara ialah Kelah, Patin, Baung, Gohok, Tenggalan, Lampam, Krai dan Tapah.

IMG_61269439480258

6. Umpan terbaik untuk memancing kelah ialah sawit peram.
Cara nak buat ? Baca sini DIY UMPAN KELAH.

7. Antara lubuk popular ialah Lata Said, Perkai, Rincing, Cangkung, Petai, Rawa, Panjang, Batu Terubung dan lubuk-lubuk kecik lain.

22320_968543389823588_1656921838975186810_n

8. Spesis Raja Sungai ni berat bawah 2kg Harga dlm lingkungan Rm180 sekilo! Berat atas pada 2kg Harga mencecah RM220 sekilo !

9. Sebagai Omnivor, makanan utama ikan itu adalah rumpai air, alga, serangga, katak, ikan kecil dan buah-buahan yang terjatuh ke dalam sungai.

10. 'Ikan raja' atau 'raja sungai' itu boleh membesar sehingga 30 sentimeter panjang dengan beratnya antara dua kilogram (kg) hingga tujuh kilogram.
KHAS UNTUK ANDA ! TRIP MEMANCING KELAH..
Lihat Info di JEJAK KELAH TAMAN NEGARA

jejak kelah

Anda dah bersedia untuk bertarung dengan Raja Sungai ? Ilmu dan peralatan korang dah cukup untuk pertarungan sengit ni ? Bukan calang-calang ikan ni, silap-silap kita yg berputih mata dulu. Ikan kelah memang suka dengan sawit peram ! Memang iman die akan kalah bila korang lempar umpan ni kat die.

Sebelum tu, korang kena la buat umpan sawit ni dulu. Kata dah sedia ? Ni step-step untuk DIY sawit peram. Senang je tak sampai seminggu pun.

281343_1993932331514_2993864_n

  1. Pilih buah sawit yang matang/ tua.

IMG_61269439480258

2. Simpan di dalam guni.

Cacing4_

3. Rendam guni tadi dalam sungai selama 2 hari untuk bagi biji sawit tu lembut.

TPH lama14. Kemudian, boleh jemur sawit tu supaya air kering selama 1 hari.

Dah kering tu boleh la guna umpan tu untuk buru ikan kelah !

Selain tu, korang boleh tengok info kelah di website kami KLIK SINI..

Perlukan TIPS & INFO PERCUMA ? lihat di SINI..