SOALAN LAZIM...

  1. Apakah perbezaan Pakej 2Hari 1 Malam dengan 3 Hari 2 Malam ?

Pakej 3 Hari 2 Malam lebih santai dan aktiviti tidak terlalu padat berbanding pakej 2 Hari 1 Malam.

  1. Bilakah masa paling sesuai untuk ke Taman Negara ?

Masa terbaik ialah bulan Feb sehingga Oktober. Biasanya Nov sehingga Jan adalah bergantung pada keadaan cuaca kerana musim tengkujuh.

  1. Adakah Pakej santai termasuk sekali makan dan minum ?

Bagi Pakej santai , bayaran tidak termasuk makan dan minum. Pakej Makan dan minum hanya disediakan untuk Pakej Kembara pelajar dan group besar serta Pakej Company yang melebihi 20 peserta sahaja.

  1. Manakah lebih jimat sekiranya tidak menempah Pakej Makan dan Minum serta memilih untuk makan sendiri di gerai yang terdapat disitu ?

Sekiranya anda group yang besar, kami cadangkan menempah pakej sekali makan dan minum kerana dapat menjimatkan masa dan wang. Jika datang dalam kuantiti yang kecil, better makan dan minum sendiri dan lebih menjimatkan!

  1. Adakah Pakej Makan dan minum turut menyediakan sesi makan di Restoren Terapung ?

Kami tidak menyediakan sesi makan dan minum di Restoren Terapung. Sekiranya berminat kami boleh sediakan untuk pihak anda dengan sedikit penambahan kos.

  1. Apakah Had umur kanak-kanak untuk aktiviti ini dan berapakah bayaran bagi kanak-kanak ?

Tiada had umur kanak-kanak untuk menyertai aktiviti kami. Diskaun sebanyak 30% diberikan kepada kanak-kanak yang berumur 4 tahun sehingga 11 tahun. Bagi kanak-kanak yang berumur 12 tahun ia termasuk kategori dewasa.

  1. Bagaimanakah caranya untuk ke Taman Negara ?

Sekiranya inginkan panduan untuk ke Taman Negara, anda boleh lihat di www.tamannegara4u.com/gettamannegara/

  1. Dimanakah terletaknya penginapan dan apakah kemudah terdapat disitu ?

Semua rangkaian penginapan kami terletak di Kampung Kuala Tahan iaitu di Jeti Taman Negara Pahang. Terdapat banyak kemudahan asas yang kami sediakan antaranya tempat letak kereta, restoren, Wi-Fi percuma (sesetengah tempat), khidmat penghantaran ke jeti, kedai runcit dan lain-lain.

  1. Apakah kelengkapan disediakan bagi pakej Camping ?

Untuk Pakej Camping, kami hanya sediakan carry mat, sleeping dan tent sahaja. Untuk dapur dan makanan lain anda perlu membawa sendiri.

  1. Bagi aktiviti Melawat perkampungan Orang Asli, adakah anda perlu membawa makanan atau barangan untuk tujuan sumbangan ?

Sumbangan untuk Orang asli telah termasuk sekali dalam bayaran pakej sebanyak RM 5.00 seorang. Jika berniat ingin menyumbangkan apa sahaja bentuk bantuan kepada mereka pihak kami amat mengalu-alukan.

  1. Bagaimanakah jika anda bercadang untuk mengadakan BBQ dan ingin menguruskan sendiri tanpa mengambil pakej ?

Boleh. Kami sedia membantu dengan menyediakan dapur dan kipas. Kelengkapan lain anda diminta bawa sendiri.

  1. Sekiranya kami ingin menyediakan penginapan untuk pemandu bas, Berapakah bayaran yang perlu di jelaskan ?

Untuk Pemandu bas anda boleh menyewa bilik samada campur sekali atau berasingan dengan kumpulan anda. Pihak kami cadangkan sekiranya pemandu bas tidak ingin turut serta dalam aktiviti, anda boleh mengambil pakej pemandu bas iaitu makan minum dan penginapan sahaja.

  1. Bagaimanakah sekiranya anda bercadang ingin menaiki bot dari Kuala Tembeling ke Kuala Tahan/ Taman Negara ?

Pihak kami sudi membantu dan akan menguruskan khidmat bot dari Kuala Tembeling dan bayaran bot ialah RM 35.00 seorang/sehala. Untuk menjimatkan kos kami cadangkan anda boleh menaiki bot untuk ke Taman Negara dan mengambil inisiatif dengan bas dari Kuala Tahan sewaktu pulang bagi menjimatkan kos anda.

  1. Berapakah bayaran deposit yang perlu dijelaskan ?

Cara bayaran deposit ialah 10% daripada jumlah kos yang perlu dibayar. Bayaran Deposit tidak akan dikembalikan.

  1. Bilakah anda perlu menjelaskan baki bayaran ?

Baki bayaran boleh dijelaskan sebaik anda tiba di Pejabat cawangan kami di Kuala Tahan. Pemandu pelancong kami akan menunggu kehadiran anda. Sila dapatkan no tel pemandu pelancong anda sebelum memulakan perjalanan.

  1. Masih mempunyai soalan yang tidak terjawab ?

Sekiranya masih terdapat soalan yang tidak terjawab boleh email terus kepada kami di tamannegara4u@gmail.com

 

  1. Bolehkan saya memohon ‘Quotation’/ sebutharga sedangkan tarikh belum pasti?

Boleh! Sila mohon di www.tamannegara4u.com/sebutharga

 

 

 

Kategori : Blog
Tags : Aktiviti Taman Negara

".... Kepakaran kami adalah membantu anda merancang perjalanan & menerokai pengembaraan hutan Tertua Didunia Taman Negara Pahang Penuh Cabaran dengan dengan kos yang jimat, masa yang terhad tetapi pulangan keriangan dan kegembiraan yang sungguh menakjubkan!........"