Skip to content

DULU PEMANDU PELANCONG,  KINI BERALIH KE USAHAWAN KAMBING PERAP ALA MAT SALIH!

Penantian yang tiada penghujungnya! Begitulah jika direnung nasib dalam industri tourism yang masih belum menampakkan sinarnya dek COVID-19 ni!  

Sehingga kisah ini ditulis, mungkin masih ada lagi pemain industri ini setia menanti  satu keajaiban yang bakal berlaku dan ternyata ianya amat sukar diramal!

Diam! Tidak bererti tidak berbuat apa-apa.

Teringat pesan guru, Mengalah dan hanya berserah kepada takdir? Mungkin itu langkah terakhir jika kita telah berusaha melakukan sesuatu dengan sedaya upaya kita.

-------

Kerjayaku sebagai pemandu pelancong lenyap seketika!

Sedih. Kecewa. Marah. Tak cukup belanja? Hilang sumber pendapatan? Semua ada! Ya, Bercampur baur semuannya!

Tapi…

Hidup mesti diteruskan! Perjuangan mesti diteruskan! Lawan tetap lawan!

-------

Oh ya! Lupa nak kenalkan diri…

Aku memang dilahirkan di Kampung Kuala Tahan. Anak Jati Taman Negara Pahang.  Dari kecil lagi memang terdedah kepada industri tourism ni! Lebih tepat lagi, sejak ibu mengandung lagi! J

Sejujurnya, bagiku…

Industri pelancongan Taman Negara juga tidak ketinggalan dari menerima tempiasnya gara-gara pendamik ini! Satu ketika dulu, industri yang pernah mencapai kegemilangannya semakin hari semakin sunyi. Semakin layu.

Kalau dulu……

masuk saje Taman Negara, Mat salih ni boleh lihat kat mana-mana…. Masuk hutan jumpa ‘dia’, naik bot jumpa dia, naik jambatan gantung jumpa dia, panjat bukit, gunung, tidur dalam gua, boleh kata ada ‘dia’ belaka lahhh…. Moga sinar itu kembali secepat mungkin. Aminnn….

Aku dan myLamb

Mesti ramai yang tertanya-tanya, apakah kisah di sebalik myLamb ini? Sabar dulu… nak ceritalah ni… J

Al kisahnya begini…

Seringkali aku ke hutan, ke gua atau bermalam di tepi sungai dengan team team mat salih ni. Mereka datang dari segala pelusuk dunia. Sebut saje  Perancis, Belanda, Itali, Portugal, US, Norway, Polland, Sweeden, Swirtzland… semua ada!

Sedikit foto yang aku simpan aku sertakan untuk tatapan kalian…

Dari situlah sebenarnya minat kepada masakan western ni timbul. Dan dari situ jugalah aku belajar macamana nak hasilkan sos-sos dan perapan ala-ala diorang. Ya! Dari situ jugalah aku kenal erti steak, lamb chop, sirloin, rib eye, sizzling, pasta, Bolognese, spaghetti, carbonara dan kalau nak di ‘list’ kan takkan habis sampai ke subuh!

Covid-19 datang!

Tup tap! Tup Tap! Covid 19 datang! Kerajaan umum PKP! Pelancong takde… Mau tak sasau juga awalnya kan!

“… Mulakan apa yang ada ditangan! “.

Tergiang-giang ungkapan tu dari salah seorang MENTHOR yang sangat aku kagumi dan dikenali ramai…

Tapi apa yang aku ada ketika itu? Tertanya-tanya juga…. Mula bermuhasabah diri… Jem juga!

Teringat gurau pelancong Mat Salih Netherland….

Kalau tak silap seminggu sebelum PKP 1.0 aku ada handle satu group Mat Salih yang datang dari Belanda dan stay dalam Gua Kepayang, Taman Negara.  Korang bole search kat Google gua tu..

Nak dijadikan cerita, malam tu aku siapkan  lamb chop untuk diorang! Masa tu dah ada ura-ura nak lock down seluruh Negara!  Time seronok bercerita, tetiba timbul lah persoalan yang apa aku nak buat kalau betul-betul LOCKDOWN lepas ni!

Tipulah kalau kata takde rasa gementar dan berdebar kalau memikirkan hari-hari yang bakal mendatang! Maklumlah kami  totally harapkan industri ini.

Maka, persoalan tu aku utarakan time tengah makan tu…

Danella, Kalau tak silap namanya! Minah salih cute kelahiran Belanda ni dengan selambanya beserta nada gurauan bantu  jawab….

