15555863_1292942797445650_730548371_n

Taman Negara Pahang Malaysia merupakan salah satu tempat pelancongan yang terkenal bukan sahaja dalam negara malah negara luar juga turut menjadikan Taman Negara Destinasi Percutian.

Bagi yang sukakan alam semulajadi anda patut cuba menghayati keindahan di sini. Hutan Taman Negara Pahang ini telah berusia lebih jutaan tahun dan banyak khazanah semulajadi yang boleh dihayati dan dijaga bersama.

Pihak Jabatan Perhilitian Taman Negara juga banyak menyediakan kemudahan asas untuk ribuan pengunjung di Taman Negara Pahang Malaysia.

16736131_1372042892868973_450368657_n
Laluan pejalan kaki khas yang dibina
12219378_1073107156033877_7903823845902806595_n
Perkhidmatan Restoren Terapung yang menggamit memori
1977417_924958380848756_2612333633724931673_n
Penginapan di Sekitar Jeti Taman Negara bermula dari 3 Bintang
10641018_866078220070106_141872996252111273_n-900x450
Perkhidmatan Bot setiap Hari
13876133_1231649073513017_762811329734040329_n
Bas Untuk dari Bandar Jerantut Menuju Ke Taman Negara
16808529_1377266292346633_330186890_n
Papan Tanda di Sekeliling Taman Negara
Kemudahan Tempat Letak Kereta Berbayar
Kemudahan Tempat Letak Kereta Berbayar
Perkhidmatan bot dari Kuala Tembeling
Perkhidmatan bot dari Kuala Tembeling

 

Gerai Runcit dan Kedai Cemderamata
Gerai Runcit dan Kedai Cemderamata
Camping Gear for Rental
Camping Gear for Rental
Pondok- Pondok di sekeliling Jeti Taman Negara
Pondok- Pondok di sekeliling Jeti Taman Negara
Park Center - Kawasan untuk berkumpul
Park Center - Kawasan untuk berkumpul

Banyak lagi kemudahan lain yang tersedia contoh surau, tandas awam, kaunter Jabatan Perhilitan dan lain-lain. Kemudahan tersebut  harus diguna dengan sebaiknya.

Dapatkan lebih banyak INFO PERCUMA di SINI !

PROMOSI TERKINI DAN AKTIVITI KAMI DI SINI !

APA ANDA PERLU TAHU SEBELUM MENJEJAK KAKI KE TAMAN NEGARA PAHANG ?

13322010_1193473743997217_9103085278302080045_n
Sebaiknya, sebelum meneruskan perjalanan ke mana-mana destinasi, adalah lebih baik kita survey dulu tempat tu kan.

Secara tak langsung memudahkan kita mengapai matlamatnya. Mungkin boleh jimatkan kos, masa dan tenaga kita.

Sebagai Local Operator, Pasti ramai yang mahukan Tips dan Info sebelum menjejak kaki ke sini dari kami. Baca ni dan jadikan panduan perjalanan kalian....

-----------------------------
Lokasi & Perjalanan
-----------------------------
Terletak Di Daerah Jerantut, Negeri Pahang.
Antara Hutan Tertua Didunia dan Berusia Lebih 130 Juta Tahun!
Boleh dicapai melalui Dua Cara.

Cara 1
Jalan Darat (Drive terus sampai sini)
Ada rangkaian jalanraya bertar. Boleh drive kereta anda dan parking betul-betul area penginapan di Taman Negara Kuala Tahan. Google/waze Kg. Kuala Tahan dan itulah lokasi sebenar.
3 Jam drive Dari Kuala Lumpur! Melalui Lebuhraya Pantai Timur (LPT) - Exit Temerloh - Jerantut - Taman Negara

Cara 2
Melalui jalan air (Menaiki bot dari Kuala Tembeling - 3 Jam setengah naik bot). Parking kereta anda di Jeti Kuala Tembeling & ambil tiket pergi & balik. Lebih kurang RM40/hala. Masa bot bertolak 9.00 pagi & 1.30 petang.

Aktiviti di Taman Negara nanti (time Rapids shooting) pun dah ada naik bot, so.. pertimbangkan cara kedua ini utk PENJIMATAN anda... pergi balik pun dah spent RM80/org disini! Jangan lupa bayaran parking RM5/malam/kereta.

Fikir-fikirkanlahhh...

13312917_1193473917330533_2003876682777844705_n
13315643_1193474730663785_8702177537416976654_n13312865_1193473853997206_6478967756989287853_n

13310600_1193474110663847_1050634285073816953_n

 

--------------------------------
Aktiviti & Port Menarik
--------------------------------
Aktiviti Popular seperti Mendaki Gunung Tahan, Air Terjun 4 Tingkat, Jungle Trekking, Menaiki Jambatan Gantung, Hikking, Caving, Menaiki bot kayu (Rapids Shooting), Visit Orang Asli, Night Walk, Sintuari Ikan Kelah (Lata Berkoh), Caving, Team Building, Memancing Kelah dan banyak lagi....

