2

SEKARANG!
Adalah masa dan waktu yang terbaik untuk ke Taman Negara Pahang terutamanya ke Lata Berkoh dan sintuari ikan kelah.

Bagi pencinta alam, saat manis dan suasana seumpama ini sememangnya sangat ditunggu tunggu.. Dikala musim kering ini, ternyata anda bakal disajikan dengan pemandangan dan keindahan yang sangat mengasyikan.

Deruan air sungai yang tak putus putus mengalir dengan kelibat ikan ikan berkejaran bermain dikejernihan airnya dengan dikeliling pepohon menghijau. Sesekali kedengaran sahutan haiwan penghuni rimba turut menghiasi landskap hutan tertua didunia ini.

 

Ramai yang tak tau yang Lata berkoh ni tempat boleh picnic dan madi manda...

Ni sebahagian dapi pemandangan dan pengalaman yang korang akan lalui...

 

 

Untuk sampai kesini, anda perlu menaiki bot  lebih kurang 45 minit dari jeti Taman Negara. Anda pasti kagum dengan kepakaran pemandu bot dan pengemudinya. Meredah celahan batuan dengan deruan enjin berkuasa kudanya, cetek dan dalam arus sungainya membuat denyut nadi penumpangnya bagai terhenti seketika!

 

Anda dibawa menyelusuri sungai tahan yang menjanjikan keindahan cukup menarik dan sejuk mata memandang. Tapi harus diingat, anda pasti teruja dengan keindahannya dua kali ganda di kala musim kering ini!

Satu kerugian besar jika anda tidak bersedia dengan lensa kamera anda! Anda mungkin terlepas saat saat manis ini.

Antara lain, anda akan singgah di sintuari ikan kelah. Mandi manda sambil berenang berkejaran bersama antara spesis termahal ini. Satu pengalaman baru yang pastinya takkan anda lupakan sepanjang hayat.

Waktu pagi hari dan  disebelah petangnya menjadikan masa terbaik untuk melakukan aktiviti ini.

 

Time balik... standby kamera... minta boatman kayuh bot perlahan-lahan... Ambillaaa sebanyak mana foto keindahan alam...

 

Ayuh! Santai Taman Negara hari ini juga!
Jangan persiakan musim kering ini!
Request untuk ke Lata Berkoh Nanti..

Sebagai anak jati tempatan dan pengendali pelancongan disini, banyak lagi tempat dan aktiviti yang menarik disini untuk kami kongsikan dengan anda semua..

Jemput singgah di :
www.tamannegara4u.com/santaitamannegara

“.....Hilai tawa anak-anak kecil tadi cukup mencuit hati. Mereka cuba mengejar anak ikan di Sg. Tembeling dengan menggunakan tangan cukup membuatkan hati si ayah terhibur. Senyum tak penah lekang di bibir anak kecil tu bila dapat berendam dalam sungai tadi maklumlaa hidup di bandar..Faham-fahamlaa ! ”

10432133_1090436477634278_6932059275847228768_n

 

Ayah dan ibu mana yang tak gembira bila dapat lihat keletah anak-anak yang semakin membesar dan sukakan penggembaraan. Memang tepat keputusan si ayah membawa anak-anak santai di kawasan alam semula jadi ni. Anak- anak mesti gembira bila diberitahu di Taman Negara ade sungai dan kawasan berkelah !

Riadah di kawasan alam semula jadi memang mendamaikan. Sesekali lari daripada kesibukan hutan konkrit di kota, sambil mendengar kicauan burung, menikmati panorama hijau di sepanjang aktiviti jungle trekking dan naik titian gantung memang menarik dan cukup berbaloi. Penat pun boleh hilang !

11224472_856721051065167_5521240738922051113_n

 

Sambil merehatkan minda dari beban kerja, si kecil juga boleh meneroka banyak benda, serta dapat pupuk rasa cintakan alam semula jadi di dalam diri mereka. Dengan aktiviti night walk mereka boleh lihat pelbagai haiwan yang aktif waktu malam. Jangan terkejut jika terlihat tapir, rusa atau landak di sekitar Taman Negara. Mereka sangat jinak.

 

Jangan ketinggalan untuk cuba meredah jeram melalui bot kayu yang sangat tradisional ni ! Rapid shooting aktiviti soft extreme sesuai dengan si cilik. Rasai pengalaman baru dengan aktiviti ni dan diselitkan aktiviti kemasyarakatan iaitu melawat perkampungan orang asli. Anak-anak didedahkan dengan teknik dan ilmu baru

Pengembaraan Anak Rimba !