“Heyyy! Don’t Worry my friend! I have an Idea.. Why not you do Western Food Business ? I Like your Lamb chop and black pepper sauce!  Perfect!

Kata-katanya itu disambut dengan gelak tawa yang lainnya…. Dan macam-macam idea lagi lah yang diorang share malam tu. Tapi satu pun aku tak ambil port sebab yang penting malam tu kami semua enjoy BBQ dan semuanya tidur kekenyangan!

YA ALLAH ! Negara Betul-betul LOCKDOWN!

Apa yang kami bualkan betul-betul terjadi rupanya. Rasanya tak sampai seminggu selepas trip tu.. Semua orang mencari arah! Termasuk juga aku…. Kami di bidang Tourism semakin hari semakin sepi.  Tiada lagi kelibat-kelibat pelancong asing kelihatan.

Terasa berat juga untuk survive hidup! Menjala, memancing, menjaring, menoreh getah malah berkebun sayur aku usahakan dengan tulang empat keratku! Mujurlah ada keluarga dan rakan-rakan yang seangkatan dengan industri ku yang tidak jemu-jemu memberi kata-kata semangat dan tunjuk ajar sesama sendiri. Penat? Tak usah cakaplah.. semua orang tahu..

Idea nak realisasikan gurauan Danella Timbul…

Malam tu.. ketika sedang mengait jala sambil kepala ligat memikir, apa nak buat seterusnya…

Tetiba…

 Gurauan Minah salih tu lalu di depan mata…. Huh! Mengapa aku tidak mencuba!

Malam tu juga aku kumpulkan ‘koncu-koncu’ ku….. J

Then…

Berbekalkan saki baki semangat yang ada dan pengalaman resepi –resepi mat salih itulah aku dan team mula mengatur langkah dan strategi!

Rasanya takde apa yang nak tunggu lagi! Maka gendang pun dipalu!

Lahirlah myLamb!

Nantikan sambungan seterusnya dalam part II ……

.

.

.

Buat masa ni, kami fokus kepada marinated lam (kambing perap frozen) dan sosnya dulu… Insyaallah, Kami akan keluarkan lain-lain nya pada masa akan datang…

Bagi anda yang tinggal di kawasan Jerantut dan berminat untuk mencuba produk ini,

Klik sini -à www.wasap.my/60175223518/myLamb

Bagi anda yang berminat nak tambah pendapatan, boleh klik link ni :

Klik sini -à www.wasap.my/60175223518/agentmyLamb

Salam Ukwah

Mohd Sukri Mohd Khonopiah (Crecko)

Pengasas myLamb

#myLamb #tamannegara4u #tamannegarapahang

#stayhome #kitajagakita #staysafe

Oleh :
Aisha Yunee Ryan 

CATATAN TRIP 3H 2M TAMAN NEGARA KUALA TAHAN, PAHANG

Alkisahnya, kawan saya Jue ajak ikut program anjuran kelab riadah company dia bekerja (DRB-Glenmarie Properties) ke Taman Negara Kuala Tahan di Pahang. Team diorang gunakan khidmat agent tempatan (Dakili Travel & Tours-LIA Group) bagi merealisasikan trip ini.

Tentatif program secara ringkas adalah seperti berikut.

Pax: 29 orang

Tarikh: 19-21 Januari 2019 (Sabtu-Isnin)

Aktiviti hari pertama:
> Jungle trekking 8 km ke Gua Kepayang Besar dari jeti Kuala Terenggan. Tak salah eja. Kuala Terenggan, bukan Kuala Terengganu.
> Bermalam dalam gua.

Aktiviti hari kedua:
> Keluar gua. Jungle trekking (laluan sama) balik ke jeti Kuala Terenggan.
> Bermalam di camping site di tepi Sungai Tembeling.

Hari ketiga > Balik.

Boleh rujuk peta yang saya sertakan untuk lihat perjalanan kami.

Ikut rancangan asal, pengembaraan kami sepatutnya: Keniam-Gua-Sungai Terenggan-Kuala Terenggan.

Tapi ditukar ke: Kuala Terenggan-Gua Kepayang Besar-Kuala Terenggan kerana laluan dalam rancangan asal agak mencabar untuk kumpulan kami.

Kami bertolak dari Shah Alam ke jeti Kuala Tahan pada hari Sabtu, jam 1am. Sampai di Kuala Tahan jam 630am, kami bersihkan diri dan solat di SK Kuala Tahan yang terletak cuma 5 minit berjalan kaki ke jeti Kuala Tahan. Bersarapan dan dengar taklimat dari pemandu pelancong (guide).

Sebab akan tidur di gua, kami kena ber-backpack ke sana. Guide bekalkan carry mat, sleeping bag, dua botol besar air minuman dan bahan mentah seperti beras, sardin, bawang, santan, maggi (dipaket kecil-kecil, diagih seorang sedikit) untuk dimasak di gua (guide masak). Tengok beg saya dan yang lain dalam gambar. Itulah yang kami pikul sepanjang berjalan di dalam hutan. Tak tau lah sampai 10 kg ke tak. Kot lebih pun tak tau lah.

Kemudian kami dibawa ke Jabatan Perhilitan untuk isytihar barang yang dibawa. Smartphone dan kamera akan dicaj RM 5 setiap satu.

Dari jeti Kuala Tahan kami naik bot menyusuri Sungai Tembeling ke jeti Kuala Terenggan. Makan tengahari sebelum mulakan perjalanan sekitar jam 12pm.

Laluan treknya kadang landai, kadang mendaki, kadang menurun, kadang kering, kadang berselut. Ada waktu kena meranduk sungai, meniti kayu dan merangkak bawah pokok tumbang. Fuh. Kalau diingat balik saya pun tak tau macamana saya boleh melepasi semua halangan tu dengan beban beberapa kilo di belakang badan.

Saya ni novice hiker je. Dah agak lama tinggal hiking sejak kerja office. Setakat ni, trek di Kuala Tahan ini lah yang paling mencabar pernah saya redah.

Awal perjalanan steady lagi. Lepas 4 km atau 5 km, saya dah mula ting tong (baca: pancit). Tinggal lagi 1 km ke 2 km nak sampai ke gua (dan ke jeti masa balik), rasanya tenaga cuma berbaki 10% je. Memang pasrah masa tu, dan only keep going. Ngam ngam hor sampai, badan dan fikiran flat habis.

Jungle trekking tu memang agak tough untuk saya namun ada banyak moments menggembirakan sepanjang perjalanan.

Kami bergerak dengan 6 orang guide: Syukri (ketua), Amin, A a (dia ada iras Sofi Jikan - boleh je panggil Sofi Jikan, dia tak marah ha ha), Khairil, Muzamil dan Kak Ida. Diorang ni anak jati Kuala Tahan. Sungai dan hutan tu padang permainan diorang dari kecil, dan dah lama sangat pun buat kerja bawa orang masuk hutan.

Guide dan peserta tak dipecah pada kumpulan tertentu jadi kami berpeluang berbual dengan mana mana guide yang ada berdekatan kami semasa berjalan.

Saya bertembung sikit sangat dengan Syukri, Amin, A a dan Muzamil. Tapi bersembang sekejap saja pun boleh tau they know damn well what they are doing. Cekap, berkemahiran dan dalam pengetahuan.

Anyway, kebanyakan masa saya dengan Khairil atau Kak Ida. Masa masih gagah perkasa (gagah la sangat ha ha ha), macam-macam soalan saya tanya diorang. Sebelum masuk hutan tu saya memang dah plan nak tanya itu ini. Khairil dan Kak Ida memang tak mengecewakan. Banyak ilmu saya dapat. Diorang suka bercerita dan tak kedekut langsung nak kongsi apa yang diorang tahu. Lagi best, diorang fun dan versatile. Dah bosan cakap pasal pokok, kitorang cerita hal lain pula, contohnya pengalaman diorang sebagai guide. Khairil ceria dan suka menyanyi so kitorang menyanyilah sambut-menyambut. Kak Ida pun sporting, "Korang, nyanyi la lagu sikit," dia cakap. Kadang dia buat jokes dan teka-teki. Kitorang sempat juga bertukar-tukar fikiran mengenai isu semasa alam sekitar berkaitan dengan hutan.

Aktiviti macam tu, kata Kak Ida, penting supaya otak tak fokus kepada penat.

Akhirnya, saya sampai di gua jam 6 sejak berjalan dari jam 12 tengahari. Gua tu besar dan silingnya tinggi sangat. Luasnya dua buah padang bola sepak kot. Kelawar tak ada sebab guide pasang unggun api. Katanya asap tu dapat halau kelawar.

Kami tidur atas kanvas bertilamkan carry mat dan berselimutkan sleeping bag. Amazingly dalam gua tu tak ada nyamuk dan tak rasa panas. Kami guna headlamp atau torchlight untuk bergerak ke mana-mana.

Malam tu guide masak nasi campur. Ada lauk telur dadar, sardin dan sayur campur.

Macam biasa saya kalau kat tempat asing memang susah nak tidur. Agaknya saya tidur satu jam je malam tu. Waktu lain mata terkebil-kebil je lah dengan fikiran melayang-layang.

Pagi esoknya selepas sarapan kami berjalan pulang ke jeti Kuala Terenggan menggunakan trek yang sama. Kami sampai di jeti lebih kurang jam 4pm dan bergerak ke tempat bermalam yang seterusnya - camping site di tepi sungai. Dalam perjalanan ke camping site, the popular rapid shooting Taman Negara Pahang took place. Saja nak bagi 'saspen', korang Google lah rapid shooting tu apa. All I can say is we had so much fun!

Masa dapat tentatif program, bila tau akan bermalam outdoor, saya terus pasang niat nak tengok the best bulan bintang dalam hidup. Allah. Dia bagi saya tengok. Rezeki kami, malam tu cuaca baik dengan langit bersih sebersih-bersihnya, bulan mengambang penuh dan bintang-bintang keluar membentuk buruj (saya check kat Google nama buruj tu Aquarius). Rasa macam tak percaya je hajat dimakbulkan. Terima kasih Allah.

Nak tau kisah hari ke dua yang lebih menarik? Ikuti sambungannya nanti yang saya akan share kumudian.

Nota kaki : Kalau ada antara kalian yang berminat nak tau lebih lanjut tentang trip ni, boleh KLIK SINI! 

...continue reading "“.. Ada waktu kena meranduk sungai, meniti kayu dan merangkak bawah pokok tumbang…"

14287736_1169129259827005_78752061_n

Awas ! Jangan terlalu ghairah mengejar trip yg murah & Jimat. Pastikan korg selidik dahulu pakej yg di tawarkan. Sekarang memang banyak kes kena tipu dgn agen pelancongan yg tak bertauliah. Tapi tak semua yg murah tu penipu.

Kat sini admin kongsikan tips basic untuk pilih agensi pelancongan :

  1. Berurusan dengan agensi pelancongan yg dilesenkan oleh Kementerian Pelancongan Malaysia ( KPL ) . Contohnya boleh tgk di bawah..

14249010_1169129236493674_1335906999_n

 

2. Mengetahui & memahami syarat2 serta terma pakej pelancongan yg ditawarkan.

3. Menggunakan perkhidmatan kenderaan pelancongan yg berlesen dgn KPL.

4. Menggunakan perkhidmatan Pemandu Pelancong yg berlesen dgn KPL.

14256631_1165917663481498_494321851_n

5. Menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam yg sah.

13876133_1231649073513017_762811329734040329_n

6. Tidak menggunakan perkhidmatan agen / Individu yg tak sah. Boleh semak di laman web Kementerian Pelancongan Malaysia (http://www.motac.gov.my)

Keratan akhbar mengenai agen tidak sah..

13528755_1215223055155619_4956448671061026475_n

Next post, admin akan kongsikan lebih banyak tips yg bermanfaat.

Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan INFO PERCUMA kami di:
http://www.tamannegara4u.com/tipspercuma

Details aktiviti dan PROMOSI TERKINI lihat di :
http://www.tamannegara4u.com

Dah bersedia nak bercamping ? Tapi sebelum tu jom BACA chek list ni ade ke tak dalam bag korg atau ahli korg yg bawak ! Kalau tertinggal boleh haru laa trip korg nanti.

PERALATAN ASAS & PENTING KETIKA BERCAMPING.

1. Khemah
khemah

Rata-rata camping pun memang orang guna khemah ni. Khemah Dome ni ada yang jenis 2 lapis dan ada yang selapis je. Untuk lebih perlindungan cari lah yang dua lapis sebab ia lebih tahan panas dan lebih selamat ketika hujan.

2. Sleeping Bag
sleeping_bags

Untuk elakkan kesejukkan waktu malam. yg penting dapat elak kaki cramp !

3. Torchlight / Headlamp
images (1)

Sangat diperlukan tak kira siang atau malam. Jenis yang biasa digunakan adalah jenis head lamp kerana tangan anda bebas untuk bergerak. Pencahayaan terbaik adalah dari mentol jenis LED, selain dari cahaya putih yang terang ia juga menjimatkan bateri, tempoh ketahanannya antara 50 - 100 ribu jam.

4. Backpack
85L-travel-bags-outdoor-sport-bag-military-waterproof-Climbing-mountaineering-backpack-hiking-camping-backpacks-tactical-bags

Ini utk isi barang keperluan. Belilah ikut kadar Litre yang tertera di bag tersebut.Yg standard biasa untuk 1-2 malam camping ialah 50litre ke atas.

5. Pisau serbaguna
5691928_cd1d5a23-c5e0-4bbd-ba19-221381a9fce2

Tapi kena pilih betul-betul kualiti dan fungsinya. Pastikan setiap bahagian pisau ini boleh digunakan dengan baik.

6. Ubat / First aid kit
Water-Proof-Box-for-First-Aid-Kit-01

Asas yang perlu ada untuk setiap individu pula adalah panadol, pain killer/ ponstant, minyak gamat, balm, ORS ( Oral Rehydration Salt ), pelali air dan ubat anti malaria. Dapatkan nasihat Doktor sebelum pengambilan ubat - ubatan.

7. Tali
100_1850

Tali ni serba guna. Boleh buat pengikat kanvas dll.

8. Alatan memasak
4961028292_d344959fed_b

Bahan Masak seperti Mess tin wajib dibawa, sebaik – baiknya ada barang teknikal yang lain seperti Lantern ( Lampu ), dan stove ( Dapur masak mini ).

Dan barang-barang lain yg perlu spt baju,stokin,mandian dll. Igt bukan nk dduk hotel ni tau,bawa yg bersesuai. Ini contoh cara kemas barang dalam bagpack dan senarai lain yg boleh jd rujukan.

1-2

Okay,next kami share Tips yg lain pula yea.
Nanti jemput belek di www.tamannegara4u.com/realinnerjungle

12498774_914237245318810_1792787812_nBila bercuti pasti kita akan abadikan setiap kenangan tu dalam bentuk gambar/ foto . Sama ada kita ambil gambar dengan Kamera Digital DSLR atau sekadar  gambar selfie menggunakan telefon pun tetap mempunyai cerita sendiri dan kualitinya yg tersendiri.

Bagaimana kalau gambar yg merakam setiap kenangan manis kita tu terpadam ? Maunya menagis kita mengenangkan semua detik travel tu ! BACA tips ni jika sayangkan gambar anda !

11204902_978369335507660_9094755849302304500_n

  • Sediakan salinan

Sebelum melakukan apa-apa perkara, kita perlu buat salinan gambar (Backup). Macam-macam risiko jika kita tak backup gambar kita.

Sebaiknya sediakan beberapa copy gambar terutamanya gambar yang merakamkan kenangan sekali seumur hidup. Lainlah kita menggunakan DSLR, saiz 2GB atau 4GB. Ruang yang lebih besar boleh kita menyimpan banyak gambar. Contohnya backup dalam USB thumb drive,  kad memori,  Flickr atau Google Photos.

11329970_10200382795290488_750294573411833273_n

  • Pilih Gambar terbaik dan albumkan gambar

Memang sukar untuk dapatkan gambar terbaik dan kena pd mata kita. Maklumlah bila travel by group ni gmbar pun beramai. Ada yg tak sedia lagi dan gambar ini tak cantiklah ape la sampai satu gambar tu ade lebih dari 10 keping. So, untuk satu gambar tu kita pilihlah gambar yg terbaik dan delete yg tak patut untuk jimat memori kita.

Ataupun menggunakan Google Photos sebagai backup, Google akan memilih gambar terbaik berdasarkan senyuman dan pandangan pada kamera secara automatik.

Dan kita boleh album atau bukukan gambar -gambar yg kita maukan tu. Lagipun cara ni dapat memudahkan untuk kita lihat atau nak flashback moment tu. Hihi

12036609_1060757103935549_8519928158485157255_n

  • Share/ Upload di Media sosial

Share gambar di laman sosial seperti Facebook, blog, Instagram atau Pinterest. Mungkin kita dapat kongsikan sesuatu dengan rakan-rakan lain di media sosial. Dan akan menjadi inspirasi kepada orang lain. Siapa tahu ? Jangan lupa untuk tulis ‘caption’ untuk setiap gambar kesayangan tu. Berkongsi gambar boleh tapi jangan terlebih kongsi pulak. Takut mengundang padah spt gambar dicuri atau terdedah kepada jenayah ! Beware..

Rugi jika kita tak bertindak dari sekarang !

Follow tips PERCUMA kami di http://www.tamannegara4u.com/tipspercuma/