2

SEKARANG!
Adalah masa dan waktu yang terbaik untuk ke Taman Negara Pahang terutamanya ke Lata Berkoh dan sintuari ikan kelah.

Bagi pencinta alam, saat manis dan suasana seumpama ini sememangnya sangat ditunggu tunggu.. Dikala musim kering ini, ternyata anda bakal disajikan dengan pemandangan dan keindahan yang sangat mengasyikan.

Deruan air sungai yang tak putus putus mengalir dengan kelibat ikan ikan berkejaran bermain dikejernihan airnya dengan dikeliling pepohon menghijau. Sesekali kedengaran sahutan haiwan penghuni rimba turut menghiasi landskap hutan tertua didunia ini.

 

Ramai yang tak tau yang Lata berkoh ni tempat boleh picnic dan madi manda...

Ni sebahagian dapi pemandangan dan pengalaman yang korang akan lalui...

 

 

Untuk sampai kesini, anda perlu menaiki bot  lebih kurang 45 minit dari jeti Taman Negara. Anda pasti kagum dengan kepakaran pemandu bot dan pengemudinya. Meredah celahan batuan dengan deruan enjin berkuasa kudanya, cetek dan dalam arus sungainya membuat denyut nadi penumpangnya bagai terhenti seketika!

 

Anda dibawa menyelusuri sungai tahan yang menjanjikan keindahan cukup menarik dan sejuk mata memandang. Tapi harus diingat, anda pasti teruja dengan keindahannya dua kali ganda di kala musim kering ini!

Satu kerugian besar jika anda tidak bersedia dengan lensa kamera anda! Anda mungkin terlepas saat saat manis ini.

Antara lain, anda akan singgah di sintuari ikan kelah. Mandi manda sambil berenang berkejaran bersama antara spesis termahal ini. Satu pengalaman baru yang pastinya takkan anda lupakan sepanjang hayat.

Waktu pagi hari dan  disebelah petangnya menjadikan masa terbaik untuk melakukan aktiviti ini.

 

Time balik... standby kamera... minta boatman kayuh bot perlahan-lahan... Ambillaaa sebanyak mana foto keindahan alam...

 

Ayuh! Santai Taman Negara hari ini juga!
Jangan persiakan musim kering ini!
Request untuk ke Lata Berkoh Nanti..

Sebagai anak jati tempatan dan pengendali pelancongan disini, banyak lagi tempat dan aktiviti yang menarik disini untuk kami kongsikan dengan anda semua..

Jemput singgah di :
www.tamannegara4u.com/santaitamannegara

12744480_1125898027421456_8575601148844861354_n

Lubuk Simpon Taman Negara Pahang. 

Korang pernah menjejakkan kaki ke sini ? Bagaimana tempatnya menarik ? Bagi yg belum pernah ke sini jom baca info serta details yg admin kongsikan.

Pemandangan hijau di sini yg memukau dapat menenangkan  jiwa sesiapa saja yg tengah stress ! Tertekan dengan beban keje atau sebagainya. Lubuk Simpon ni tempat kedua untuk manda-mandi selain Lata Berkoh. Keunikkan dan kecantikkan Lata Berkoh boleh lihat di http://www.tamannegara4u.com/blog/aktiviti/bermandi-mandian-di-lata-berkoh/

 

13102868_1174474872563771_4150682271626692900_n

Perjalanan nya hanya memakan masa selama 15 minit dari Park Centre dan korg perlu berjalan kaki. Jika cuaca hujan, diingatkan banyak pacat di sepanjang laluan ke sini !

12733989_1125898690754723_3400463414216509301_n

 

12734082_1125898804088045_2024012943172723480_n

Sebelum ke sini dapatkan maklumat secukupnya dan pastikan paras air tidak berbahaya sebelum mandi ! Digalakkan pergi bersama tour guide utk keselamatan jika berlaku ape2. Haa, Jangan lupa sediakan pakaian untuk mandi siap-siap yea. Belek foto dibawah..

 

12742098_1125897954088130_2943361352897139082_n

12729176_1125898090754783_3344833312037727396_n

Sebelum ke Lubuk Simpon, ape kater jom aktiviti santai kami.. Serious, Best !

Lihat di http://www.tamannegara4u.com

Tips PERCUMA ?? SINI----> http://www.tamannegara4u.com/tipspercuma

 

Eh ! Kenapa dengan Rapid Shooting ? Aktiviti bahaya ke ape ni ?

Haaa.. Ni mesti tak follow page kami ni kan ? Sebab tu tak tau KESERONOKKAN dan KEBEST- AN Rapid Shooting ! huhuhu.. Alaa gi jer kat Fbpage Taman Negara Pahang Malaysia https://www.facebook.com/tamannegara4u/ ..ade video rapid shooting ! Mohon tengok tau..

 

 

 

Untuk info Rapid shooting ni salah satu AKTIVITI WAJIB TRY kat sni.. Aktiviti meredah 7 lapisan jeram di sekitar sg Tembeling dengan menggunakan bot kayu tradisional tersangatlaaa mencabar tau tak ! Tapi xdek la extreme sangat xtvt ni kanak-kanak pun blh cuba lorhhh.. toksah takut laa ! Best ooo..

10620747_866081083403153_249092752107033361_n

Perjalanan atau aktiviti ni ambil masa dalam 45 minit – 1 jam tau sebab kan 7 jeram nak redah ! huhuhu.. sabar jelaa kan ! Macam-macam gaya ade tau masa naik bot ni.. Menjerit laa sebab takut la menjerit sebab suka sangat la.. hahaha ! But JANGAN LUPA LIFE JACKET tuuuu ! free je life jacket tu takkan korang tak sayang nyawa kan.. hihihi

10517456_866080030069925_2529815228145858456_n12036609_1060757103935549_8519928158485157255_n

At last nak bagitau korang paling best time lumba-lumba bot tu.. Lawan air konfem basah kuyup beb ! Lawan air gn bot sebelah fuhhh..memang syok habislaaa.. Huru hara bot disebabkan perang ni..hihi ! Eh Kejap kejap nak info korang jage-jage sikit hp tu kang basah kene air pulak.. Untuk aktiviti ni klau boleh pkai CASING HP KALIS AIR atau GoPRO nak selamat xyah bawak langsung.. hihihi

12274613_1075363392474920_4306108286239220426_n

Amacam ? Tak sabar nak join ?  Pe lagi ! Cepat contact sales team kami.. Nak Rapid shooting ? Meh belek sini http://www.tamannegara4u.com/bot/

Nak drive thru pun boleh laa.. Tapi lagi best amik pakej kan.. Dah alang-alang datang mesti nak rasa seme aktiviti ! Betul ke betul ?

Admin admin kami nak pakej laa trus.. Ade tak yang sesuai ngan kami ?
Haishhh lagi cantikk ! Detail korang tengok la kat sini :

santaitamannegara

 

 

 Kiriman : Ain Najihah, Kuala Lumpur
------------------------------------------------------
Pagi itu aku dan hubby bersiap-siap untuk memulakan perjalanan yang memakan masa hampir 3 jam setengah dari Kuala Lumpur menuju destinasi seterusnya dalam hidup aku.. maklumlaa bebaru kawin n blom ada anak.. memang jenjalan laaa hobi kitaorg!..
Kali ni aku travel bersama group kami yang agak besar. Jangkaan awal kami cuma nak datang 5-6 orang jek. Tapi, bila dah mula bersembang di wall rangkaian sosialku dan hubby,ramai pula yang nak join.Dalam perhitunganku, adalaa dalam 18 orang semuannya.
Mak ai.. mcm jadi 'tour leader laa plak'. Terus terang aku katakan, sebenarnya tak brape suka nak buat keje mcm ni, maklumlaa.. kita kata nak tenangkan fikiran..kang 'terserabut' plak ngan kerenah korang. Bila daa ramai kepala ni maklumlaa.. macam-macam kerenah weiii.. Kena banyak bersabor..
Tapi takpe! Korang nyer pasai.. aku sahut cabaran ni! Alaa.. lgpun bkn 'first time' aku buat mende alah ni.. asal nak travel jek, mmg muka aku ni laa pun yang korg jeling...'Insyaallah! Najihah settle! Itu janjiku.. Padahal dalam hati, Tuhan jerr tau.. "Kije kena ikhlas...", pujuk hati kecilku menyejukkan keaadaan...

 

 

Aku genggam telefon bimbitku, menghubungi cik Huda #liagroup #tlaketravel organizer kami di Taman Negara Pahang Malaysia utk reconfirm balik trip pagi ni.. "Maaf cik Huda, ganggu u pepagi.. kami nak report terkini, team kami dah jadi 18 orang skg semuannya..

Booking tu hari cuma 13 org semuannya. Tak sangka laa plak.. tambah lima orang! tapi cik jangan risau pasai penginapan, kami tau mmg korg tak standby, tapi kami daa bawak kemah sesiap! nasiblaaa klu xde tmp tido.. lepak dalam kemah lerrr jawabnya diorg ni. semua jenis tak kisah ni.." Cik huda cakap, bereh jerrr klu gtu.. mmg x prepare utk 18 org pun! kmi plak dtg peak season, mana nak ngejust tempat katanya.. hahahha... nasiblaa.. #bukansekadarperjalanan

 

Sempat belek jam. Makkk aiii.. baru pkol 5.30pagi. patutlaa mcm blom bangun lagi suara si minah tu.. Tersenyum sendirian aku... Tak baik weii.. kacau orang tido...

Kerja mengemas barang di sambung semula. Trip ni kami amik trip #santaitamannegara .. so.. kami dah maklum yang keta kami bole park dkt penginapan. Jadi takyahlaa nak pack brg-brg beria sangat.. campak n susun ala kadar jek brg-brg dalam keta. Biasa klu travel jejauh, kena susun elok elok.. maklumlaa nak jimat ruang beg!

lr
.
.
Hari Pertama
Jam dah tunjukkan 7.15 pagi. Aku ngan hubby kena bergegas keluar skg. maklumlaa da janji ngan geng-geng kat RnR Genting Sempah pkl 8.00 pagi sebab ada rakan yang keje di genting dan area sekitar lembah klang. so, bncg punya bincang destinasi pertemuan di situlah.
Tempat parking pun luas, snng nak dapat makan dan sangat selesa. keperluan dan fasiliti mencukupi.Alhamdulillah..
Semuanya dapat berkumpul seperti dijanjikan. Setelah mengalas perut dengan secawan tea tarik dan nasik lemak di situ, kami mulakan perjalanan konvoi dengan 5 biji kereta semuanya.
Lagi skali, mmg keta aku n hubby aku laa jadi kepala.Kami memasuki Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dan exit Temerloh. Ingat nak pekena patin di Temerloh, tapi belek jam rasa mcm dah tak sempat. maklumlaa kami kena ada kat sana jam 2.30 petang utk first xtvt kami. "Takpee... patin balik nanti..tak kemana patin tu..bisik hubby ku.. " Tak pepasal jemariku singgah dibahunya! Rasakan cubitan semut merahku! Hahhaa.. ketawa besar laa jugak kami berdua!

 

 

Sampai di bandar Jerantut lebih kurang pukul 12 tengahari. Memang time lunch. Teringat, Huda ada bgtau yang bila lalu bandar Jerantut, jangan lupa pekena Gulai Ikan Sungai Ikan Kenerak masak Asam Rom dan sambal hitam serta ikan sungai goreng rapuh!

 

Dia siap rekemen lagi suruh singgah kat gerai #asamrommakanjang atau #asamromkaknor di gerai Majlis Dareah Jerantut. Tempat tu sangat popular katanya! Tak nak fikir panjang... kami percaya ajelah cakap dia.. tempat dia.. mungkin di lebih arif!

gulai asam rom 3

Benar sekali! Gerai ni memang popular!
Bukan setakat makanan tu yg dihidangkan disini, macam-macam ada.. Nanti korg rasalah sendiri. Taknak provok lelebih.. tapi mmg berbaloi-baloi. maklumlaa.. sesekali skala dapat rasa masakan org tempatan! superb gilerr!!!

 

Daa puas jamu selera, kami sambung balik perjalanan ke kuala tahan dan dari bandar Jerantut lebih kurang satu jam lagi.. Jalan raya cantik. mmg mula kami igt jln berbatu atau tanah merah. meleset skali jangkaan kami... sini dah maju laa juga..

 

Sampai di Taman Negara, guide kami Abg Din (Lebih dikenali sebagai #dinaloi) dah tunggu kehadiran kami kat penginapan Belebar - taman negara . Penginapan ni mmg sempoi.

 

Sesuailaa dengan bajet kami! Alaa.. bukan nak tido lama pun. cukuplaa sekadar ada tempat mandi, salin baju, solat dan lelapkan mata. Jarak dari hostel ni ke jeti lebih kurang 800 meter jerr..

995602_10202921301456537_895292905_n

Setelah sesi berkenalan dan sikit briefing dari Abg Din, kami rehat jap, solat dan bersembang melepaskan penat memandu sementara menantikan jam 2.30 petang.

 

Tepat jam 2.30 petang, xtvt pertama bermula. Kami menaiki bot kayu meredah sungai tembeling dan singgah berenti di perkampungan orang asli (#visitorangasli) jeram dedari. Naik bot kayu ni mmg best! mana nak dapat tempat lain! kalau korg tak gi skg, mgkin klu lmbt, next time bot kayu ni pun daa semakin kurang penggunaannya.

kebanyakan sudah diganti dengan bot fiber sesuai dengan perkembangan semasa. Ikut citer Abg Din kebanyakkan tukang bot sudah tiada dan hanya tinggal berapa kerat saje yang sanggup mewarisi ketukangan orang tua mereka.

 

Pengalaman di perkampungan Orang Asli cukup mengujakan! selama ni saya anggap mereka biasa biasa saje.. tapi banyak ilmu survival yg kitaorg dapat. kita didedahkan ngan ilmu alam dan survival serta culture diorg. menyumpit, hidup api tanpa mancis atau lighter serta teknik2 berburu dihutan, dan beramah mesra ngan suku kaum bateq. Serius! Terbaikkk..

10421582_668099903309744_4190101495172364048_n

Sebelum pulang, sempat kami hadiahkan sedkit keperluan utk diorg dan bergambar serta membeli sedikit 'homemade' diorg. sangat teliti dan halus buatannya..

 

Kami menaiki semula bot utk pulang dan lambaian mesra diorg membuatkan hati kami tersentuh! sayu bercampur baur... mungkin itulahlah Rahmat Tuhan walau seketika kami berada disana, kemesraan jelas terjalin antara kami sesama makhluk Tuhan.. Subhanallah...

 

Mandi sungai! Perang air..
Itulah #rapidsshooting sebenarnya. Habis basah kuyup sewaktu meredah jeram. Ada dua tiga nama jeram yg saya ingat.. jeram nusa, jeram dedari, jeram teras, jeram dua, jeram panjang dan tah per lagi.. maklumlaa takde buku nota nak tulis! Ishhh.. melawak pun tak bole? Hmmm...

10277231_706457879415354_5221033456616099746_n

Sampai di jeti lebih kurang pkl 5.30 petang. Dan terus balik ke penginapan utk rehat dan makan malam. Malam tu kami menjamu selera dengan menu 'Kelah Merah' Masak stim yang telah ditempah khas, patin tempoyak dan sedikit menu kampung. Nak menu kg, mmg kena special request! Diorg akan prepare sesiap.. tunggu makan jerrr... Sangat menyelerakan! makan plak kat floating restaurant...perghhh... superbbb!!

 

Tak yah takut pasal rege, sbb rege bole bincang ngan diorg ni.. maklumlaa #liagroup ni 100% local operator yang jalankan perniagaan mereka disini.

logo baru lia

Lepas dinner, rehat jap sambil pekena kopi dan xtvt seterusnya sambung #nightwalk. redah hutan waktu mlm n tgk binatang. ni kena cross sg mlm hari n dgn berbekalkan torch light, lalu laa kwsn hutan.

 

 

seram sejuk gak dibuatnya. tapi bila daa ramai, mcm mcm hal laa.. naik bumbun (hide) n mlm tu nasib kami kira bertuah dapat jumpa rusa, kijang, landak, tapir n dapat kenal juga spesis haiwan aktif waktu malam dan tumbuhan pelik2 yg kami tak kisah dan tak penah amik tau pun sebelum ni.. Best!

12219606_10207922591763247_4416116486339947759_n

Lebih kurang jam 11 mlm, kami balik ke penginapan utk tido. Ingatkan nak tdo, tapi sembang nyer sembang sampai dkt pkl 12.30pm laa jugak memasing syiokkk dok bercerita..

**************
Hari Kedua
**************
.
.

Nak tahu kisah selanjutnya?

--> Kisah mendebarkan Najihah dan rakan-rakan naik jambatan gantung! Terasa nafas nak putus di tengah jalan! Degup jantung bagai terhenti di puncak Tualang... Ciannnn diaa...

--> Kisah lucu dan tragis Najihah tercekik tulang ikan sungai yang membuatkan rakan-rakannya tak kering gusi berbaur cemas!..

---> Kisah Najihah kena paksa ngan botman tarik bot terlekat di celah batu akibat mulut cabul!..

--> Kisah Najihah kena sengat ngan Ikan Buntal ketika mandi di Lubuk Simpon..

--> Kisah 'Seram' Najihah kena tegur dengan pakcik 'penebar jala' sewaktu balik night walk!
.
.
Ikuti sambungannya di blog kami nanti...
Stay tune : www.tamannegara4u.com/blog
.
.

Mengakhiri coretannya, Najihah sempat berpesan pada semua..."Siapa yang nak timba pengalaman macam Najihah ni, terus ke link : www.tamannegara4u.com/santaitamannegara

 

sangat Najihah rekemenkan! Travel ngan orang tempatan ni bnyk kelebihan.. best.. dan mcm-mcm cerita yang korang akan dapat nnti..

 

... Memang Berbaloi-baloi dan superb Habih!!!...."

“.....Hilai tawa anak-anak kecil tadi cukup mencuit hati. Mereka cuba mengejar anak ikan di Sg. Tembeling dengan menggunakan tangan cukup membuatkan hati si ayah terhibur. Senyum tak penah lekang di bibir anak kecil tu bila dapat berendam dalam sungai tadi maklumlaa hidup di bandar..Faham-fahamlaa ! ”

10432133_1090436477634278_6932059275847228768_n

 

Ayah dan ibu mana yang tak gembira bila dapat lihat keletah anak-anak yang semakin membesar dan sukakan penggembaraan. Memang tepat keputusan si ayah membawa anak-anak santai di kawasan alam semula jadi ni. Anak- anak mesti gembira bila diberitahu di Taman Negara ade sungai dan kawasan berkelah !

Riadah di kawasan alam semula jadi memang mendamaikan. Sesekali lari daripada kesibukan hutan konkrit di kota, sambil mendengar kicauan burung, menikmati panorama hijau di sepanjang aktiviti jungle trekking dan naik titian gantung memang menarik dan cukup berbaloi. Penat pun boleh hilang !

