MY STORY (PART I)

DULU PEMANDU PELANCONG,  KINI BERALIH KE USAHAWAN KAMBING PERAP ALA MAT SALIH!

Penantian yang tiada penghujungnya! Begitulah jika direnung nasib dalam industri tourism yang masih belum menampakkan sinarnya dek COVID-19 ni!  

Sehingga kisah ini ditulis, mungkin masih ada lagi pemain industri ini setia menanti  satu keajaiban yang bakal berlaku dan ternyata ianya amat sukar diramal!

Diam! Tidak bererti tidak berbuat apa-apa.

Teringat pesan guru, Mengalah dan hanya berserah kepada takdir? Mungkin itu langkah terakhir jika kita telah berusaha melakukan sesuatu dengan sedaya upaya kita.

——-

Kerjayaku sebagai pemandu pelancong lenyap seketika!

Sedih. Kecewa. Marah. Tak cukup belanja? Hilang sumber pendapatan? Semua ada! Ya, Bercampur baur semuannya!

Tapi…

Hidup mesti diteruskan! Perjuangan mesti diteruskan! Lawan tetap lawan!

——-

Oh ya! Lupa nak kenalkan diri…

Aku memang dilahirkan di Kampung Kuala Tahan. Anak Jati Taman Negara Pahang.  Dari kecil lagi memang terdedah kepada industri tourism ni! Lebih tepat lagi, sejak ibu mengandung lagi! J

Sejujurnya, bagiku…

Industri pelancongan Taman Negara juga tidak ketinggalan dari menerima tempiasnya gara-gara pendamik ini! Satu ketika dulu, industri yang pernah mencapai kegemilangannya semakin hari semakin sunyi. Semakin layu.

Kalau dulu……

masuk saje Taman Negara, Mat salih ni boleh lihat kat mana-mana…. Masuk hutan jumpa ‘dia’, naik bot jumpa dia, naik jambatan gantung jumpa dia, panjat bukit, gunung, tidur dalam gua, boleh kata ada ‘dia’ belaka lahhh…. Moga sinar itu kembali secepat mungkin. Aminnn….

Aku dan myLamb

Mesti ramai yang tertanya-tanya, apakah kisah di sebalik myLamb ini? Sabar dulu… nak ceritalah ni… J

Al kisahnya begini…

Seringkali aku ke hutan, ke gua atau bermalam di tepi sungai dengan team team mat salih ni. Mereka datang dari segala pelusuk dunia. Sebut saje  Perancis, Belanda, Itali, Portugal, US, Norway, Polland, Sweeden, Swirtzland… semua ada!

Sedikit foto yang aku simpan aku sertakan untuk tatapan kalian…

Dari situlah sebenarnya minat kepada masakan western ni timbul. Dan dari situ jugalah aku belajar macamana nak hasilkan sos-sos dan perapan ala-ala diorang. Ya! Dari situ jugalah aku kenal erti steak, lamb chop, sirloin, rib eye, sizzling, pasta, Bolognese, spaghetti, carbonara dan kalau nak di ‘list’ kan takkan habis sampai ke subuh!

Covid-19 datang!

Tup tap! Tup Tap! Covid 19 datang! Kerajaan umum PKP! Pelancong takde… Mau tak sasau juga awalnya kan!

“… Mulakan apa yang ada ditangan! “.

Tergiang-giang ungkapan tu dari salah seorang MENTHOR yang sangat aku kagumi dan dikenali ramai…

Tapi apa yang aku ada ketika itu? Tertanya-tanya juga…. Mula bermuhasabah diri… Jem juga!

Teringat gurau pelancong Mat Salih Netherland….

Kalau tak silap seminggu sebelum PKP 1.0 aku ada handle satu group Mat Salih yang datang dari Belanda dan stay dalam Gua Kepayang, Taman Negara.  Korang bole search kat Google gua tu..

Nak dijadikan cerita, malam tu aku siapkan  lamb chop untuk diorang! Masa tu dah ada ura-ura nak lock down seluruh Negara!  Time seronok bercerita, tetiba timbul lah persoalan yang apa aku nak buat kalau betul-betul LOCKDOWN lepas ni!

Tipulah kalau kata takde rasa gementar dan berdebar kalau memikirkan hari-hari yang bakal mendatang! Maklumlah kami  totally harapkan industri ini.

Maka, persoalan tu aku utarakan time tengah makan tu…

Danella, Kalau tak silap namanya! Minah salih cute kelahiran Belanda ni dengan selambanya beserta nada gurauan bantu  jawab….

“Heyyy! Don’t Worry my friend! I have an Idea.. Why not you do Western Food Business ? I Like your Lamb chop and black pepper sauce!  Perfect!

Kata-katanya itu disambut dengan gelak tawa yang lainnya…. Dan macam-macam idea lagi lah yang diorang share malam tu. Tapi satu pun aku tak ambil port sebab yang penting malam tu kami semua enjoy BBQ dan semuanya tidur kekenyangan!

YA ALLAH ! Negara Betul-betul LOCKDOWN!

Apa yang kami bualkan betul-betul terjadi rupanya. Rasanya tak sampai seminggu selepas trip tu.. Semua orang mencari arah! Termasuk juga aku…. Kami di bidang Tourism semakin hari semakin sepi.  Tiada lagi kelibat-kelibat pelancong asing kelihatan.

Terasa berat juga untuk survive hidup! Menjala, memancing, menjaring, menoreh getah malah berkebun sayur aku usahakan dengan tulang empat keratku! Mujurlah ada keluarga dan rakan-rakan yang seangkatan dengan industri ku yang tidak jemu-jemu memberi kata-kata semangat dan tunjuk ajar sesama sendiri. Penat? Tak usah cakaplah.. semua orang tahu..

Idea nak realisasikan gurauan Danella Timbul…

Malam tu.. ketika sedang mengait jala sambil kepala ligat memikir, apa nak buat seterusnya…

Tetiba…

 Gurauan Minah salih tu lalu di depan mata…. Huh! Mengapa aku tidak mencuba!

Malam tu juga aku kumpulkan ‘koncu-koncu’ ku….. J

Then…

Berbekalkan saki baki semangat yang ada dan pengalaman resepi –resepi mat salih itulah aku dan team mula mengatur langkah dan strategi!

Rasanya takde apa yang nak tunggu lagi! Maka gendang pun dipalu!

Lahirlah myLamb!

Nantikan sambungan seterusnya dalam part II ……

.

.

.

Buat masa ni, kami fokus kepada marinated lam (kambing perap frozen) dan sosnya dulu… Insyaallah, Kami akan keluarkan lain-lain nya pada masa akan datang…

Bagi anda yang tinggal di kawasan Jerantut dan berminat untuk mencuba produk ini,

Klik sini -à www.wasap.my/60175223518/myLamb

Bagi anda yang berminat nak tambah pendapatan, boleh klik link ni :

Klik sini -à www.wasap.my/60175223518/agentmyLamb

Salam Ukwah

Mohd Sukri Mohd Khonopiah (Crecko)

Pengasas myLamb

#myLamb #tamannegara4u #tamannegarapahang

#stayhome #kitajagakita #staysafe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *