SOAL JAWAB TRIP SANTAI TAMAN NEGARA PAHANG

1. Apakah perbezaan Pakej 3 Hari 2 Malam dengan 2 Hari 1 Malam ?
Pakej 3 Hari 2 Malam lebih santai dan aktiviti tidak terlalu padat berbanding pakej 2 Hari 1 Malam. Aktiviti yang anda dapat sama jer.. tapi masa jer kami adjust.

2. Dari manakah Pakej Ini bermula dan Bagaimanakah caranya untuk ke sini ? Adakah saya perlu naik bot untuk sampai ke mari?
Semua Pakej ini bermula di Taman Negara (Kuala Tahan, Jerantut). Anda Cuma perlu drive kereta anda terus ke kaunter kami di Taman Negara. Tak perlu lagi naik bot yang 3 jam tu untuk sampai ke sini (Boleh digunakan sebagai alternatif atau jika berminat). Jalan Raya sebagai jalan perhubungan sudah tersedia dan boleh dilalui oleh semua kenderaan dan menjimatkan. Sekiranya inginkan panduan untuk ke Taman Negara, anda boleh dapatkan bantuan crew kami nanti.

3. Bilakah masa paling sesuai untuk ke Taman Negara ?
Sepanjang Tahun! Dapatkan Info Terkini Cuaca Dari  kami dari masa ke semasa! Jika tempahan dibuat & keadaan cuaca tidak mengizinkan, kami akan maklumkan kepada anda!

4. Adakah Pakej ini termasuk sekali makan dan minum ?
Bagi Pakej ini , bayaran tidak termasuk makan dan minum. Pakej Makan dan minum hanya disediakan untuk Pakej Kembara pelajar dan group besar serta Pakej Company yang melebihi 20 peserta sahaja. Anda tak perlu risau tentang makan dan minum sebab ianya mudah didapati disini. Terdapat banyak gerai dan restaurant terapung pada harga biasa. Cuma sediakan cash secukupnya, Anggaran harga sarapan pagi RM5, Lunch Rm10 & Dinner Rm12 sekali makan.

5. Manakah lebih jimat sekiranya tidak menempah Pakej Makan dan Minum serta memilih untuk makan sendiri di gerai yang terdapat disitu ?
Sekiranya anda group yang besar, kami cadangkan menempah pakej sekali makan dan minum kerana dapat menjimatkan masa dan wang. Jika datang dalam kuantiti yang kecil, better makan dan minum sendiri dan lebih menjimatkan!

6. Apakah Had umur kanak-kanak untuk aktiviti ini dan berapakah bayaran bagi kanak-kanak ?
Tiada had umur kanak-kanak untuk menyertai aktiviti kami. Diskaun sebanyak 30% diberikan kepada kanak-kanak yang berumur 5 tahun sehingga 11 tahun. Bagi kanak-kanak yang berumur 12 tahun ia termasuk kategori dewasa. 4 Tahun ke bawah Percuma.

7. Dimanakah terletaknya penginapan dan apakah kemudahan terdapat disitu ?
Semua rangkaian penginapan kami terletak di Kampung Kuala Tahan iaitu di Jeti Taman Negara Pahang. Terdapat banyak kemudahan asas yang kami sediakan antaranya tempat letak kereta, restoren, Wi-Fi percuma (sesetengah tempat), khidmat penghantaran ke jeti, kedai runcit dan lain-lain.

Jika anda mengambil pakej dengan kami, tentang penginapan kami akan adjustkan untuk anda bergantung pada bajet anda.

8. Bagi aktiviti Melawat perkampungan Orang Asli, adakah anda perlu membawa makanan atau barangan untuk tujuan sumbangan ?
Sumbangan untuk Orang asli telah termasuk sekali dalam bayaran pakej sebanyak RM 5.00 seorang. Jika berniat ingin menyumbangkan apa sahaja bentuk bantuan kepada mereka pihak kami amat mengalu-alukan. Anggaran keluarga Orang asli sekitar 10-15 keluarga dan kanak-kanak sekitar 15-20 orang.

9. Bagaimanakah jika anda bercadang untuk mengadakan BBQ dan ingin menguruskan sendiri tanpa mengambil pakej ?
Anda boleh terus berhubung dengan mana-mana restoren apabila sampai disini untuk mendapatkan khidmat tempahan untuk BBQ. Bagi group >20 orang, boleh maklumkan dan buat tempahan dengan kami lebih awal  nanti.

10. Bagaimanakah sekiranya anda bercadang ingin menaiki bot dari Kuala Tembeling ke Kuala Tahan/ Taman Negara ?
Pihak kami sudi membantu dan akan menguruskan khidmat bot dari Kuala Tembeling dan bayaran bot ialah RM 40.00 seorang/sehala. Untuk menjimatkan kos kami cadangkan anda boleh menaiki bot untuk ke Taman Negara dan mengambil inisiatif dengan bas dari Kuala Tahan sewaktu pulang bagi menjimatkan kos anda.

11. Bolehkah saya tukar tarikh sedangkan tempahan telah dibuat dan bagaimana?
Untuk pakej ini, penalti sebanyak RM100/tempahan akan dikenakan.

12. Sekiranya saya ada Penambahan atau Pengurangan di saat akhir, bagaimana?
Jika ada penambahan, sila hubungi kami untuk memastikan anda juga mendapat tempat. Jika terdapat pengurangan, wang tidak akan dikembalikan (burn).

13. Bila saya sudah sampai di Taman Negara, kemana hala tuju saya? Nak Jumpa di mana? Kalau saya tersesat jalan, apa perlu buat? Ada guide tunggu saya ke?
Bila sampai di Taman Negara, terus ke kaunter kami (Dakili Travel & Tours Sdn Bhd). Kalau guna GPS Taip 'Kuala Tahan'. Kalau tersesat, dapatkan bantuan guide kami. Ya! Guide kami akan menunggu kehadiran anda! Nama dan  No. Tel Guide (pemandu pelancong) yang akan menunggu anda disertakan setelah anda membuat tempahan bersama e receipt.

14. Sekiranya saya ingin ke Lata Berkoh dan sintuari ikan kelah, apa perlu saya buat dan bagaimana untuk membuat tempahan?
Yer. Untuk ke Lata Berkoh & sintuari kelah adalah optional (pilihan) aktiviti dan tidak termasuk dalam pakej. Jika nak tambah, boleh buat pembayaran secara terus disini nanti bergantung pada kekosongan dan masa perjalanan bot (di syorkan 9.30am atau 2.30pm) pada harga jualan kami RM200/bot. Satu bot maksimum 4 orang penumpang sahaja. Perjalanan keseluruhan  mengambil masa 3-4 jam pergi dan balik, bergantung pada paras air dan keselesaan anda.

15. Masih mempunyai soalan yang tidak terjawab ?
Sekiranya masih terdapat soalan yang tidak terjawab anda boleh menghubungi kami melalui Borang Pertanyaan atau email terus kepada kami di tamannegara4u@gmail.com