Memilih-Joran-Pancing

Memancing boleh menjadi antara aktiviti Sukan yg paling mengujakan, namun boleh juga menjadi aktiviti yg paling mengecewakan kalau tak dapat walau seekor labi-labi ! Cuba elakkan dari melakukan kesilapan yg boleh dielak ketika menyertai trip pancing.

images

 

1. Menggunakan tali yg telah " Luka " atau lama

Ramai yg tidak mengambil serius keadaan tali utama. Tali yg telah lama kebanyakkan akan luka atau berbulu. Mungkin keadaan tali tidak mempengaruhi peratus strike.

 

Shanks

 

2. Menggunakan mata kail yg tidak sesuai

Mata kail tidak diciptakan untuk semua keadaan pancingan. Terdapat mata kail yg berbeza bentuk, mata tunggal atau mata tiga dan saiz. Pastikan anda tahu spesies target anda dan pilih mata kail yg bersesuaian.

 

3. Menggunakan padanan rod dan kekili yg salah

Seperti mata kail, penggunaan padanan rod dan kekili juga haruslah bersesuaian. Setiap spesies pasti mempunyai set yg sesuai untuk memancing.

 

4. Kuantiti tali utama yg tidak bersesuaian

Kuantiti tali utama perlu bersesuaian dengan keadaan pancing dan juga kekili. Setiap kekili biasanya mempunyai anggaran kiraan kuantiti tali yg sesuai untuk dimasukkan ke dalamnya. Selain itu, tali utama yang pendek atau tidak mencukupi boleh membuatkan ikan terlepas.

 

Fly-Fishing-720x340

 

5. Menggunakan teknik flyfishing tanpa mempelajari tentang flies

Salah satu kepuasan flyfishing ialah mempelajari pelbagai jenis flies untuk pelbagai jenis dam spesies.

 

tali-berpintal

 

6. Susunan tali utama dalam spool yg tidak betul

Pastikan susunan tali dalam spool tidak bersilang atau bertindah dalam aturan yang tidak betul. Jika rasa ada yg tak kena, periksa semula tali utama terutama bagi kaki casting.

 

7. Mengendalikan ikan tanpa sarung tangan

Ikan yg tewas selepas pertarungan mungkin kelihatan lemah, namun masih mempunyai tenaga akhir untuk membuat pecutan ketika anda mahu membuang mata kail. Pengendalian tanpa sarung tangan mampu membuat anda berputih mata dan meninggalkan kecederaan akibat sirip serta gigi yg tajam.

 

8. Tidak mengambil serius saranan guide dan tekong anda.

Ketika trip memancing amat penting untuk dengar saranan dan nasihat daripada tekong atau guide kerana mereka lebih tahu dan berpengalaman dengan spot yg dibawa. Jangan terlalu ego dan nak tunjuk terer.

 

9. Buang Masa

Memancing memang aktivit yg baik untuk mengisi masa lapang. Namun, jika anda pergi memancing sekadar untuk berborak, makan dan minum baik anda ke kedai mamak saja.

 

IMG-20150203-WA0017

 

10. Menukar gewang terlalu kerap

Sememangnya anda banyak koleksi gewang dalam kotak anda. Namun, jika terlalu kerap menukar gewang ketika memancing merupakan perkara yg sia-sia. Secara tak langsung, ia membuatkan gewang anda terlalu sekejap di dalam air dan mempunyai ikan anda hilang minat.

 

Sumber : Majalah Umpan.

Dapatkan TIPS PERCUMA kami di SINI.

Lihat Info Pakej Memancing Taman Negara Pahang Malaysia Di SINI.

 

12939338_1045200188886580_919845429

Kami ingin kongsi kan pada anda amalan 3K iaitu, keselamatan, kemalangan dan kecederaan semasa melancong.

Kemalangan dan kecederaan bila-bila sahaja boleh berlaku tanpa kita rancang. Sebaiknya kita haruslah pandai menjadi diri dan keselamatan serta melakukan persediaan awal sebelum pergi melancong terutama ke luar negara.

Selain melakukan persediaan awal, anda juga boleh menyemak Tips yang dikongsikan di bawah.

 

injection2

1. Cucuk vaksin - Pergilah ke klinik kerajaan atau hospital swasta bagi mendapatkan khidmat ini. Periksa terlebih dahulu vaksin apa yang perlu mengikut negara yang anda mahu pergi tersebut.

 

2. Jauhi makanan separa masak atau mentah di hotel.

 

air-mineral

3. Pastikan anda minum air mineral dari botol sahaja. Jangan jerang air paip atau water filter untuk minum.

 

2313266-AR-12591780x390

4. Jangan mandi manda dalam kolam air yang berkeladak atau nampak kotor. Kita tidak tahu bakteria dan kuman apa yang ada dalam air tersebut.

 

5. Pastikan anda kekal hidrat dan banyakkan pergerakan sepanjang dalam penerbangan yang lama dan panjang.

 

tempat-letak-kereta

6. Letak kenderaan di kawasan yang terang dan jangan tumpangkan orang yang tidak dikenali.

 

14925626_1316459625031961_2869245904772839274_n

7. Gunakan khidmat pemandu pelancong tempatan atau jurubahasa apabila melancong ke kawasan pedalaman.

 

images (4)

8. Berjaga-jaga dengan peragut samada di waktu siang atau malam.

 

14017599_1139724839434114_1891243805_n

9. Utamakan keselamatan semasa melakukan rekreasi air – Gunakan jaket keselamatan, ketahui keadaaan pasang surut air dan arus.

 

10. Elakkan meminum alkohol sebelum melakukan sebarang aktiviti dalam atau berhampiran air. JANGAN MINUM ALKOHOL dan berenang.

 

11. Sebelum menyewa kereta periksa tayar, tali pinggang keselamatan, tayar ganti, lampu, brek dan lain-lain.

 

12. Jangan Terlalu Menonjol, Elakkan terlalu menonjol iaitu menunjuk barang barang di khalayak ramai seperti barang kemas, duit, barangan mewah dan sebagainya. Simpan kamera di dalam beg jika tidak menggunakannya.

 

Free-Shipping-Travel-Gear-Hidden-Pocket-Money-Bag-Money-Belt-Travel-Pouch-font-b-Passport-b

13. Asingkan duit wang tunai dan kredit kad serta simpan di tempat tempat yang berbeza.

 

Travel-For-More-Brochure-P11

14. Dapatkan Insuran Perjalanan seperti HSBC Travel Safe, etc. kerana kos perubatan di luar negara sangat mahal.

 

facebookmonitor

15. Kaji indeks jenayah di tempat yang anda ingin lawati. Baca tripadvisor serta lain- lain yang boleh di jadikan rujukan.

Anda juga boleh dapatkan Tip Percuma Kami di ---> SINI

Lihat Promosi Terkini & Aktiviti kami di ---> SINI