11224472_856721051065167_5521240738922051113_n

 

Sambil merehatkan minda dari beban kerja, si kecil juga boleh meneroka banyak benda, serta dapat pupuk rasa cintakan alam semula jadi di dalam diri mereka. Dengan aktiviti night walk mereka boleh lihat pelbagai haiwan yang aktif waktu malam. Jangan terkejut jika terlihat tapir, rusa atau landak di sekitar Taman Negara. Mereka sangat jinak.

 

Jangan ketinggalan untuk cuba meredah jeram melalui bot kayu yang sangat tradisional ni ! Rapid shooting aktiviti soft extreme sesuai dengan si cilik. Rasai pengalaman baru dengan aktiviti ni dan diselitkan aktiviti kemasyarakatan iaitu melawat perkampungan orang asli. Anak-anak didedahkan dengan teknik dan ilmu baru

Pengembaraan Anak Rimba !

Cuti sekolah terlalu singkat? Nak ke luar negara tapi mikir status Ringgit seolah-olah tengah terjum bangunan ! hihihi.... Tak yah fikir jejauh sangat dalam Malaysia pun banyak tempat menarik  dan best !

10422585_10152556610393428_787394217631360216_n

 

Bawak anak-anak ke tempat alam semulajadi. Sambil tu boleh terapkan hobi cintakan alam sekitar dalam diri anak-anak ! Takkan nak bawak ke shoping mall, taman permainan lagi? Kali ni jom tukar selera korang tu.

Nahhh ! Cheklist aktiviti yang kami jalankan di Taman Negara yang super extreme sesuai dengan si cilik korang ! Tak rugi beb bawak anak gi sini.

Rapid shooting & Visit orang asli

Aktiviti soft extreme ni pasti mengujakan bila kita perlu redah jeram dengan menggunakan bot kayu tradisional ! Pasti basah kuyup dikerjakan oleh jeram ! Hihihi..Sambil tu dapat belajar teknik dan budaya masyarakat asli di Taman Negara ! Yang menarik dorang masih Kekalkan adat dan budaya nya tau ! ade mandi-manda di sungai tau.

NASH1340

Jungle trekking dan Canopy walkway

Tolong jangan terlepas untuk cuba aktiviti canopy Walkway ni ! Si cilik pasti teruja berada di ketinggian 40 meter dri atas tanah dan dapat lihat panorama hijau di sekeliling mereka ! Kenali pokok serta herba yang berguna.

Night Walk

Wow ! Berjalan waktu malam ditemani unggas dan bunyi alam. Lihat haiwan dengan lebih dekat di sini seperti Rusa, landak tapir dan lain-lain.
Kembara selama 45 minit ni dapat mngajar anak pengalaman baru sesuai dengan usia mereka yg sukakn pengembaraan.

 

Berminat nak tau lebih lanjut trip seumpama ini? KLIK SINI

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

SUKU BATEQ...LAIN DARI YANG LAIN !

JOM KENAL DORANGG....

 

Kali ni korang akan dibawa melawat kaum Orang Asli Taman Negara pulak.. Eh ! Buat ape pulak bukan ke kt gombak tu pun merata-rata kaum kerabat Orang Asli kan.. Lagipun kitorg dah kenal dgn dorang..

10983821_1582614281977706_8627019108871811007_n

 

Uihhh.. Cepatnyaa meleset fikiran korg tuh ! Ni nak habaq mai depa ni lain laa.. Bukan mcm kat luar sane nuh.. Depa masih kekalkan adat , tradisi n budaya masyarakat dorg ni.. Banyak giler perbezaan yg mesti korg tengok n pelajari nanti tau.. Nak contoh? Hmmm...mengamalkan hidup berpindah randah. Satu kampung hanya dihuni lebih kurang 15 buah keluarga shj....Ehhh ! Da dua contoh ni..

10983403_934728813205046_1143662025560774894_n1743621_900655539945707_8786877835670960793_n

 

 

 

 

 

 

 

 

Okay ape aktiviti mase kat sini ? Korang akan diajar serta didedahkan dengan cara survival n sedikit info pasai dorang ni.. Antara survival nye yelah menyumpit ! Buat arrow untuk sumpit ! Hidupkan api menggunakan buluh dan rotan ! Uhhh.. Menarik kan ?

312862_273721415989931_1618117053_n

 

 

7096_866098243401437_3867653636808689370_nAdmin..! ade kawan tanye kene bawak sumbangan ke ? Untuk info korg kami da siap-siap collect dalam pakej utk tiket Orang asli Donation sebanyak Rm 5.00 da lerr.. Tak yah susah da.. Tapi kalau korg cam ade sumbangan lain boleh jer nak kasi cam makanan ke baju ke haperr kan.. lagi bagus atleast dapat pahala...

 

Moga Info ni berguna laa serba sikit untuk korg.. Kalau nak kenai lagi rapat boleh datang Taman Negara.. n untuk info korg juga boleh stay di Kg Orang Asli kat sini tau ! Boleh pelajari cara dan budaya masyarakat tu..

11049472_1075420459154128_6416980324489057004_n

 

 

10411413_866096826734912_3522201626491647969_nJika anda Join Pakej Kami, memang dah termasuk sekali melawat ke perkampungan Orang Asli ni. Lihat di www.tamannegara4u.com/santaitamannegara

Sekali pandang, gadis manis ini macam sukar didekati. Dari raut wajahnya, siapa boleh menduga nampak sopan santun, lembut dan ceria orangnya.
“ Assalamualaikum... sapaku memulakan bicara. “ Waalaikum salam...”. Balasnya sambil mengukir senyuman. Memang senyuman tak pernah lekang di bibirnya dari sejak mula sampai kesini lagi. Itu yang saya perasan.

 

Foto di atas Puncak Bukit Teresik Berlatar belakang Gunung Tahan

 

Berkunjung ke perkampungan Orang Asli? Tanggapan anda "alaa... Orang Asli kat memana pun ada! pasti akan meleset sama sekali! Serius! Apa lebihnya di sini? Tungguuuu....

Setelah memperkenalkan diri dari Team LIA GROUP kami memulakan bicara. Jangkaan kami dari awal ternyata meleset sama sekali. Bila ditanya, ternyata gadis ini bukan calang-calang orang rupanya! Punyai jiwa kental, personaliti menarik dan gemarkan aktiviti lasak dan mencabar!
Paling seronok, trekking di hutan berjam-jam lamanya! Redah hutan! Panjat gunung! Berkayak! Dan pelbagai xtvt lasak menjadi darah daging dalam hidupnya.

Terbukti! Bila sampai disini, perkara pertama ditanya adakah trek sewaktu jungle trekking mencabar perjalanannya? Rapids shooting (naik bot) mencabar tak? Boleh tak kalau nak berakit disungai ni? Dan bermacam persoalan kami jawab satu persatu! Setelah dihitung, hampi sepuluh kali perkataan ‘mencabar’ disebutnya!

Wow! Hati kering Beb!

Pertemuan singkat kami berakhir apabila Ranger PERHILITAN memanggil gadis ini mengatakan ‘turn’ dia untuk menaiki jambatan gantung telah tiba! Sebelum beredar, kami pinta untuk berkongsi kisahnya di blog kami. Ternyata dia tidak menolak, malah sempat berbisik mesra...”Next time, jangan perkecilkan kebolehan gadis lembut macam kami tak boleh buat xtvt lasak dan mencabar tau....!”. Ianya disusuli hilai tawa keriangan..
.
.
Buat yang berminat nak join trip sebegini, Lawati web kami : www.tamannegara4u.com/santaitamannegara