“.. Ada waktu kena meranduk sungai, meniti kayu dan merangkak bawah pokok tumbang…

Oleh :
Aisha Yunee Ryan 

CATATAN TRIP 3H 2M TAMAN NEGARA KUALA TAHAN, PAHANG

Alkisahnya, kawan saya Jue ajak ikut program anjuran kelab riadah company dia bekerja (DRB-Glenmarie Properties) ke Taman Negara Kuala Tahan di Pahang. Team diorang gunakan khidmat agent tempatan (Dakili Travel & Tours-LIA Group) bagi merealisasikan trip ini.

Tentatif program secara ringkas adalah seperti berikut.

Pax: 29 orang

Tarikh: 19-21 Januari 2019 (Sabtu-Isnin)

Aktiviti hari pertama:
> Jungle trekking 8 km ke Gua Kepayang Besar dari jeti Kuala Terenggan. Tak salah eja. Kuala Terenggan, bukan Kuala Terengganu.
> Bermalam dalam gua.

Aktiviti hari kedua:
> Keluar gua. Jungle trekking (laluan sama) balik ke jeti Kuala Terenggan.
> Bermalam di camping site di tepi Sungai Tembeling.

Hari ketiga > Balik.

Boleh rujuk peta yang saya sertakan untuk lihat perjalanan kami.

Ikut rancangan asal, pengembaraan kami sepatutnya: Keniam-Gua-Sungai Terenggan-Kuala Terenggan.

Tapi ditukar ke: Kuala Terenggan-Gua Kepayang Besar-Kuala Terenggan kerana laluan dalam rancangan asal agak mencabar untuk kumpulan kami.

Kami bertolak dari Shah Alam ke jeti Kuala Tahan pada hari Sabtu, jam 1am. Sampai di Kuala Tahan jam 630am, kami bersihkan diri dan solat di SK Kuala Tahan yang terletak cuma 5 minit berjalan kaki ke jeti Kuala Tahan. Bersarapan dan dengar taklimat dari pemandu pelancong (guide).

Sebab akan tidur di gua, kami kena ber-backpack ke sana. Guide bekalkan carry mat, sleeping bag, dua botol besar air minuman dan bahan mentah seperti beras, sardin, bawang, santan, maggi (dipaket kecil-kecil, diagih seorang sedikit) untuk dimasak di gua (guide masak). Tengok beg saya dan yang lain dalam gambar. Itulah yang kami pikul sepanjang berjalan di dalam hutan. Tak tau lah sampai 10 kg ke tak. Kot lebih pun tak tau lah.

Kemudian kami dibawa ke Jabatan Perhilitan untuk isytihar barang yang dibawa. Smartphone dan kamera akan dicaj RM 5 setiap satu.

Dari jeti Kuala Tahan kami naik bot menyusuri Sungai Tembeling ke jeti Kuala Terenggan. Makan tengahari sebelum mulakan perjalanan sekitar jam 12pm.

Laluan treknya kadang landai, kadang mendaki, kadang menurun, kadang kering, kadang berselut. Ada waktu kena meranduk sungai, meniti kayu dan merangkak bawah pokok tumbang. Fuh. Kalau diingat balik saya pun tak tau macamana saya boleh melepasi semua halangan tu dengan beban beberapa kilo di belakang badan.

Saya ni novice hiker je. Dah agak lama tinggal hiking sejak kerja office. Setakat ni, trek di Kuala Tahan ini lah yang paling mencabar pernah saya redah.

Awal perjalanan steady lagi. Lepas 4 km atau 5 km, saya dah mula ting tong (baca: pancit). Tinggal lagi 1 km ke 2 km nak sampai ke gua (dan ke jeti masa balik), rasanya tenaga cuma berbaki 10% je. Memang pasrah masa tu, dan only keep going. Ngam ngam hor sampai, badan dan fikiran flat habis.

Jungle trekking tu memang agak tough untuk saya namun ada banyak moments menggembirakan sepanjang perjalanan.

