Skip to content

Cendawan atau kulat mudah dijumpai di dalam hutan atau kebun yg disebabkan iklim panas dan lembap. Tapi apa yg kita perlu tahu, tak semua cendawan yg tumbuh liar beracun ! Sesetengah nya boleh dimakan dengan goreng atau rebus.

Berdasarkan kajian, banyak pihak termasuk Institut Sains Biologi, Fakulti Sains, Universiti Malaya, cendawan sememangnya mempunyai banyak khasiat dan nilai perubatan, contohnya cendawan kukur atau nama saintifiknya Schizophyllun commune.

Sebelum petik cendawan, sebaiknya ketahui ciri-ciri cendawan yang boleh dimakan dan tidak beracun.

P1030012

CENDAWAN KUKUR / KULAT SISIR ( Schizhophyllum Commune )

Bentuk seakan kipas kecik saiz 5-10mm. Struktur kenyal dan tak rapuh. Bahagian atas warna putih keperangan dan berbulu halus. Bawahnya seperti insang berwarna coklat.

Habitat : Tumbuh meliar di atas kayu mati, senang dijumpa di pokok kayu getah mati.

Kegunaan : Digoreng atau masak lemak. Tahan lama jika dijemur terlebih dahulu.


download (1)
KULAT LIDAH KATAK / KULAT JELI ( Tramella Fuciformis )

Bentuk nya macam agar-agar lutsinar bercabang-cabang seperti tanduk rusa.

Permukaan kulat sntiasa lembap dan berlendir. Tekstur lembut dan elastic.

Habitat : tumbuh atas ranting kayu mati di hutan Malaysia

Kegunaan : boleh di makan serta dibuat sup.

10734280_866112946733300_3691692282545076220_nCENDAWAN TALI / CENDAWAN TAUGEH (Termitomycetes Microcarpus )

Saiz kecik, 20-30 mm. berbentuk payungwarna putih keperangan. Bahagian atas tengah payung ada benjolan warna perang. Bahagian bawah ada insang warna putih.

Tangkai payung putih dan panjang,60-70mm.

Habitat : tumbuh di permukaan tanah yg terdapat anai-anai di bawahnya.

Kegunaan : boleh direbus dan digoreng


download (2)

KULAT TEPUS / KULAT TROMPET ( Cantharellus Sp )

Bentuk macam trompet warna kuning. Bahagian atas payung berwarna kuning dan tengahnya warna ungu. Bahagian bawah ada insang dan tangkai warna kuning.

Habitat : Sejenis kulat mikoriza tumbuh di permukaan tanah

Kegunaan : Dimakan dengan menggoreng

images (5)

KULAT KAKI TIUNG/ KULAT BULUH/ KULAT KUNYIT ( Hygrocybe Conica )

Saiz kecik antara 20-40mm. Buah berbentuk payung warna jingga kekuningan. Permukaan atas payung licin dan melekit. Bahagian bawah bentuk insang berwarna kuning putih. Tangkai warna jingga kekuningan dan berongga di tengahnya. Tekstur lembut dan tidak kenyal.

Habitat : tumbuh di atas tanah, berdekatan pokok buluh dan tanah lapang.

Kegunaan : dimasak lemak atau goreng. Masakan akan bertukar menjadi warna kuning sperti warna kunyit.

Jika jumpa selain dari cendawan atau kulat di atas, sebaiknya elakkan makan. Nanti terkena racun.

Dapatkan TIPS &INFO menarik Taman Negara Pahang Malaysia di SINI.