13315680_1193473823997209_1523370347838761869_n

----------------------------------
Bayaran Masuk & Tiket
----------------------------------
Permit Masuk RM1/Org (Sah 1 Bulan)
Lesen Kamera RM5/Kamera (H/p berkamera juga dikenakan bayaran)
Tiket Canopy Walkway (Titian Gantung) RM5 (Dewasa) RM3 (Kanak-kanak)
River Crossing Boat RM1/Org/sehala
Orang Asli Donation RM5/Org
Rod Pancing RM5/Rod


13344662_1193474030663855_300338181961239016_n

-------------------------------------------
Penginapan & Tempat Makan
-------------------------------------------
Penginapan Bermula dari tapak perkemahan sehinggalah Resort Bertaraf 3 Bintang! Cuma perlu booking awal! Pastikan anda tidak kecewa terutama di cuti umum dan cuti weekend!

Tak perlu risau pasal tempat makan sebab banyak gerai makan diusahakan oleh penduduk tempatan dan Floating Restaurant pada harga biasa. Anggaran kasar sarapan pagi rm5, Lunch RM10 & Dinner Rm10-15 seorang!

13335801_1193474513997140_7786510048516202885_n

Pastikan menu Kelah & masakan kampung menjadi pilihan. Jangan Lupa Asam Rom Ikan Kenerak & Menu Patin sungai!

-----------------------
Tips Tambahan
----------------------

1. Tiada ATM dan bank-bank di Taman Negara (Kuala Tahan), tempat terakhir untuk mengguna ATM sebelum tiba di taman negara adalah di Jerantut. Tiada Petrol pump disini. Pastikan minyak sucukupnya dan isi 'full tank' dari Bandar Jerantut sebelum meneruskan perjalanan ke sini.

2. Sesetengah line telefon tidak dapat digunakan di Taman Negara. Beberapa resort menawarkan internet untuk kadar setiap jam. Tak silap admin ada gak yg bagi free!

3. Elak kesesakan diwaktu cuti umum dan cuti hujung minggu! Anda boleh dapatkan tawaran menarik pada hari biasa. Buat Tempahan Awal dan sebaiknya dapatkan harga OFFER contohnya dari kami atau agensi pelancongan lain 2-3 bulan sebelum perjalanan untuk memastikan kekosongan tempat!

Pastikan Tempahan melalui Agensi yang Sah dan Travel Agen Berdaftar dengan Kementerian Pelancongan! Elak Penipuan dari individu tidak Bertanggungjawab!
.
.
.

.
.Orang tua-tua kata... "Masa bercuti paling BEST adalah waktu weekday! Hari biasa.. time tu tentunya tak sesak dan semua urusan dipermudahkan.. Hargapun sangat special & tak perlu bayar lebih untuk dapatkan mende yang sama.. setuju?

. takdelaaa kelam kabut ngan orang ramai!... alaaa... daaa nama pun bercuti! so.. renung-renungkanlahhhh...."
.
.

13346832_1193474880663770_4319604918704791721_n

Bagi Memudahkan Perjalanan Anda...
Kami Dah Buatkan Satu Trip Yang Kami Namakan 'Trip Santai Taman Negara' Anda boleh Klik Link di bawah ni untuk lihat maklumat lanjutnya...

Klik :
www.tamannegara4u.com/santaitamannegara

Ingat!!! Booking Awal Untuk Elak Kesesakan!

13339527_1193474230663835_4950735153046185659_n

Klik LIKE dan SHARE untuk manfaat bersama.
Jangan lupa Tag kat kengkawan atau sedara mara atau sesape saje yang nak Jimattt....

Salam Mesra Dari :

Admin & Seluruh Crew & Warga Kerja
LIA GROUP (Taman Negara Pahang Malaysia)
Website : www.tamannegara4u.com
Facebook : www.facebook.com/tamannegara4u
Instagram : www.instagram.com/tamannegara4u

Admin (Call/sms/whatsapp) untuk bantuan...
Sales Office (Dakili Travel & Tours Sdn Bhd KPL/LN 8556)
Cik Qarbila 01136406813
En Sahidun 013 933 5227

Semoga Tuhan merahmati perjalanan kalian....

Coretan dari blog Si Cantik Manis Cik Gee..

