GAJET PENTING YANG PERLU DIBAWA SEMASA TRAVEL !

 image

Alatan elektronik / Gajet la senang faham, memang BARANG PENTING yg harus WAJIB kita bawa semasa travel. Kalau tertinggal mesti akan rasa frust & susah nak travel ! Banyak fungsi gajet ni dan bergantung pada masa travel kita serta kesesuaian kita.

Sesetengah orang mungkin rasa tak perlu bawa gajet yg dirasakan tak penting seperti laptop dll kerana boleh beratkan beg. Penggunaan dan kesesuaian bergantung pada individu tu sendiri.

201508081739174138

1. Powerbank

Sangat Penting terutama untuk cas bateri telefon. Lebih besar kapasiti lagi bagus. Zaman sekarang, nak keluar rumah pun kita bawak powerbank jugak kan ? Ini kan pulak nak pegi travel. Yg bagusnya powerbank ni kerana saiznya yg kecil & tak berat. Tak ada lah makan banyak space dalam bag kita. Rate harganya tidak mahal dan sangat mudah di dapati.

16188_941958802482047_1731158260415211880_n

2. Kamera digital / DSLR

Elok bawa kamera kalau mahukan gambar yang lebih berkualiti. Zaman sekarang banyak pilihan camera untuk travel seperti GoPro, Action Camera dll. Kalau camera telefon cantik tak salah kalau guna telefon saja.

Travel-Universal-Adapter-TA-004-

3. Travel Adapter / Plug

Tak semua palam sama seperti di Malaysia. Kalau melancong ke luar negara alat ni sangat diperlukan. Bagi yg suka Travel mesti ada kan ?

images (2)

4. Headphones

Kita sendiri pun tahu kan apa fungsi ‘headphones’ ? bagus ketika di dalam kapal terbang. Apabila dalam penerbangan, bunyi bising bukan saja datang dari bunyi enjin tapi bunyi bising dari penumpang lain. Memang ‘headphone’ tidak dapat hindari bunyi bising sepenuhnya tetapi atleast kita tidak merasa terganggu dengan bunyi persekitaran. Sekarang kan trend, pakai headphone jadi tak payah malu sangat la nak pakai !

gps-304842_640

5. GPS

Bukan GPS / Waze pada telefon tau ! Ni Alat GPS untuk elak bateri habis cepat. kadang- kadang telefon kita berada servis di luar kawasan. Jika menggunakan alat GPS, kita boleh mengesan lokasi tanpa bimbang dikenakan caj tambahan. Malah, alat GPS tidaklah seberat mana pun !

in_03

Lain lain gajet yang boleh di bawa seperti hard disk, laptop dll. Terpulang pada korang yg membawanya bukan admin. hehe.

Kalau setakat Taman Negara Pahang Malaysia  bawa gajet no 1,2 dan 4 dah cukup.
Dapatkan lebih INFO PERCUMA DISINI..

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *