Skip to content

13906876_1236070386404219_3367810699119442262_n

10 Skill Bertahan Hidup Yang Harus Anda Kuasai Untuk Selamat Jika Tersesat Di Alam Semesta ! Jangan mudah panik , sebaiknya cuba hadam dan praktikkan skill yg kami kongsikan di bawah.

  • 13873165_1236070899737501_8583411075934934782_nMembaca Kompas  (Jika Ada)

untuk tentukan arah mata angin.
Selain tu, korang boleh jugak gunakan kaedah bayang-bayang. Pada waktu siang menghala ke petang,bayangan akan mengarah ke arah barat dan jika anda tersesat pada waktu siang ke arah pagi,bayang akan menunjukkan arah timur.

13882257_1236070896404168_2123196854612491112_n

  • Membuat Simpul Bowline

merupakan simpul yang kuat, mudah dibuat dan dilepaskan serta digunakan untuk mengikat beban.

13901437_1236070883070836_7167834994373735647_n

  • Menyalakan Api

untuk menghalau binatang buas, memasak dan sebagai pemanas suhu badan ketika berada di dalam hutan. Pastikan anda tinggalkan kesan yang minima ketika memadamkan api.

13882309_1236070926404165_3166173974665295497_n

  • Berburu Dengan Tombak!

13872785_1236070936404164_1382064715058394906_n

13902668_1236071126404145_1278805946821016833_n

  • Mencari Air Bersih

Kita dapat bertahan 7 hari tanpa makan tapi badan kita hanya mampu bertahan selama 3 hari tanpa minum air ! antara cara untuk dapatkan air bersih ialah:

1. Tadah dari dahan pokok atau akar

2. mengumpul embun dengan Ikat baju pada paha anda dan lalulah di kawasan berumput yang tingginya melebihi paras lutut anda untuk memerangkap air atau embun.

3. lopak air- Jika ia hampir kering,gali sedikit kelopak air itu.Gunakan tuala atau kain untuk mendapatkan sumber air itu.

4. lumut pokok

5. Pokok buluh- ketuk ruas buluh tersebut,jika bunyinya mampat(tidak kosong) pasti ada air di dalamnya

6. Dari buah-buahan seperti kelapa, tebu

13887076_1236070966404161_1553107494965758450_n

  • Mengirim Signal kecemasan / S.O.S

Melalui kepulan asap, pantulan cahaya dan wisel.

Sebelum membuat signal kecemasan melalui asap, pastikan anda buat di tempat lapang supaya dapat dilihat dan penyelamat dapat mengenal pasti lokasi anda.

 

13882148_1236070996404158_4488952568287483061_n

  • Cari Lokasi Bermalam Yang Selamat!
 Anda Perlu mengambil kira faktor ni sebelum memilih lokasi :

1-sebaik-baiknya lapang dan tanahnya rata.

2-Terdapat sumber/punca air berhampiran.

3-Mendapat pancaran cahaya matahari untuk mengeringkan khemah jika basah.

4-Terlindung daripada tiupan angin secara terus.

5-Lakukan pemeriksaan di sekitar kawasan perkhemahan (untuk keselamatan)

6-Jangan sesekali mendirikan tempat berteduh di kawansan denai haiwan. Dikhuatiri anda akan menjadi mangsa rempuhan haiwan tersebut.

13912534_1236071006404157_8980981311014449925_n

 

  • Mendirikan Shelter Darurat
Boleh gunakan bahhan-bahan semulajadi seperti ranting, daun serta dahan pokok. Hipotermia merupakan pembunuh utama saat tersesat pastikan tubuh anda tetap dalam keadaan hangat.
13902725_1236071033070821_2345877686470285435_n
  • Mencari Tumbuhan Yang Boleh Dimakan
antaranya jika anda berdekatan sungai, anda boleh makan ikan. Buah-buahan dan tumbuhan seperti ubi, pucuk paku, tebu dll.
 
13882444_1236071076404150_11220354474432980_n
  • Membaca Buruj !
Buruj biduk dan pari boleh digunakan untuk penunjuk arah.
buruj-7-638
Baca lain-lain perkongsian & testimoni di SINI.
Info & Aktiviti di Taman Negara Pahang Malaysia di SINI.