Cuti sekolah terlalu singkat? Nak ke luar negara tapi mikir status Ringgit seolah-olah tengah terjum bangunan ! hihihi.... Tak yah fikir jejauh sangat dalam Malaysia pun banyak tempat menarik  dan best !

10422585_10152556610393428_787394217631360216_n

 

Bawak anak-anak ke tempat alam semulajadi. Sambil tu boleh terapkan hobi cintakan alam sekitar dalam diri anak-anak ! Takkan nak bawak ke shoping mall, taman permainan lagi? Kali ni jom tukar selera korang tu.

Nahhh ! Cheklist aktiviti yang kami jalankan di Taman Negara yang super extreme sesuai dengan si cilik korang ! Tak rugi beb bawak anak gi sini.

Rapid shooting & Visit orang asli

Aktiviti soft extreme ni pasti mengujakan bila kita perlu redah jeram dengan menggunakan bot kayu tradisional ! Pasti basah kuyup dikerjakan oleh jeram ! Hihihi..Sambil tu dapat belajar teknik dan budaya masyarakat asli di Taman Negara ! Yang menarik dorang masih Kekalkan adat dan budaya nya tau ! ade mandi-manda di sungai tau.

NASH1340

Jungle trekking dan Canopy walkway

Tolong jangan terlepas untuk cuba aktiviti canopy Walkway ni ! Si cilik pasti teruja berada di ketinggian 40 meter dri atas tanah dan dapat lihat panorama hijau di sekeliling mereka ! Kenali pokok serta herba yang berguna.

Night Walk

Wow ! Berjalan waktu malam ditemani unggas dan bunyi alam. Lihat haiwan dengan lebih dekat di sini seperti Rusa, landak tapir dan lain-lain.
Kembara selama 45 minit ni dapat mngajar anak pengalaman baru sesuai dengan usia mereka yg sukakn pengembaraan.

 

Berminat nak tau lebih lanjut trip seumpama ini? KLIK SINI

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

SUKU BATEQ...LAIN DARI YANG LAIN !

JOM KENAL DORANGG....

 

Kali ni korang akan dibawa melawat kaum Orang Asli Taman Negara pulak.. Eh ! Buat ape pulak bukan ke kt gombak tu pun merata-rata kaum kerabat Orang Asli kan.. Lagipun kitorg dah kenal dgn dorang..

10983821_1582614281977706_8627019108871811007_n

 

Uihhh.. Cepatnyaa meleset fikiran korg tuh ! Ni nak habaq mai depa ni lain laa.. Bukan mcm kat luar sane nuh.. Depa masih kekalkan adat , tradisi n budaya masyarakat dorg ni.. Banyak giler perbezaan yg mesti korg tengok n pelajari nanti tau.. Nak contoh? Hmmm...mengamalkan hidup berpindah randah. Satu kampung hanya dihuni lebih kurang 15 buah keluarga shj....Ehhh ! Da dua contoh ni..

10983403_934728813205046_1143662025560774894_n1743621_900655539945707_8786877835670960793_n

 

 

 

 

 

 

 

 

Okay ape aktiviti mase kat sini ? Korang akan diajar serta didedahkan dengan cara survival n sedikit info pasai dorang ni.. Antara survival nye yelah menyumpit ! Buat arrow untuk sumpit ! Hidupkan api menggunakan buluh dan rotan ! Uhhh.. Menarik kan ?

312862_273721415989931_1618117053_n

 

 

7096_866098243401437_3867653636808689370_nAdmin..! ade kawan tanye kene bawak sumbangan ke ? Untuk info korg kami da siap-siap collect dalam pakej utk tiket Orang asli Donation sebanyak Rm 5.00 da lerr.. Tak yah susah da.. Tapi kalau korg cam ade sumbangan lain boleh jer nak kasi cam makanan ke baju ke haperr kan.. lagi bagus atleast dapat pahala...

 

Moga Info ni berguna laa serba sikit untuk korg.. Kalau nak kenai lagi rapat boleh datang Taman Negara.. n untuk info korg juga boleh stay di Kg Orang Asli kat sini tau ! Boleh pelajari cara dan budaya masyarakat tu..

11049472_1075420459154128_6416980324489057004_n

 

 

10411413_866096826734912_3522201626491647969_nJika anda Join Pakej Kami, memang dah termasuk sekali melawat ke perkampungan Orang Asli ni. Lihat di www.tamannegara4u.com/santaitamannegara

Suka Travel Bersendirian? WOW!!! Menarik kan... Anda tergolong dalam golongan ni? Kenapa Perlu baca semua ni...

Sebut pasal travel mesti banyak kenangan mase travel kan ! Nak-nak pulak yg g travel as a Lone Ranger...Berani ke pergi sensorang??? Memang tak pernah difikirkan...Memamg salute la sape yg travel luar negara pastu sensorang ! Okey back to tajuk! Banyak merapu pulak..

 

Seriusly..  Ni random kajian yg admin buat laa.. Maybe korang PATUT BACA !

  1. Self-challenge / Berdikari

Dalam travel especially sorg-sorg, kite akan lebih alert dengan benda-benda di sekeliling. Time ni baru la tau keupayaan dan kemahiran otak kite ni berhubung ke tidok ! Dalam takut-takut nak tak nak kite kena buat keputusan cepat, tepat dan bijak ! Kalau kite train diri kite dengan mende mcm ni kite, supaya kite mampu hadapi cabaran akan datang.

  1. Mencari sesuatu (diri yang hilang/cinta/pegangan hidup dan lain-lain sebab personal)

Di saat kita sensorang, kadang-kadang lebih damai kalau berada tampat-tempat mcm ni ! Kite pun lebih dengan dengan nikmat Allah.. N ni laa masa terbaik untuk duduk dan berfikir, perbaiki diri, menghayati alam dan nikmat-nikmat Tuhan.

  1. Tambah Kawan lain Budaya

Yup ! Time travel ni laa kite akan dapat kawan baru.. Bila berjalan seorang diri, korg berpotensi tinggi untuk didekati oleh strangers yang mungkin sedang travel alone cam korg. Mane tau kot boleh jumpe jodoh kan...hihihi

 

  1. Hobi suka jalan sorang

Yg ni paling superb ! kite boleh buat ape yg kite nak, ikut jadual kita alaa dah sorg-sorg konpem less bickering ! kalau ramei memang macam-macam songeh ! itu la ini laa bende kecik kuman pun jd isu sebesor gajah .

 

  1. Takde kawan yang free

Hmm,yg ni sedih. Bila kite beria-ria rancang baik punyer sekali xjadik ! Adoiii..poning kapla terpaksa tunda takpun pegi yg mane ade je kan.. Biasalah bila masing-masing dah kerja n ade komitmen lain kite pun kena la faham dorg kan..

  1. Skill asas

Masa ni laa, kite sendiri yang menentukan dimana akan tinggal, makan dan juga penginapan. Mahu tidak mahu ni akan mengembangkan kemahiran kite seperti skill tawar-menawar, skill komunikasi dan juga daya ingatan. Namun pastikan buat perancangan dengan teliti dan sentiasa fikirkan keselamatan diri yang utama!

 

  1. Kebebasan
    Percaya atau tak memang kena percaya ! hihihi.. Bila sorg-sorg kita bebas nak g memane jek tanpa limit bak kata org mase kite lebih flexible ! yea memang kalau kite gunakan khidmat travel agency kite akan rasa tak puas laa limit la hapee but it ade pro n con’t la kan. ( Tak backup mane-mane tau !) travel as lone ranger ni more to memaksimakan lagi kebebasan dan kepuasan.

 

Travel sorg ni org kate sunyi. Alone la tapi sebenarnya tak pun. N tak semua orang mampu untuk travel secara solo sebab perlu self-confidence yang tinggi dan motivation. Make sure Niat tu biarlah kerana Allah dan semestinya keizinan ibu bapa itu penting. Buat research sebelum pergi travel dan sediakan wang yang cukup.

 

Percaya tak kadang-kadang kekuatan tu timbul dari sumber yang kita rasakan paling lemah iaitu kekecewaan atau frustration?Anyway, ni semua terpulang pd individu. Tepuk dada tanya selera !

Untuk Trip Sendirian atau kumpulan yang kecil ke Taman Negara Pahang juga, Kami gelarkan ianya 'TRIP LONE RANGER'.

Trip ini kami sediakan date & kami akan gabungkan semua pengembara seperti anda didalam satu Team Baru...

Tempahan Boleh dibuat di www.tamannegara4u.com/