Kami bergerak dengan 6 orang guide: Syukri (ketua), Amin, A a (dia ada iras Sofi Jikan - boleh je panggil Sofi Jikan, dia tak marah ha ha), Khairil, Muzamil dan Kak Ida. Diorang ni anak jati Kuala Tahan. Sungai dan hutan tu padang permainan diorang dari kecil, dan dah lama sangat pun buat kerja bawa orang masuk hutan.

Guide dan peserta tak dipecah pada kumpulan tertentu jadi kami berpeluang berbual dengan mana mana guide yang ada berdekatan kami semasa berjalan.

Saya bertembung sikit sangat dengan Syukri, Amin, A a dan Muzamil. Tapi bersembang sekejap saja pun boleh tau they know damn well what they are doing. Cekap, berkemahiran dan dalam pengetahuan.

Anyway, kebanyakan masa saya dengan Khairil atau Kak Ida. Masa masih gagah perkasa (gagah la sangat ha ha ha), macam-macam soalan saya tanya diorang. Sebelum masuk hutan tu saya memang dah plan nak tanya itu ini. Khairil dan Kak Ida memang tak mengecewakan. Banyak ilmu saya dapat. Diorang suka bercerita dan tak kedekut langsung nak kongsi apa yang diorang tahu. Lagi best, diorang fun dan versatile. Dah bosan cakap pasal pokok, kitorang cerita hal lain pula, contohnya pengalaman diorang sebagai guide. Khairil ceria dan suka menyanyi so kitorang menyanyilah sambut-menyambut. Kak Ida pun sporting, "Korang, nyanyi la lagu sikit," dia cakap. Kadang dia buat jokes dan teka-teki. Kitorang sempat juga bertukar-tukar fikiran mengenai isu semasa alam sekitar berkaitan dengan hutan.

Aktiviti macam tu, kata Kak Ida, penting supaya otak tak fokus kepada penat.

Akhirnya, saya sampai di gua jam 6 sejak berjalan dari jam 12 tengahari. Gua tu besar dan silingnya tinggi sangat. Luasnya dua buah padang bola sepak kot. Kelawar tak ada sebab guide pasang unggun api. Katanya asap tu dapat halau kelawar.

Kami tidur atas kanvas bertilamkan carry mat dan berselimutkan sleeping bag. Amazingly dalam gua tu tak ada nyamuk dan tak rasa panas. Kami guna headlamp atau torchlight untuk bergerak ke mana-mana.

Malam tu guide masak nasi campur. Ada lauk telur dadar, sardin dan sayur campur.

Macam biasa saya kalau kat tempat asing memang susah nak tidur. Agaknya saya tidur satu jam je malam tu. Waktu lain mata terkebil-kebil je lah dengan fikiran melayang-layang.

Pagi esoknya selepas sarapan kami berjalan pulang ke jeti Kuala Terenggan menggunakan trek yang sama. Kami sampai di jeti lebih kurang jam 4pm dan bergerak ke tempat bermalam yang seterusnya - camping site di tepi sungai. Dalam perjalanan ke camping site, the popular rapid shooting Taman Negara Pahang took place. Saja nak bagi 'saspen', korang Google lah rapid shooting tu apa. All I can say is we had so much fun!

Masa dapat tentatif program, bila tau akan bermalam outdoor, saya terus pasang niat nak tengok the best bulan bintang dalam hidup. Allah. Dia bagi saya tengok. Rezeki kami, malam tu cuaca baik dengan langit bersih sebersih-bersihnya, bulan mengambang penuh dan bintang-bintang keluar membentuk buruj (saya check kat Google nama buruj tu Aquarius). Rasa macam tak percaya je hajat dimakbulkan. Terima kasih Allah.

Nak tau kisah hari ke dua yang lebih menarik? Ikuti sambungannya nanti yang saya akan share kumudian.

Nota kaki : Kalau ada antara kalian yang berminat nak tau lebih lanjut tentang trip ni, boleh KLIK SINI! 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *