BACA SINI DULU!

Nak Panduan?  INFO  & Tips-tips Merancang Trip Ke Taman Negara Pahang Secara PERCUMA?

Masukkan Nama & Emel Anda Di Bawah

Terhad Kepada 499 99 Orang Terawal Sahaja! Dapatkan SEKARANG Juga!

privacy Pastikan Anda Gunakan Email GMAIL untuk Mendapatkannya!

Tercari-cari INFO Nak Ke Taman Negara Pahang ?

YA! Sudah tentu anda inginkan Trip yang TERBAIK dengan kos yang BUDGET

'BEST' Rekemen Untuk Siapa Trip Ni ?

  • Backpakers... Kaki Travel.. Kaki Jenjalan dan sewaktu dengannya!
  • Student or Yang Dah Keje.. Tengah Tension! Tengah Serabut! Kapla dan Tersumbat! Ciannn..
  • Nak Buat Reunion ? Jumpa balik geng-geng lama.. Menggamitttt MEMORI! Boleh jerrr...
  • Nak buat Family Trip. Company Trip. Friend2 Trip sangat dialukan...
  • Nak buat Team Building, Team Bonding dan macam-macam lagi... Boleh jerrr...
  • Apa Lagi ??? Aper lagi yg Korang Fikirkan Perlu ??? Cer citer...

Testimoni Pelanggan Kami...

".. BEST MEMORY... Mungkin takkan saya lupakan sepanjang hayat saya...."

"....... Best giler trip ni. Tak tipu. Ini review ikhlas dari saya. Bagi pencinta alam sekitar jemput ramai-ramai datang buat aktiviti dekat Taman Negara Pahang. Bukan pencinta alam pon jemput datang merasai keindahan dan ketenangan yang tak mungkin dapat kat tengah-tengah kesibukkan kota. Bawa anak-anak bercuti dekat sini. Takkan cuti hujung minggu asyik nak ke shopping kompleks je kan? Byk aktiviti menarik yang disediakan. Boleh hiking kat gunung tahan, camping, mandi air terjun, mandi sungai, melawat perkampungan org asli, kayak, naik jambatan gantung, night safari, dan paling best RAPID SHOOTING.

 

Ada lagi aktiviti yang saya tak senaraikan. Kalau nak tau kena datang sendiri untuk betul-betul merasai keseronokkannya. Pendek kata 3 hari 2 malam pon belum tentu cukup untuk buat semua aktiviti yang ada. Sekali datang konfem nak repeat lg. Nak pakej bajet dan maklumat lebih lanjut boleh direct pm En. Hambali Taman Negara Pahang. Harga mmg berpatutan. Nak makan pon tak perlu risau. Ada banyak restoren terapung dekat sepanjang sungai berhampiran dengan jeti. Kebanyakkan yang datang pon mmg pelancong dari luar yang nak menikmati kehijauan dan udara segar di hutan hujan yang tertua didunia. Saya sudah anda bila lagi?......."

...........................................................................................................................................

"Rapids shooting aktiviti paling BEST kat Taman Negara...!

".... After 3 days at Taman Negara , a wild part of Malaysia...a trip with full of adventure...

getting wet in rapid water n dried under scorching sun...
smile emoticon non stop activity n fun..hiking through the forest..
walked on world's longest canopy..met nice & always 'ready to go' people from different countries..
now back to KL again..into a fast n advanced city life... "

Aleena Hassa (England)

...........................................................................................................................................

"TAMAN NEGARA TERBAIK...."

" Terima Kasih Atas Perkhidmatan Yang Diberikan.. Kami sangat berpuashati dengan guide, tempat dan aktiviti yang sangat menarik dan saya rekemenkan untu semua. Insyaallah jika berkesempatan dan diizinkan Allah kami akan datang lagi....Terima Kasih TLake Travel & LIA Group..."

AZEERA & All Friends (Kolej Komuniti Kuantan)

Berapa Ramai Yang Minat Adventure? Minat Kembara? Sukakan Ketenangan & Kedamaian? Sambil Hirup Udara Segarrr....   Katakan YA!

"  Perancangan Yang Teliti Pastinya Membawa Lebih Banyak Penjimatan..."

Boleh Diguna Pakai Untuk Trip Santai, Trip Student, Trip Family, Opis, Rombongan Mak Jemah! Atau Sape Saje Yang Plan Nak Ke Sini....

Sebelum Tu, Kami Nak Tawarkan Satu TAWARAN khas...

  • Kami Nak KONGSIKAN Tips Dan Panduan Trip Ke Taman Negara Pahang Pada Harga R̶M̶6̶9̶ PERCUMA! TERHAD kepada 200 Orang Terawal Sahaja!

Masukkan Email Untuk Tips PERCUMA ini! Sangat TERHAD!

privacy Pastikan gunakan email GMAIL untuk dapatkanya!


Masih tercari-cari...


 

Kat Mana Lokasi Taman Negara Ni? Macamana Nak Sampai Ke Sini? Ada Jalan Raya Atau Kena Naik Bot Jerr..?

Tempat-tempat Menarik Banyak Ke? Apa xtvt yang paling BEST? Sesuai untuk siapa yer? Bila yer time sesuai berkunjung ke sini ?

Tempat Menginap Tak Jadi Masalah Ke? Cukup Ke Kalau Datang Ramai-ramai? Ada Campsite Tak? Hostel ke? Motel Ke? Atau Banyak Ke Resort Kat Situ? Jauh Tak Dari Jeti? Boleh Jalan Kaki Jer kerr..

Tempat Makan Macamana Pulak ? Dengar Citer Ada Restaurant Terapung Atas Sungai... Hmmm.. Ikan Sungai FRESH Ada Ke ? Wahhh... BESTNYERRR....

 

    Opshhh!! Kenapa Nak Terus Buang Masa Anda ?


    Jom!! Kami  Bantu  Selesaikan Masalah Anda..  Kami Tunjukkan Kepada Anda Beberapa Perkara Berikut...

    • Bot dan Pemandu Pelancong

    Untuk trip yang lebih sempurna pastikan segala persiapan tersusun rapi. Kami kongsikan 'guideline' serta jadual jadual agar anda boleh merancang sebaik mungkin.

    • Kemudahan asas

    Kami kongsikan 'best way' untuk melicinkan perjalanan anda. Dari segi kemudahannya.. Anda bolehlaaa rancang sebaik mungkin...

    Sebelum tu... Apa Kata Anda Kenali Kami Dalam Bidang Tourism Di Taman Negara Jerantut Pahang.....


    Tak Kenal Maka Tak C.I.N.T.A ....

    • # 100% Local tour operator (100% Milik anak tempatan)
    • # 100% Milik Bumiputera
    • # Agen berdaftar yang sah dengan SSM Dan Kementerian Pelancongan Malaysia
    • # Memiliki dan menyediakan perkhidmatan bot, pemandu pelancong, penginapan dan perkhidmatan makanan
    • # Berpengalaman mengendalikan aktiviti pelancongan di Taman Negara Pahang Malaysia lebih dari 15 Tahun
    • # Pakej pelancongan Mampu Milik ke Taman Negara Pahang

    Kepakaran Kami...

    Pemandu Pelancong

    Perunding Untuk Company Trip/Family Day/Student Trip etc..

    Bilik Penginapan Mengikut Bajet Anda.. Dari Campsite, hostel, homestay, motel sehingga ke Resort Bertaraf 3 Bintang!

    Restaurant Dengan Pelbagai Jenis Masakan Dan Juadah..

    Agensi Pelancongan

    Trip Memancing

    Perkhidmatan Bot Ke semua Destinasi Alur Tembeling - Hulu Tembeling

    Ok, Anda sudah bersedia ? Jom maksimumkan keriangan anda disini...

    Kali ini kami sudah bersedia untuk berkongsi ilmu, tips dan pengalaman kami sepanjang mengendalikan trip ke Taman Negara Pahang untuk me 'MAKSIMUMKAN' keriangan anda disini.

    Kami akan kongsikan beberapa tips yang sangat penting untuk membantu anda merancang trip dengan lebih sempurna.

    Kami hanya perlukan komitmen anda untuk membaca sehingga ke baris terakhir dan buatlah keputusan yang Segera, Tepat dan Pastinya Menjimatkan Anda!...

    Memperkenalkan... Trip 'SANTAI TAMAN NEGARA PAHANG'

     

     

    Apakah pengalaman Yang Anda Akan Lalui Dalam Trip Ni...

    Rapids Shooting - Meredah 7 Lapisan Jeram Menongkah Arus! Be Prepare To Get Wet!

    Visit Orang Asli - Berhenti singgah di Perkampungan Orang Asli di pinggiran sungai sambil mempelajari Cara hidup mereka yang tak di telan dek arus permodenan. Belajar survival, cara hidup, adab dan budaya serta banyak lagi....

    Night Jungle Walk - Merentasi hutan di suasana malam dikelilingi kicauan unggas dan suasana hening kedinginan malam.

    Jungle Trekking + Menikmati keindahan Flora dan Fauna yang mengasyikkan sambil meniti Titian Silara (Canopy walkway) dan mendaki bukit yang penuh cabaran (Bukit Teresek) berlatarkan gunung tertinggi di Semenanjung Malaysia-Gunung Tahan.

    Abadikan foto kenangan bersama orang tersayang...

    Kenapa Perlu Join Trip Ni ?

    Nak Datang sorang boleh, Nak Datang Berdua Boleh, Bertiga Boleh Dan Kalau lagi ramai lagi BAGUS! Hehehehe...

    Penginapan  Sudah Termasuk! Nak upgrade bilik ? Boleh jekk.. Depend pada bajet dan kekosongan! Tu boleh bincang tuuu...

    Siap Guide (Pemandu Pelancong) sepanjang xtvt. Ikut jekkk.. kan mudah tuuu.. Tanyalaa guide tu mende yang patut!

    Perkhidmatan bot daa masuk skali. Jangan Lupe pakai life jacket tu.. tak kire laa u pandai berenang ker! Safety FIRST!

    Semua tiket-tiket dah termasuk! Cuma kena tambah Lesen Kamera jek RM5/kamera sebab kami tak tau berapa kamera yang you all bawa! Tak Fair laaa kalau kami caj semua sebab tak semua yang bawa pun! Handfon berkamera pun kira tau! Ehh.. Ni Taman Negara punya Law laa.. kami ikut jekk...

    Makan & Minum. Ni Tak termasuk pakej laa.. Guide kami akan rekemenkan tempat-tempat yang BEST dan port terbaik untuk jamu selera! Gerai ada.. Restaurant terapung ada... Harga biasa jekk... Pastikan sedap, beselera dan yang paling penting.. JIMATTT...

    Apa Kata Mereka Yang Pernah Join Trip Ni ?

    Terima kasih! We hd a great time ! - Ain Mirzani & Friends

    " TRIP 2DAYS 1NIGHTS AT TMN NEGARA KUALA TAHAN, PAHANG... SO MANY MEMORIES HERE...PALING X BOLEH LUPA BILA KENA JUNGLE TREKKING FOR ABOUT 1.7KM DAN KENA PANJAT TANGGA..HAHA!! MEMANG RASA NAK TECABUT KEPALA LUTUT DEN NI.. smile emoticon I HOPE WE CAN GO THERE FOR ANOTHER TIME YER MA PREN grin emoticon
    INSHAALLAH..... " - Atie Zainuddin Uitm Bandaraya Melaka

    "...Sangat-sangat BEST! Berbaloi-baloi... Kitaorang semua enjoy tak terkata! Paling Best Rapids Shooting dan visit Orang Asli. Banyak belajar erti hidup kat sana...." - Aziq-Kolej RISDA

    "... Insyaallah. Kami Pasti datang lagi.. Lain kali kami nak bawak keluarga plak. Jangan perkecilkan Melancong dalam Malaysia! Malaysia Tetap No 1. Taman Negara Terbaekkk...." - Danisya (Shah Alam)

    "... we really enjoy! Best guide Sopi!...

    " ..tak sangka reunion kali ni boleh buat kat hutan! mula-mula seram semacam jek.. tapi bila dah sampai then dah jumpa guide semuanya bertukar! hahahaha... seronok gilerr... paling best, group kitaorng join minah salih! blasah jek ckp oghg putih! alaa... diaorg pun bukan reti ckp melayu pun.. hentam sajelahh.. hahahah... - Aqilah, KL

    Kat Mana Nak Tunggu Bila Dah Booking...?

    Drive Terus Ke Kaunter Kami. Kalau Guna GPS Taip Kuala Tahan. Guide Tunggu Kat Opis...

    Alamat Kami :

    Tembeling Lake Travel & Tours Sdn Bhd (KPL/LN 6360)- LIA Group

    Taman Negara Kuala Tahan, 27000 Jerantut, Pahang Darul Makmur.

    Ok, Saya dah tak sabar nak join trip santai ni...Berapa Yang Perlu Saya Bayar Untuk Join Trips Santai Ni ?

    arrow
    arrow

    FAQ

    1. Apakah perbezaan Pakej 2Hari 1 Malam dengan 3 Hari 2 Malam ?
    Pakej 3 Hari 2 Malam lebih santai dan aktiviti tidak terlalu padat berbanding pakej 2 Hari 1 Malam. Aktiviti yang anda dapat sama jer.. tapi masa jer kami adjust.

    2. Dari manakah Pakej Ini bermula dan Bagaimanakah caranya untuk ke sini ? Adakah saya perlu naik bot untuk sampai ke mari?
    Semua Pakej ini bermula di Taman Negara (Kuala Tahan, Jerantut). Anda Cuma perlu drive kereta anda terus ke kaunter kami di Taman Negara. Tak perlu lagi naik bot yang 3 jam tu untuk sampai ke sini (Boleh digunakan sebagai alternatif atau jika berminat). Jalan Raya sebagai jalan perhubungan sudah tersedia dan boleh dilalui oleh semua kenderaan. Sekiranya inginkan panduan untuk ke Taman Negara, anda boleh dapatkan bantuan crew kami nanti.

    3. Bilakah masa paling sesuai untuk ke Taman Negara ?
    Sepanjang Tahun! Dapatkan Info Terkini Cuaca Dari CREW kami dari masa ke semasa! Jika tempahan dibuat & keadaan cuaca tidak mengizinkan, kami akan maklumkan kepada anda!

    4. Adakah Pakej santai termasuk sekali makan dan minum ?
    Bagi Pakej santai , bayaran tidak termasuk makan dan minum. Pakej Makan dan minum hanya disediakan untuk Pakej Kembara pelajar dan group besar serta Pakej Company yang melebihi 20 peserta sahaja. Anda tak perlu risau tentang makan dan minum sebab ianya mudah didapati disini. Terdapat banyak gerai dan restaurant terapung pada harga biasa...

    5. Manakah lebih jimat sekiranya tidak menempah Pakej Makan dan Minum serta memilih untuk makan sendiri di gerai yang terdapat disitu ?
    Sekiranya anda group yang besar, kami cadangkan menempah pakej sekali makan dan minum kerana dapat menjimatkan masa dan wang. Jika datang dalam kuantiti yang kecil, better makan dan minum sendiri dan lebih menjimatkan!

    6. Apakah Had umur kanak-kanak untuk aktiviti ini dan berapakah bayaran bagi kanak-kanak ?
    Tiada had umur kanak-kanak untuk menyertai aktiviti kami. Diskaun sebanyak 30% diberikan kepada kanak-kanak yang berumur 5 tahun sehingga 11 tahun. Bagi kanak-kanak yang berumur 12 tahun ia termasuk kategori dewasa. Bawah 5 Tahun Free.

    7. Dimanakah terletaknya penginapan dan apakah kemudahan terdapat disitu ?
    Semua rangkaian penginapan kami terletak di Kampung Kuala Tahan iaitu di Jeti Taman Negara Pahang. Terdapat banyak kemudahan asas yang kami sediakan antaranya tempat letak kereta, restoren, Wi-Fi percuma (sesetengah tempat), khidmat penghantaran ke jeti, kedai runcit dan lain-lain.

    Jika anda mengambil pakej dengan kami, tentang penginapan kami akan adjustkan untuk anda.

    8. Bagi aktiviti Melawat perkampungan Orang Asli, adakah anda perlu membawa makanan atau barangan untuk tujuan sumbangan ?
    Sumbangan untuk Orang asli telah termasuk sekali dalam bayaran pakej sebanyak RM 5.00 seorang. Jika berniat ingin menyumbangkan apa sahaja bentuk bantuan kepada mereka pihak kami amat mengalu-alukan.

    9. Bagaimanakah jika anda bercadang untuk mengadakan BBQ dan ingin menguruskan sendiri tanpa mengambil pakej ?
    Anda boleh terus berhubung dengan mana-mana restoren untuk mendapatkan khidmat tempahan untuk BBQ.

    10. Bagaimanakah sekiranya anda bercadang ingin menaiki bot dari Kuala Tembeling ke Kuala Tahan/ Taman Negara ?
    Pihak kami sudi membantu dan akan menguruskan khidmat bot dari Kuala Tembeling dan bayaran bot ialah RM 40.00 seorang/sehala. Untuk menjimatkan kos kami cadangkan anda boleh menaiki bot untuk ke Taman Negara dan mengambil inisiatif dengan bas dari Kuala Tahan sewaktu pulang bagi menjimatkan kos anda.

    11. Bolehkah saya tukar tarikh sedangkan tempahan telah dibuat dan bagaimana?
    Boleh jika ada kekosongan pada tarikh baru! Tetapi, pertukaran tarikh hendaklah dibuat dalam tempoh 2 minggu sebelum perjalanan. Pertukaran ‘last minute’ tidak akan dilayan dan wang tidak akan dikembalikan.

    12. Sekiranya saya ada Penambahan atau Pengurangan di saat akhir, bagaimana?
    Jika ada penambahan, sila hubungi kami untuk memastikan anda juga mendapat tempat. Jika terdapat pengurangan, wang tidak akan dikembalikan (burn).

    13. Bila saya sudah sampai di Taman Negara, kemana hala tuju saya? Nak Jumpa di mana? Kalau saya tersesat jalan, apa perlu buat? Ada guide tunggu saya ke?
    Bila sampai di Taman Negara, terus ke kaunter kami (Tembeling Lake Travel & Tours Sdn Bhd). Kalau guna GPS Taip Kuala Tahan. Kalau tersesat, dapatkan bantuan guide kami. Ya! Guide kami akan menunggu kehadiran anda! Dapatkan No. Tel Guide setelah anda membuat tempahan.

    14. Masih mempunyai soalan yang tidak terjawab ?
    Sekiranya masih terdapat soalan yang tidak terjawab boleh email terus kepada kami di tamannegara4u@gmail.com