...........................................................................................................................................

Serabuttttt!!!!!! Buat Tu Tak Kena! Buat Ni Tak Kena! Asyik-Asyik Keja... Keje... Kejeee!!! Sampaikan Takde Masa Untuk Diri Sendiri! Nak Kenali Diri Sendiri Pun Susah! Asyik Berkhidmat Untuk Orang Jekkkk!! Pagi... Petang.. Siang... Malam... Sama Jerrrrrr!!!!!


Opssshhhh!!!


Sape Ade Alami Situasi Gini ??? Angkat Tangan!

  • Tak Nak Lebih ADVENTURE!
  • Tak Nak Lebih MENCABAR!
  • Tak Nak Lebih 'Survival'

Tapi AWAS! Jangan Join Trip Ni JIKA....

  • Anda BUKAN Backpakers... Tak Suka Cabaran! Nak Goreng Telur Dan Masak Meggi Pun Tak Reti! Hmmmm... Berat weiiii....
  • Jalan Sikit Pun Daa Termengah-mengah! Guane Nak Redah Hutan! Panjat Bukit! Redah Sungai! Tidur Dalam Gua! bla...bla...
  • Buat Hal sendiri! Tak suka Join Orang! Pendiam Takpe Asalkan Jangan Bodoh Sombong! Waaa...
  • Suka Cakap Besar Dalam Hutan! Wahhh!!!! Dialaaa Orangnyerrr... Padahal... Lu Pikir Laaa Sendiri!
  • Tak Reti Nak Sporting Ngan Orang! Pastu Tak Tau Buat2 Tau... Boleh Pekdohlaa...

Memperkenalkan....

...........................................................................................................................................

Real Inner Jungle

Malas Nak Citer Banyak.. Korang Tengoklaa Foto... Apa pengalaman Yang Korang Akan Dapat Jika Join Trip Ni...

Prepare barang! Pastu naik bot kayu tradisional! Kurang-kurang Dua Jam Duduk Dalam bot tu pergi n balik nanti pun sama!

Sejuk gilerrrr!!!!

Berenti Lunch jap tepi sungai! Meggi adalah MENU utama! Sape rajin, masak laaaa nasikk! Bolehhh jekkk.... Penat trekking, relex jap! Mandi sungai dulu!

Join Night walk dan pengembaraan sekitar gua.. kenali flora & fauna!

Trekking 8.5 KM Pergi Dan 8.5KM Balik! Total 17KM! Ada BERANI? Alaaa... Kalau dah ramai-ramai tu kannn.. Rasa Nak Trekking lagi jauh pun ada! Turun naik bukit! Rentas sungai! Bergayut Alaa alaa Tarzan! Jumpa sungai, mandi dulu! Taklehh laaa citerrr semuaaa... TUNGGUUUU....

Titi...Jangan tak titi!

CANDLE LIGHT DINNER! AWAS kepada pasangan yang sedang HONEYMOON! Jangan sesekali mencuba aksi ini! ~ Agak-agak tengok member memasak tu..tolong-tolong laaa weiiii... Taulaaa seronok sangat bersembang tu! Lepas makan nanti sembanglaaaa sampe subuh!

NAK TIDUR KAT MANA? Habisss..... Katne lagi! TIDO laaa dalam GUA tu! Nakkk sangat ikut! Amikkk Kauuu!!!

Apa Kata Mereka Yang Pernah Join...

"Mesti Cuba....."

 

"......Sangat Fresh! Tak Sabar Nak Mulakan Tugasan Baru! Hidup Kembali Lebih Bertenaga!....." (Zila, KL)

"Group Ni Enjoy Gilerrr! Seronok sangat layannnnn deme nih!...."

"...Team Ni sangat enjoy! Xcited sangat ngan alam semulajadi. Penat hilang time kumpul ramai-ramai dan team work diaorang memang bagus! Padahal baru kenal hari trip tu jekkk pun! Tapi macam dah kenal lama.. saling bantu membantu & tolong menolong... memang besat arrr.... UBAI, Tour Guide

BONUS! Kalau Berkesempatan & Ada Masa Terluang....

Kalau Sampai Awal Pagi atau nak balik Lewat Selepas trip, Bagitau jekk kat kami. Kami boleh sediakan bilik dengan kos tambahan.. Hostel camni cuma RM20 seorang jer satu malam...

Kenapa Perlu Join Trip Ni ?

Minima Booking 4 Orang! Kurang Dari 4 Orang, kami caj 4 orang juga... tak kira...

Selama ni korang asyik tido atas bantal & tilam empuk jek yerrrr!!! Nahh! Amik kau! Tidolaaa dalam gua beralaskan tikar n berbantalkan lengan! Paling sempoi, amik beg tu buat bantal! Hahahaha...

Siap Guide (Pemandu Pelancong) sepanjang xtvt. Ikut jekkk.. kan mudah tuuu.. Tanyalaa guide tu mende yang patut!

Perkhidmatan bot daa masuk skali. Jangan Lupe pakai life jacket tu.. tak kire laa u pandai berenang ker! Safety FIRST!

Lesen Kamera RM5/kamera sebab kami tak tau berapa kamera yang you all bawa! Tak Fair laaa kalau kami caj semua sebab tak semua yang bawa pun! Handfon berkamera pun kira tau! Ehh.. Ni Taman Negara punya Law laa.. kami ikut jekk... Kalau kita sempat, singgah di Canopy Walkway +RM5/pax & RM5 Seorang Untuk Orang Asli Donation. Nak Kasi Lebih takpe....

Makan & Minum Dah termasuk! Masak & Makan sesama! Barulaaaa Jadi team work yang BAGUS! Nak bawak makanan xtra ? Boleh jekkk.. Jangan laaa bawak yang berat2! kata nak survival... Blasah jekkk makan perr yang ada! INGAT! Kalau korang nak makan yang SEDAP-SEDAP, Ni Bukan Tempatnya!

Kat Mana Nak Tunggu Bila Dah Booking...?

Drive Terus Ke Kaunter Kami. Kalau Guna GPS Taip Kuala Tahan. Guide Tunggu Kat Opis...

Alamat Kami :

Tembeling Lake Travel & Tours Sdn Bhd (KPL/LN 6360)- LIA Group

Taman Negara Kuala Tahan, 27000 Jerantut, Pahang Darul Makmur.

Lahhhhh!!!! Nak Join Juge! ...Saya ni memang betoi-betoi nak join laa BRO! Biarlaa Orang Nak Cakap Per ponn......Berapa Yang Perlu Saya Bayar?

TEMPAHAN DAN PERTANYAAN

  1. Isi borang 'OH! Jungle' dan klik butang 'submit'.
  2. Kami akan menghantar Maklumat Kekosongan Tempat beserta Sebutharga Harga (Quotation) dan Cara Membuat Bayaran dalam tempoh 24-72 Jam samada melalui Email / WhatsApp atau SMS.
  3. Seterusnya, Buat Tempahan Dalam Tempoh Yang Dimaklumkan. PERHATIAN! Pastikan Ada kekosongan tempat sebelum membuat sebarang Bayaran! FIRST COME FIRST SERVE! TEMPAT TERHAD!