Alang-alang berada di TAMAN NEGARA PAHANG MALAYSIA atau berdekatan Pahang ni, apa kata singgah dulu di Tempat Menarik sekitar JERANTUT yg tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas ni. Kami share Tempat Bersejarah, tempat makan dan juga mandi manda.

Rugi kalau korang tak Singgah, Lagipun ramai follower Taman Negara Pahang yg PM supaya kami sugestkan tempat menarik di sekitar Jerantut. Jadi kami share di sini.

Galeri mat kilau

image (1)

image (2)

Galeri Mat Kilau baru saja dibuka di Pulau Tawar, Jerantut. Mudah di akses kerana lokasi terletak di jalan utama.

Dibuka setiap hari bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang dan pada
hari cuti umum bermula 10.00 pagi hingga 6.00 petang. Bayaran masuk RM2.

Taman Warisan Gua Kota Gelanggi

Gua Gelanggi Jerantut

Berhampiran dengan Galeri Mat Kilau lebih kurang 20 Minit. Dibuka setiap hari bermula jam 9.30 pagi hingga 5.30 petang. Untuk
bayaran pula dikenakan sebanyak RM 5.00 bagi dewasa dan RM3.00 bagi
kanak-kanak.

Di Taman Warisan ini Gua Kota Gelanggi ini terdapat banyak gua, antaranya ialah Gua Tongkat, Gua Angin, Gua Batu Sanding, Gua Kota Balai, Gua Penyu dan Gua Kelawar. Apabila sampai di sini, anda akan bertemu dengan gua yang berbentuk pintu gerbang yang di dalamnya terdapat alur air yang mengalir jernih dan sejuk.

Air Terjun Lata Meraung, Jerantut

ho_04.2

Terletak di Hutan Simpan Lembah Kiol. Hanya 15 Km dari bandar Jerantut. Bayaran yg dikenakan ialah RM2 seorang. Sebelum sampai ke sini, terdapat banyak perkampungan cina dan Orang Asli sepanjang laluan.

Gunung Senyum

01

Gunung Senyum yang terletak di FeldaJengka 25, Jengka, Pahang mempunyai ketinggian setinggi 486 meter (1,594 kaki).

Antara gua yang popular Gua Terang Bulan Gua Kelam dan Gua Jebak Puyuh. Dan menjadi tarikan pelancong Gua Tapa, Gua Gudang Kelawar, Gua Kolam Tujuh, Gua Batu Merlap, Gua Kambing, Gua Gajah, Gua Silat, Gua Gong dan Gua Danau Impian.Selain itu terdapat juga Gua Mayat, Gua Rangkak, Gua Sisik dan Gua Ular.

Gua Kolam dipercayai menjadi tempat bersiram seorang puteri bunian suatu ketika dulu. Gua Nesan menyimpan 19 pasang batu nesan di dalamnya. Gua Merlap dikatakan pernah menjadi tempat tinggal Orang Bunian malah penduduk turut mendakwa mengenai kehadiran batu bersinar yang tergantung di dalam gua itu.

Tekam Plantation Resort

felda-residence-tekamFelda Residence Tekam terletak strategik di kawasan perhutanan kecil di Jerantut, yang menjalankan agro- pelancongan.

Antara aktiviti : meredah hutan, caving,flying fox, jeram, rafting, berkanu, abseiling dan banyak lagi.

Taman Rimba Kenong 

58a00fb1296c92e3ecc28041279eecf7

Boat cruise in the cave in Kenong Rimba Park .

Taman Rimba Kenong, terletak di daerah Kuala Lipis, Pahang. Terdapat puluhan gua batu kapur yang berusia melebihi 200juta tahun. Best season April-June untuk Bird- watching & Ogos musim bunga dan buah.

Antara : Gua Kesong, Gua Buta, Gua Batu Tinggi, Gua Harimau, Gua Hijau, Gua Purba dll.

Gerai Kak Noor

20140426_120709Gobang Maju Patin Tempoyak

20150627_184822