---------------------------------------------------------------------------------------

TRIP LONE RANGER TO TAMAN NEGARA

Alhamdulillah pada 28 dan 29 May yang lalu gee telah ke TAMAN NEGARA. Tercapai lagi satu wish list tahun ni...hehe. Trip ni dinamakan trip LONE RANGER 2.0

Haha pelik kan kenapa LONE RANGER….nampak macam org y kesunyian je! Takde laaa sampai macam tu..  #liagroup  ni buat open trip ni khusus untuk sape2 yang xde geng.

Gee ternampak iklan ni kat FB TAMAN NEGARA PAHANG MALAYSIA .. Ape lg terus register la sbb dah lama nk p tp xde geng. Masa tu tengah ada promotion! 2 Hari satu mlm jerr.. cari gak 3 hari 2 mlm.. tapi blom ada masa tu..

Trip tak termasuk transport dan makan. Sempat jgak gee ajak adik sekali join sape lg kalu bukan ummi.

13082016_1064333546973244_1219052954_n

Sebab gee memang tengah berjinak jinak nk jd backpacker so memang dah plan awal2 nak naik bas ke TAMAN NEGARA. Mudah je caranya.

 

Tiket boleh beli di Stesen Pekeliling dekat ngn Titiwangsa tu. Harga tiket tu RM 18.40 sehala.  Kami naik bas pukul 8 am dan sampai ke Jerantut lebih kurang pukul 11 am. Dah sampai kat Jerantut tu kena transit naik bas yang ke Taman Negara. Harga tiket rm 7.00 sehala. Yang ni beli on the spot je pastu trip dia x banyak.

 

Cuma ad pukul 8 pagi dan 1 ptg setiap hari. Tapi kalau dari KL ke Jerantut hampir setiap jam ada bas. Kalau nak konfirm call je staff Lia group tuu, insha Allah dorang akan bantu n chek jadual perjalanan bas ngan dorg. Korang juga boleh Check Cara Nak ke Taman Negara Kat sini.. >> Oh ! yea, untuk makluman JERANTUT adalah titik tengah untuk ke Taman Negara. Samada nak pilih option naik bot dari Tembeling ke Taman Negara atau naik bas terus ke Taman Negara. Kalau naik bot perjalanan amik masa 3 jam dan harga tiket RM 35/ seorg sehala.

 

15933

IMG-20160529-WA0086

Perjalanan lebih kurang sejam lebih. Turun dari bas tu kami terus ke kaunter agensi kami. Kaunter agensi tu betul-betul terletak sebelah kedai makan. Senang je nak cari. hehe.. Kami paling lambat sebab naik bas kan...hehe. Masa ni la baru kenal dgn semua member.

 

Rupa rupanya gee dan ummi yang paling muda. Yang lain semua dah 3 siri…haha. Dah berkenalan semua kami check in kat bilik. Lupa nama tempat penginapan tu. Tp bg gee ok la. Gee kalau travel xkisah sngt bilik cmne. Janji boleh tidur ada bilik air yang selesa ok. Sbb masa bnyk abis kt luar kan. Kat sekitar sini lebih daripada 10 operator yg menyediakan penginapan dari tiada bintang hingga ke 4 bintang. . heheh tinggal pilih je.

15941

Lps letak barang beg semua dlm 3.30 kami terus ke first activity kami iaitu visit Aborigines Village. Btw agen ni memang dah assign siap2 tour guide kami iaitu ANGAH. Tour guide akan bawak kite sepanjang aktiviti dan akan uruskan semua berkaitan pakej. Nak ke kampong orang asli ni kena naik bot tapi dekat je dlm 10 minit dah sampai. Untuk pengetahuan uolss, ramai sgt org masa ni skli dgn rombongan sekolah la, mat salleh minah salleh la. Sebab time ni kan baru cuti sekolah pastu sebelum puasa. Kami di fahamkan start bulan 6 - 12 ni musim peak season !

IMG-20160529-WA007513650641_1125310114208920_1157007794_n

Kat sini Angah bagi penerangan tentang orang asli ni. Kat sini terdiri dr kaum bateq dan mereka ni selalu hidup pindah randah. Banyak lagi la y angah explain tp bab2 sejarah ni gee tak amik pusing sangat. Lps dah abih explain tu kami di beri penerangan tentang cara penggunaan sumpit yang digunakan orang asli untuk memburu. Dan cara mereka menghidupkan api. Sempat la ahli Lone Ranger mencuba menyumpit juga. Mereka juga ade menjual set menyumpit mini,sesape berminat nk praktis or buat hiasan rumah boleh beli. Memang halus seni ukiran pd sumpit dorg.

10517456_866080030069925_2529815228145858456_n

 

Next activity ialah rapid shooting. Rapid shooting ni lebih kepada boatman tu akan bawak bot laju2 pastu macam hampir terbalikkan bot tu. Pastu ada masa kita akan berselisih dngn bot lain. Masa ni la berlaku adegan simbah menyimbah air. Confirm korang akan basah punye. So standby beg waterproof ok. Memang best xtvt ni. Lepas aktiviti balik bilik standy untuk aktiviti mlm ni plak.

 

15833

13664375_1125310190875579_562742917_n

Kat sini banyak je kedai makan tak susah pun nak cari. Di sekitar jety dan pusat perniagaan kuala tahan ni memang banyak kedai. Antara sedap tak sedap n mahal murah je..heheh. Malam tu kami dinner di floating restaurant. Ikut kata angah kat restoren ni paling sedap. Bagi gee memang sedap dan berpatutan la harganya.

IMG-20160529-WA0101

P8013032

 

 

 

 

 

 

 

Mlm tu kami proceed ke activity night walk. Setiap orang kena bawak torchlight masing2. Xtvt ni lebih kepada kita akan tengok hidupan macam serangga waktu mlm. Korang mesti bayangkan mesti sunyi dan gelap je jln mlm2 kan? Memang tidak sama sekali. Sebab ramai sangat orang mcm gee ckp td. Kami ikut je laluan yang memang dah disediakan untuk night walk ni. Kami berhenti di Bumbun Tahan tempat memerhati binatang. Dan yg menariknya kat situ ade sumber garam mineral yg menjadi makanan haiwan-haiwan kat sini. Yang specialnya kami sempat melihat tapir atau tenuk yang hanya ada beberapa ekor je kat Malaysia ni.

 

IMG_20160529_082304_HDR

Keesokannya kami breakfast kat kedai makan y gee pun dah lupe namanya. Tapi kat sini memang banyak pilihan makanan. Ada pelbagai nasi berlauk yang dah siap dibungkus. Roti canai macam macam topping korang boleh letak. Pastu nasi lemak yang ahli lone ranger ckp sedap giler. Memang recommended makan kat sini.

 

Lepas breakfast kami terus proceed untuk xtvt jungle trekking. For this xtvt dinasihatkan kalau boleh sebelum datang korang prepare la cikit dari segi fizikal. Maksudnya biasakan buat light exercise macam jogging ke naik basikal ke sebab laluan trekking ni lebih 10 km dan perjalanan kami dari awal sampai tamat lebih kurang 4 jam(termasuk berhenti rehat).

 

Boleh tahan semput jugak la. Tapi laluan dia xde la mencabar macam kita hiking sebab nama pun jungle trekking. Tapi ada juga part yang mencanak naik macam kat bukit saga ampang. Jangan lupa bawak air mineral dan makanan macam snek untuk beri tenaga pd badan kite ! 

15849

12884365_1037535049653094_2080139362_n

 

 

Sepanjang trekking ni angah banyak explain pasal pokok pokok yang terdapat kat sini. Korang bole layan gambar je nak cite memang banyak..hehe. The best part ialah kanopi walk.

 

Mengikut angah sepatutnya ni laluan kanopi yang terpanjang di dunia tapi disebabkan ada masalah teknikal beberapa route dipotong so jadi x panjang sangat. Tapi memang tinggi. Sapa yang gayat tu be prepare ok? Tapi memang lagi best dari kanopi kat frim tu. Katanya kanopi ni dibina tanpa sebatang paku untuk elakkan pokok cedera.

IMG_20160529_110842_HDR

13649550_1125310207542244_900505391_n

Kami trekking sampai ke puncak bukit teresek. Kat puncak ni boleh nampak la sipi sipi gunung tahan.


15905 15940

 

 

 

13833260_1125310177542247_1541665801_o

For me I have almost no complaint about this trip except maybe next time boleh buat 3h2m kot becos there is so much thing to do and explore in taman Negara. Alang alang dah datang jauh2 baik buat semua aktiviti yang ada macam explore cave, feeding fish etc.

lagi yang menentukan tip ni best ke tak is you trip mate. Nasib baik semua trip mate sekepala boleh ngam, tu yg jadi best walaupun baru kenal. Lepas ni xde reason dah xley dtg ke taman negara.Masa nak turun ni laju je tapi shaking jugak la kepala lutut tu. Dengan berakhirnya jungle trekking ni tamatlah trip lone ranger ni. Kami makan tgahari kat floating restaurant jugak. Then check out dlm 3 ptg.

Till meet again guys!

.

. Rugi besar kalau tak join! Selepas beberapa mggu artikel ni di tulis, baru muncul Trip 3 hari 2 malam! Gee sangat rekemenkan pada semua...

. Untuk Join TRipLone ranger 3 Hari 2 Malam Lihat di

---> www.tamannegara4u.com/

---> www.tamannegara4u.com/